BAB 46 ~ Sirna

643 28 1
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~

Aku tersenyum tawar, suasana rumah ini hening. Setapak demi setapak aku melangkah masuk ke dalam rumah. Samar-samar sedang buat kerjanya di ruang tamu bermain dimataku. Aku memejam mata, tangan naik menyentuh dada. Ya Allah, aku benar-benar rindukan suamiku, kau lembutkan hati dia untuk pulang.

Air mata aku seka lembut, entah kenapa aku terlalu sensitif. Setiap hari mesti air mata akan mengalir bila teringat lelaki itu. Rindu pada dirinya, tidak terbayang jika kami berpisah kelak bagaimana keadaan diri ini.

Bunyi pintu utama terbuka bersamaan suara rungutan Farissya buatkan aku terburu-buru menyeka lembut air mata. Aku sudah tanam dalam diri tak akan keluarkan air mata kerana lelaki itu.

"Aira, kau nak makan apa?" Aku memusingkan badan, senyum terbit dibibir. "Aku tak kisah yang penting aku kena makan" Aku bersuara ceria, Farissya mempercepatkan langkah. Kedua lenganku Farissya pegang.

"Okay aku masakkan bubur ayam untuk kau. Kau berehat je." Aku menarik senyum tipis. "Fa, aku cadang nak balik kampung. Nak duduk dengan Mak, aku nak tenangkan diri aku" Lama Farissya merenungku sebelum mengulum senyum manis. Kedua pipiku ditarik lembut.

"Boleh, nanti aku hantar kau balik" Dahiku berkerut, kepala aku geleng perlahan. "Aku tak nak susahkan kau lagi Fa. Dekat seminggu kau cuti sebab jaga aku lagi nak hantar aku balik kampung" Farissya berubah riak kepada masam.

"Aira, kau tu mengandung tau. Mana boleh naik bas. Nanti abang Fajmin marah aku." Pujuk Farissya lembut, tapak tanganku dia genggam kemas. Dia menarik senyum tipis.

"Dah sekarang kau berehat, jangan fikir apa-apa lagi. Okay" Aku hanya pasrah mengikut kata-kata Farissya masuk ke dalam bilik, rehatkan diri.

Bunyi deringan ponsel membangkitkan aku dari tidur yang panjang, dahiku berkerut seraya mengeliat pelan. Mata terbuka perlahan sementara tangan meraba mencari keberadaan telefon. Dahiku berkerut saat nama Akak Icah tertera di skrin telefon, aku gagahkan diri untuk bangun, bersandar di kepala katil. Mata dipejam menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikkum Kak, kenapa call Aira" Aku cuba kekalkan suara agar tetap sihat. "Aira, Mak jatuh tangga, Aira balik kampung sekarang. Mak Aira dah tenat sekarang ni" Jantung berdegup kencang saat mendengar kata-kata Akak Icah.

"Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni kak" Air mata mengaburi indera penglihatanku. Tangan naik mengusap dada.

Farissya membuka pintu dan berlari ke arahku, bahuku diusap lembut. Aku memejam mata. "Mak nak sangat jumpa Aira" Serak suara Akak Icah menambah rasa pilu dihati.

"Aira balik sekarang, Aira balik sekarang kak" Aku berkata terus menutup panggilan. Wajah Farissya aku tatap, tapak tangan Farissya aku genggam lembut.

"Hantar aku balik Farissya, Mak aku tengah nazak sekarang" Aku merayu sambil teresak-esak. Farissya mengangguk lembut membalas lembut pegangan tanganku.

"Iya aku hantar, jangan macam ni Aira. Tenangkan diri kau dulu, Mak cik Alzlina tak akan apa-apa. Kau bawa bertenang, jangan macam ni" Pujuk Farissya mengusap bahuku. Aku mengeleng kepala, bagaimana aku mahu bertenang sedangkan Mak dalam keadaan tenat.

"Aku tak boleh tenang selagi Mak tak ada didepan mata aku Fa" Dia mengangguk perlahan, matanya juga merah terkesan dengan keadaan diriku saat ini. Kami memutuskan untuk pulang kampung secepat mungkin. Sepanjang dalam perjalanan, aku tidak putus berdoa agar Mak dalam keadaan sihat menunggu kepulanganku dengan senyuman manis menghiasi bibirnya.

Hatiku berdetak lebih hebat saat melihat banyak kereta terparking di halaman rumah. Aku mengeleng kepala tidak percaya, tali pinggang keledar aku buka dan terburu-buru keluar dari kereta. Suara Farissya memanggil namaku, aku abaikan. Hanya satu dalam fikiran aku tika ini, Mak. Aku mahu jumpa, aku tak mahu kehilangan Mak cukuplah pemergian Arwah Abah. Aku belum bersiap untuk semua ini.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now