BAB 58 ~ Pujuk

805 27 0
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~

Aku mengelus lembut perut memerhati sang suami sedang bersiap untuk ke kantor. Fajmin sedang membutang baju kameja ditatap lembut, tampan. Perlahan-lahan aku bangkit mengatur ke meja solek, tali leher aku ambil dan dibawa ke lelaki itu. Fajmin menarik senyum tipis saat aku berdiri didepannya.

"Meh saya tolong pasang tie abang" Ujarku perlahan merenung Fajmin. "Sayang tahu ke?" Aku mengulum senyum tipis, err tak tahu sebenarnya.

"Tak tahu sebenarnya tapi saya cuba pasang tie untuk abang" Ujarku perlahan, Fajmin tertawa halus mula berdehem kecil mendekatkan wajah bagi memberi ruang untuk aku pasangkan tali leher. "Eh nampak pelik" Komenku perlahan saat merasakan lipatan nampak tidak betul, kedua tanganku Fajmin pegang lembut.

"Tengok dan ikut gerakan tangan abang buat macam mana" Aku mengangguk kepala bersemangat seraya memandang tekun simpulan tali leher itu sehingga ke penghabisan. "Dapat tangkap tak?" Soal Fajmin lagi sekali, kepala diangkat memandang Fajmin. Kepala digeleng sebagai jawapan.

"Tak apa nanti kita belajar lagi" Aku tertawa halus mengangguk kepala. Tapak tangan lelaki itu aku genggam kemas serta senyuman manis ditayang.

"Jom turun" Fajmin membalas senyumku. Kami sama-sama keluar turun sarapan. Suara Mak cik Mohaya dan Pak cik Fairuz berbual jelas dengar dari ruang tamu.

"Meh meh duduk sini, sarapan. Ada nasi lemak Aira" Fajmin menoleh merenungku meminta perjelasan, aku mengulum manis. Tangan Fajmin aku ambil, ditarik dan dipaksa untuk duduk. Pak cik Fairuz hanya diam memerhati gelagat kami.

"Dah lama Ayah tak rasa nasi lemak Aira, mesti sedap" Aku tertawa renyah menyenduk nasi lemak ke dalam pinggan Fajmin sempat lelaki itu berterima kasih.

"Mana adik Bu" Soal Fajmin menghirup air milo suam. "Adik ada dalam bilik, katanya nak bersiap nak kerja" Aku mengangguk kecil mencari kelibat Farissya, sejenak pandangan Fajmin menikam anak mataku. Ada sesuatu yang ingin lelaki itu beritahu.

"Rindu adik ke" Suara lantang Farissya belakang buatkan aku tertawa halus. Farissya lengkap baju seragam kafe mula mengambil tempat duduk di depanku bersebelahan Mak cik Mohaya. Sarapan pagi kami berlangsung sangat meriah, pelan-pelan mengisi rasa kosong hati aku selama berbulan-bulan.

Kaki aku urut lembut rasa lenguh akibat menemani Mak cik Mohaya dan Pak cik Fairuz membeli barang di Ikea. Nafas berat aku lepaskan, rugi tak dengar cakap ibu mertua supaya rehat dirumah. Bibir dicebik, hati teringin sekali keluar. Bosan duduk di rumah sebesar alam ini. Bunyi seseorang memberi salam aku jawab perlahan, sosok Farissya berjalan sebelum berlari anak ke arahku.

"Aira~" Aku turut sama menyeru namanya mendayu. Dia tersengih kecil melabuh punggung sebelahku. "Kau nak tahu tak, akak Kisha rindu dekat kau. Esok kau datanglah Kafe, ajak abang Fajmin" Mataku membulat sempurna, baru ingat tentang Kisha.

"Iya aku lupa dia, aku pun rindu dia orang tapikan staff Kafe tahu ke aku isteri abang Fajmin" Suaraku perlahan dibaris terakhir. Farissya menarik senyum nakal. "Tak, dia orang tak tahu kau isteri abang pun, esok buatlah kejutan sekali datang hah bawa baby" Gumam Farissya menyentuh perutku.

"Aira sampai sekarang kau tak beritahu aku jantina anak buah aku. Boy ke girl?" Aku melipat bibir ke dalam, nafas aku hela lembut. Farissya terlampau mengharapkan baby girl. "Eerr anak buah kau lelaki" Jawabku sepatah sepatah, senyuman Farissya lesap bertukar kepada cemberut.

"Alah aku dah beli baju baby girl, kenapa baby boy pula ni" Getus Farissya tidak terima. Aku menarik senyum kaku, mahu buat bagaimana tuhan sudah ciptakan anak
aku jadi lelaki.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now