BAB 61 ~ Kata Maaf

878 31 0
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~

Lama aku memerhati Farissya yang masih membisu, banyak termenung. Bibir dikemam mengensot rapat ke arahnya. Helaian rambut panjang yang menutupi wajah cantik Farissya aku selak lembut.

"Kenapa ni, tak mau sedih-sedih, dah" Aku bergumam kecil mengelus pelan pipi gadis ini namun tiada reaksi darinya. Aku mengeluh dalam diam melihat tiada perubahan dalam diri Farissya. Senyum tipis terukir.

"Kau rehat dulu okay, jangan fikir bukan-bukan." Ujarku merenung wajah pucat Farissya mungkin faktor dia berendam lama di dalam bilik air. Aku bangun dari duduk dan mengatur langkah keluar bagi memberi ruang Farissya untuk bersendirian dan tenangkan fikiran.

Dapur aku tuju untuk melihat Fajmin sedang buatkan bubur untuk Farissya. Aku mengemam bibir saat berdiri di sebelahnya, dia tunduk mengerlingku terus senyumanku berikan.

"Abang, saya rasa saya kena tidur sini semalam tak daya nak tinggalkan Farissya seorang" Aktiviti Fajmin berhenti, dia memusingkan badan berdiri menghadapku.

"Habis abang?" Bisiknya nada tertahan, jari telunjuk dihala ke dada. Aku mengulum senyum tipis mengenggam erat tangan Fajmin. "Abang tidur rumah lah" Jawabku polos, dia berdecit sebal melepaskan pegangan tanganku. Ah sudah merajuk pula.

"Abang~ janganlah macam ni" Diam, aku mencebik bibir. Tangan naik menyentuh hujung baju t-shirt Fajmin namun dia mengundur beberapa langkah ke belakang. Aku besarkan mata memandangnya, Ya tuhan kenapa bisa jadi begini.

"Alah tak apalah, saya tak jadi tidur sini" Putusku bersertakan cebikan kesal, Fajmin menoleh ke arahku sebelum menguntum senyum manis. Aku mendengus kesal, aku pula yang sakit hati akan perangai lelaki ini. Dia menapak ke arahku sebelum menarikku ke dalam pelukan.

"Abang gurau jelah sayang, adik perlukan sokongan sayang sekarang ni. Sayang tidur sini, abang balik rumah. Kalau ada apa-apa hal call abang" Aku mendongak merenung anak mata Fajmin mencari kebenaran disebalik mata lelaki itu.

"Betul ni" Fajmin tertawa halus seraya mengangguk kepala. Aku tersenyum bahagia seraya merangkul kemas pinggang suami.

"EHEM" Kami reflek terpisah dari pelukan hangat saat mendengar suara deheman seseorang. Laju aku menoleh ke laluan penghubung dapur dan ruang tamu. Kisha sedang bersilang dada merenung kami dengan tatapan geli.

"Amboi boss bukan main lagi sweet" Aku tersimpul malu berniat melepaskan tautan tangan namun Fajmin terlebih dahulu mengenggam erat tanganku. "Kenapa? ganggu awak ke?" Datar suara Fajmin bertanya, terkebil-kebil aku memandang lelaki itu.

"Eh eh tak pun, okaylah saya masuk bilik dulu boss" Ujarku Kisha menyungging sengih padaku sebelum bayangan gadis itu hilang dibalik pintu rumah. Aku mengangkat kepala merenung Fajmin.

"Ish abang ni, tak tahu malu langsung" Gumamku perlahan melepaskan genggaman tangan kami. Dia hanya diam menarikku ke dalam pelukan hangat. Aku menguntum senyum bahagia saat merasakan ubun-ubunku dikucup halus. Kedua tangan meraba belakang tubuh membalas pelukan si suami menikmati detik bahagia dengannya.

Pintu bilik aku kuak lembut untuk meninjau keadaan Farissya tika ini setelah menghantar kepergian Fajmin di muka pintu. Dia sudah terlena dibuai mimpi, secara hati-hati aku melabuh punggung sebelah Fajmin. Pipi Farissya yang ada sisa air mata aku seka lembut. Rasa cinta Farissya pada Akiff sangat tebal sehingga buatkan dia lemah seperti ini. Hatiku dipagut rasa bersalah terhadapnya kerana merahsiakan perbuatan Akiff selama ini di belakang Farissya.

"Ada yang lebih baik dari Akiff Fa, aturan Allah lebih indah buat kau kelak" Gumamku lembut mengambil selimut tebal menyelimuti badan Farissya. Aku menarik senyum manis keluar dari kamar tidur. Kisha diluar hanya berdiri menungguku.

Kau MilikkuМесто, где живут истории. Откройте их для себя