BAB 33 ~ Balik Kampung

785 33 2
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aira Lissya ~

Aku mengeliat mencari keselesaan, dahiku berkerut saat merasakan sesuatu yang berat menghempap sekitar perutku. Dalam rasa berat dikantuk mata, aku gagahkan untuk mencelik. Otakku mula mengakses setiap sudut bilik ini. Kenapa rasa lain, setelah otakku mula berfikir secara rasional dan teringat memori malam tadi. Laju anak mataku turun ke bawah, satu tangan lelaki memeluk kemas perutku.

Patutkah aku rasa lega dan bersyukur kerana aku masih dalam keadaan lengkap dengan baju semalam?

Aku menjerit dalam hati, hembusan nafas hangat lembut menerpa kulit leherku. Bulu romaku berdiri tegak. Tak, tak mungkin aku tidur dalam keadaan begini bersama-. Secara pelan aku memutar kepala. Wajah damai Fajmin menjadi tatapan. Tanganku mula menyingkir tangan Fajmin yang melingkari perut malah pelukan semakin erat.

"A-awak" Aku bersuara bergetar, hembusan nafas hangat lelaki itu sebagai jawapan. Bahang dipipi kian terasa. Mata dipejam rapat. Memori malam tadi mula terlintas difikiran dimana Fajmin memaksa menenaminya malam itu sehingga aku tertidur. Keesokannya, perkara yang memalukan ini berlaku.

"Awal lagi nak bangun" Suara khas bangun Fajmin jelas dengar dicuping telinga. Aku memejam mata rapat, seluruh jiwaku kini dikuasai rasa malu. Ya tuhan. Akal sihatku mula muncul, laju aku angkat kepala mencari jam. Jam alarm sudah menunjukkan 8.34 pagi. Alamak aku sudah lambat.

"Saya dah lambat nak pergi kerja" Aku menyebut perkataan satu persatu. Fajmin mula mencelik mata merenungku dalam, dia menghembus nafas seraya memperkemaskan pelukan. Terpinga-pinga atas tindakan drastik lelaki ini, lengan Fajmin diperut aku genggam kemas. Kepala dipusing memandang lelaki itu di belakang.

"Tak payah masuk kerja hari ni, kau teman aku" Gumam lelaki itu dalam keadaan menutup mata. A-apa dia cakap? Belum sempat aku hadam, tubuhku menegang saat muka Fajmin tengelam diceruk leherku, jantungku mulai berdetak tidak keruan.

"Sejuknya" Bisik lelaki itu perlahan namun bisa kudengari. Sejuk? Aku mengetap bibir apabila tiada pergerakan dari lelaki itu. Anak mataku meliar mencari alasan untuk melepaskan diri. Kau kena bangun juga Aira.

Tangan Fajmin aku tarik perlahan dari pinggangku, kepala ditoleh memandang Fajmin. Lelaki itu kembali lena dibuai mimpi. Aku bangun dari baring tanpa buat bunyi, wajah damai Fajmin aku tatap lembut. Tangan bergerak menyentuh lembut pipi lelaki itu.

"Comel" Aku bergumam perlahan, alangkah bagus jika lelaki itu bangun dengan sikap yang tidak menjengkelkan. Tanpa buang masa, aku bergegas keluar dari bilik lelaki itu.

Setelah siap mengemas dan memasak aku berjalan ke bilik lelaki itu. Pintu dikuak secara perlahan, sudah setengah hari tetapi bayang-bayang lelaki itu belum muncul. Fajmin sedang menghadap laptop menjadi tatapan, tak serik lagi ke? Belum sihat lagi sudah buat kerja. Aku terkesima saat anak mata lelaki itu naik merenungku.

"Kau dah habis berkemas ke?" Aku mengangguk kecil, rasa segan peristiwa pagi tadi masih berbekas.

"Urm kalau awak nak makan saya dah masak" Aku menutur ayat satu persatu, seperti biasa tiada jawapan. "Okaylah saya masuk bilik dulu" Aku pamit masuk ke dalam, kaki dihala ke pintu bilik tidur.

Meja solek aku hampiri, telefon Vivo di atas meja aku ambil. Banyak pesanan ringkas dari Farissya aku baca satu persatu. Jari jemari mula menari diskrin membalas mesej gadis itu, jika tak merajuk pula.

Dadaku mulai sesak saat nama Mariya muncul dari panggilan Whatapps. Sorotan mataku jatuh pada bilik pintu. Mata dipejam seraya menjawab panggilan dari wanita itu.

"Hai Aira" Lembut suara Mariya menyapaku, aku menarik senyum tipis. "Hai Kak" Aku membalas pelan. Jantung semakin berdegup kencang menanti suara dari seberang sana.

Kau MilikkuМесто, где живут истории. Откройте их для себя