BAB 11 ~ Kecewa

879 37 1
                                    

~Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya~


Pinggan dan gelas yang kotor aku letak di atas singki, terus senyum berkembang tika melihat sosok Ravi berjalan masuk ke dalam restoran selepas buang sampah. Aku berkerut hairan apabila dia tidak berkerdip memandangkan aku.

"Kenapa awak pandang saya macam tu, seganlah saya" Dia ketawa malu sebelum berdehem kuat. "Nama awak Airakan, awak cantiklah. Sudah ada pakwe?" Semakin berkerut mendengar soalan pelik diajukan kawan baik si lelaki kerek ini.

"Kenapa pula, awak nak jadi pakwe saya ke?" Soalku mahu menyakatnya, Ravi mengulum senyum manis sebelum duduk di anak tangga. Pili air aku tutup, pusingkan badan dan bersandar badan di singki memandang Ravi.

"Kalau boleh apa salahnya" Ketawa kecil aku terkeluar. Hilang seketika rasa sedih dihati. "Tapi gaya awak sudah punya pakwelah. Tak apalah saya faham. Orang cantik ni selalunya sudah berpunya" Terkebil-kebil aku memandang Ravi. Kedua tangan dibawa memeluk tubuh, kening dikerutkan cuba untuk berfikir. Agak tidak bersetuju apa yang dikatakan Ravi.

"Yeke ada je yang masih single" Aku bergumam menatap Ravi pelik. Dia mengukir senyum manis mengangguk faham. "Iya atau awak tak ada pakwe boleh say-" Kata-kata Ravi terpotong saat Aman memanggil namanya. Laju aku menoleh ke arah Aman.

"Encik Fajmin panggil" Ujar Aman mendatar, Ravi meminta diri sebelum bergegas meninggalkanku dan Aman. Kami saling balas pandangan sebelum lelaki itu mencebik bibir. Ditatap aku atas bawah sebelum turut tinggalkan ruangan ini. Aku mencebik bibir.

"Dasar poyo" Ujarku geram memandang pingan yang kotor. Pili air aku buka terus mencuci pingan yang kotor. Setelah siap menyusun dan mengilap pingan tersebut aku susun ditempat asalnya. Setapak demi setapak aku hampiri kaunter bayaran. Farissya sedang melayan pelangan ditatap, anak mata mencerlung Fajmin dan sang kekasih. Dia tampak sibuk atas urusan masing-masing.

"Aira kau tolong ambil order dekat lelaki yang duduk tepi cermin tu" Aku mengerling Aman. Dia menaik alis kanan tinggi. "Pergilah apa lagi" Dengan dengusan pelan aku mengambil menu dan nota kecil melangkah ke meja lelaki tersebut.

"Order sir" Aku bersuara lembut meletakkan buku menu di atas meja. Dia mengangguk kecil tunduk mengambil buku menu. Aku mengemam bibir menunggu penuh sabar, sesekali aku melihat perbualan dua pasangan kekasih tidak jauh dari meja ini. Bagi mengelak rasa sakit aku alihkan pandangan kepada lelaki didepanku ini.

"Saya nak-" Ucapan kata lelaki itu terputus saat dia mengangkat dagu untuk memandangku. Air mukanya berubah ketara buatkan aku sedikit segan. Apa sesuatu ke dekat aku?. Kemudian dia ketawa kecil sambil mengusap bibir.

"Cik Giant right? Awak tak kenal saya ke?" Cik Giant? Lama aku merenung lelaki itu cuba mengingati sebelum peristiwa mesin ATM di pasaraya Giant muncul difikiran. Kedua tangan aku tepuk. "Awak lelaki yang tertinggal 100 ringgit tukan" Dia tersenyum bangga. Aku mengulum senyum tipis. Benarlah dia lelaki itu. Kenapa aku boleh lupakan dia.

"Tak sangka boleh jumpa awak dekat sini? Awak pekerja baru ke?" Aku mengangguk kecil sambil tertawa halus. Terbit rasa segan tika ditatap sekian rupa. "Iya, awak nak order apa?" Lelaki itu bagai tersedar terus memandang buku menu. Lama dia membaca semua menu yang disediakan kafe ini.

"Saya tak tahu nak order apa. Awak orderlah untuk saya boleh?" Dia bersuara lembut merenungku. Terkebil-kebil aku memandangnya, order untuk dia?. Bibir dikemam. "Err apa saja boleh ke?" Dia mengangguk sambil mengukir senyum. Aku mula rasa aura lain saat melihat senyuman dari lelaki itu.

"Saya pergi dululah ye" Aku berkata lembut mula mengatur langkah, sebaik saja memusingkan badan. Anak mataku terpaku pada renungan tajam dari Fajmin. Laju aku melangkah menuju kaunter bayaran. Abaikan dia Aira.

Buku menu aku letak di atas meja, menu yang aku sarankan untuk lelaki itu sudah diberitahu pada Kisha dan Aman. Setapak demi setapak aku dekati kerusi dan mula melabuh punggung. Tubuh tegap lelaki itu aku tatap, Johan. Mata dipejam rapat. Iya nama dia Johan. Dia sedang sibuk menghubungi seseorang, aku tersentak kecil apabila mata Johan merenung tepat ke arahku. Cepat-cepat aku larikan pandangan pada Fajmin, kini giliran jantung berdetak kencang. Walaupun dia mengenakan kacamata naluri hatiku kuat mengatakan dia merenungku saat ini.

   Kedua tangan digenggam erat, bibir aku gigit menahan rasa kecewa yang luar biasa. Telefon Vivo aku keluarkan dari kocet seluar. Jantung seakan terhenti saat Fajmin sedang menyisir helaian rambut Mariya ke belakang telinga. Bagai ada pisau tajam menoreh hatiku, laju aku larikan pandangan. Sosok Farissya masuk ke dalam kafe dipandang, wajahnya yang masam mencuka merenung Fajmin terus melangkah laju ke arahku.

"Kau pergi mana tadi?" Soalku mula mengenggam erat tangannya. Farissya menghenyak punggung secara kasar di sebelahku. "Aku tak suka perempuan tu!" Aku menghembus nafas lembut, lengan Farissya aku tepuk halus.

"Hei tak baik tau cakap macam tu. Dah jangan bahaskan lagi. Sekarang kita fokus kerja okay" Farissya merengek kecil tidak mahu, aku mengeluh berat merenung Farissya penuh permohonan. Dia berdecit kesal.

"Hmm yelah" Ujar Farissya perlahan mula bangkit dari duduk dan berkata mahu ke belakang. Senyum tipis mula terukir, kenapa rasa kecewa ini semakin mencengkam jiwa. Aku harus terima kenyataan, tiada peluang untuk dekati lelaki itu. Dia terlalu jauh.

   Lipatan kertas pemberian Johan di kafe tengah hari semalam aku buka. Nombor telefon lelaki itu aku pandang datar. Aku mengemam bibir memikirkan patut ke aku simpan nombor Johan?. Nafas aku hela lembut, buntu. Bukan mudah untuk aku terima seseorang. Fajmin, sangat sulit untuk hilangkan jejak lelaki itu dalam hidupku. Segala kenangan di kampung masih segar diingatan. Mata dipejam rapat cuba kawal sebak mula merangkak masuk ke dalam kamar hati.

"Kenapa awak senang lupakan saya Fajmin" Aku berbisik sendiri, cairan hangat ditubir mata aku seka lembut. Aku tarik senyum selebar-lebarnya. Mulai hari ini aku tidak akan sesekali sedih.

"Kertas apa ni beb" Aku mengangkat kepala, wajah Farissya merenungku ingin tahu. "O-oh ni Johan beri nombor dia kat ak- Farissya!" Aku memyeru kecil namanya saat dia merampas kertas itu dari tanganku. Farissya mencebik bibir mula mengoyak kertas itu. Laju aku menepis tangannya namun dia terlebih dulu menjauh dariku.

"Aku tak suka kau dengan lelaki lain. Kau dengan abang Fajmin! Muktamad" Aku menarik nafas dalam mula bangkit berdiri depan Farissya. Kedua bahunya aku sentuh pelan.

"Fa kau kena terima kenyataan bahawa abang kau dah ada kekasih. Bukan kak Mariya tu cantik ke? Lebih cantik dari aku" Farissya mendengus kesal merenungku datar. 'Tak, aku tak suka dia. Dia tak lawa mana pun dah lah dahi luas" Dia berbisik perlahan di baris akhir. Aku menarik senyum hambar membentak. Buat pertama kali aku menyukai seseorang sebegini. Apa ini perasaan apabila mendapat tahu seseorang kita suka sudah berpunya. Farissya menghempas kasar punggung di atas tilam, lama aku memandang Farissya yang sedang termenung pelan aku duduk sebelahnya.

"Aku tahu kau kecewa Fa tapi aku lagi kecewa. Dah jangan macam ni ye" Bisikku lembut seraya menguntum senyum manis. Farissya menarikku ke dalam pelukan.

"Aku sedih, kenapa Abang buat kau macam tu Aira. Dia pura-pura tak kenal kau" Aku mengemam bibir saat mendengar suara lemah Farissya. Kedua pipi Farissya aku usap lembut.

"Tak apa, aku tak kisah pun." Farissya menarik nafas dalam kembali memelukku erat. "Tak kira apa apapun yang terjadi, siapa jodoh aku nanti. Aku janji hubungan kita tak akan pernah terputus Fa." Bisikku sambil menepuk lembut belakang badan Farissya.

*****

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now