BAB 17 ~ Jumpa

491 26 0
                                    

~Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya~

Pili air aku buka perlahan, ayam yang siap dipotong aku basuh. Beberapa chef sedang memasak menjadi tontontan. Harum semerbak baunya, perut pun mula berbunyi minta diisi. Aku mencebik bibir ke depan. Macam-macam betul kau Aira.

"Hei budak" Aku mengangkat kepala memandang Aman. Ish dia! Apa lagi dia nak?. "Apa dia?" Dia merapat namun aku cuba abaikan dirinya dan fokus pada kerja.

"Tong sampah dekat sana dah penuh, kau boleh tolong buang tak. Busuk ah" Aku mengeluh berat menoleh ke arahnya. Aman menutup mulut mengunakan satu tangan. "Kau buang eh, dah serupa minyak wangi kau dah tong sampah tu" Ujar Aman sambil ketawa jahil. Sah dia dajjalkan kau Aira. Nafas aku tarik dalam.

"Sabar Aira" Aku berbisik sendiri, pili air aku tutup. Badan dipusing dan mendekati tong sampah. Bibir diketap mula keluarkan plastik sampah dari tong. Setelah berkata ingin membuang sampah aku melalui belakang bangunan menuju tong sampah yang terletak agak jauh dari Kafe.

Sebaik saja selesai buang sampah, sosok seorang wanita menerkam sampah yang baru aku buang. Aku terundur beberapa langkah ke belakang, terkejut. Anak mataku membulat sempurna melihat perlakuan drastik wanita itu, lengannya aku tarik.

"Akak buat apa ni! Kotor!" Dia menepis kasar lenganku. "Tepi, aku lapar" Dia berkata sambil menyelongkar setiap barang di dalam tong sampah. Paha ayam sisa makanan di kafe dia ambil. Tanganku laju mengambil paha ayam dari tangannya.

"A-akak jangan makan ni kotor" Ujarku laju. "Kau ni apahal huh!" Terkebil-kebil memandang dirinya, kedua baju dia sinsing sehingga ke atas. "Kau nak gaduh dengan aku huh? Eii peduli ah dengan kotor ke apa. Aku lapar tahu tak!" Aku mengukir senyum tipis. Dia mendengus kasar.

"Apalagi bak sini aku punya ayam" Aku mengeleng kepala tidak mahu. "Kau ni mema-"

"Makanan dekat sini kotor kak, saya beri akak duit akak beli dekat gerai makanan." Ujarku lembut menghulur duit kertas dua puluh ringgit. Lama dia merenungku sebelum merampas duit itu padaku. Aku mengemam bibir tatkala dia menyimpan duit itu namun paha ayam ditanganku dia rampas kembali lalu dimakan.

"Terima kasih" Ujarnya melangkah pergi. Mulutku hampir terbuka, degilnya wanita itu. Sesaat kemudian, senyum manis terukir dibibir. Hanya doa aku utuskan buat dia agar selamat dan sihat. "Ada masa kita jumpa lagi" Aku berbisik sendiri melangkah balik kembali ke kafe. Semoga aku bisa bertemu dengannya lagi.

Setelah selesai punch card, beg tangan aku ambil. Telefon aku keluarkan di kocet seluar. Senyum mula terukir saat membaca mesej dari Johan. Dia mengatakan dia sanggup menunggu aku sehingga habis kerja.

"Kau nak balik dengan aku ke?" Suara Farissya memecah suasana sepiku. Aku tersentak kecil terus menyimpan ponsel ke dalam beg tangan. Senyum tipis mula terukir di sudut bibir.

"Tapi aku dah janji dengan Johan nak balik sama-sama" Aku bergumam pelan. Farissya mendecit kesal duduk didepanku, sesaat kemudian, dia mengukir senyum manis. "Yelah orang dah ada kawan baru" Lengan aku tampar halus sambil ketawa kecil.

"Ish mana ada, kalau aku balik dengan kau. Apa kata dia nanti" Farissya mengemam bibir sebelum menarik senyum tipis. "Tak apa, aku faham. Okaylah kau balik lah dulu. Aku ada hal nak buat jap" Bisik Farissya mula bangkit. Lengannya aku sentuh lembut sebelum bergegas keluar ruangan kafe.

Satria hitam elok diparking tepi kafe aku dekati, Johan menurunkan cermin kereta menyuruhku masuk. Pintu kereta aku buka dan masuk ke dalam perut kereta.

"Lama ke awak tunggu, sorry" Aku berbisik lembut, Johan mengeleng lembut. "Tak ada, kalau awak lambat pun saya sanggup tunggu" Aku besarkan mata memandang Johan. Wow bukan main manis lagi ayat-ayatnya.

Kau Milikkuजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें