BAB 13 ~ Teman

509 29 1
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya~

Rambut yang panjang aku biarkan ia terurai, masih terngiang-ngiang memori makan malam tadi, sedia upaya tahan diri tatkala lelaki itu merenungku terus. Cara renungan lelaki itu memberi satu mesej kepadaku, dia ingat aku ke?. Mata dipejam, tangan naik menepuk kedua pipi agar sedarkan diri dari khayalan.

"Tak Aira, kau jangan nak berangan lebih-lebih" Aku mengeleng kepala, anak mata lurus memandang pantulan diri sendiri di cermin. Mariya, dia sangat cantik manakala aku. Aku tersenyum kecut, jangan sedih lagi Aira Lissya. Aku menarik nafas dalam kali ini aku tidak akan sesekali ingat bahawa aku pernah memiliki satu perasaan pada lelaki yang bernama Fajmin Wildan.

Jam loceng di atas nakas aku tatap, 12.35 pagi, aku mengeluh berat. Kepala diputar ke kanan, tenang saja wajah Farissya tika ini. Mimpi apa agaknya kawan aku ni. Kipas antik berputar menjadi tatapan, mataku masih segar. Perhatian aku teralih pada langsir dijendela yang tidak ditutup. Dengan hati-hati aku bangkit dari baring, selimut aku selak dan mula menapak ke jendela, langsir aku tutup perlahan.

"Time ni lah kau nak haus, tekak" Aku bergumam perlahan, keluhan berat aku lepaskan. Farissya yang lena aku kerling, mahu tidak mahu aku gagahkan juga keluar dari bilik tetamu. Malap dan sunyi suasana ruangan mewah ini, anak tangga aku turun tanpa sembarangan bunyi. Bibir aku juih menuju ruangan dapur yang terasa jauh.

"Rumah besar-besar nak buat apa?" Aku berbisik sendiri mula menganbil gelas yang disusun di kabinet dapur, mesin Cuckoo aku dekati. Aku memandang sekeliling terbit satu perasaan iaitu takut. Cepat-cepat aku habiskan minuman dan segera berlalu naik ke atas.

Hatiku dipatuk rasa takut saat melihat sosok seorang lelaki bertelanjang dada sedang selongkar laci berhampiran bilik tetamu dalam keadaan curiga. Aku menelan air liur cuba untuk bersembunyi dicelah pasu bunga besar yang terletak di tepi dinding.

"Takkan perompak masuk rumah ni full security, entah-entah dia orang minyak. Farissya. Tidak! Dia nak rogol kawan aku." Gumamku, anak mataku menangkap satu objek, penyapu. Tanpa banyak fikir, aku ambil penyapu dan mengenggam erat. Mata dipejam rapat, berdoa dalam hati agar aku terselamat. Kau boleh Aira.

Kepala diangguk mantap, nafas dalam aku ambil seraya mengatur langkah secara berhati-hati dekati lelaki itu. Sekuat hati aku memukul kepala orang minyak itu sambil menjerit kecil.

"Ah aduh sakit bodoh" Lelaki itu tampak mengadu kesakitan. Hatiku berdegup lebih kencang tatkala kedua tanganku direntap kuat, badanku ditolak ke belakang dinding lalu dihimpit dengan badannya. Belum sempat untuk aku menjerit mulutku terlebih dahulu ditekup secara kuat, mataku membulat sempurna, satu badan mengigil ketakutan. Kedua tanganku naik sentuh dada lelaki itu bagi mencipta jarak.

Bulu romaku naik mencanak apabila deruan nafas hangat lelaki itu menerpa lembut leherku. Alamak aku tidak pakai tudung, Bodoh! Bodoh! Bodoh kenapa kau tak tutup kepala kau Aira. Aku memejam mata rapat. Dalam hati aku berdoa, tolong jangan apa-apakan aku.

"Takkan aku nak rompak rumah aku balik" Kelopak mataku terbuka saat suara lelaki itu berbisik lembut dicuping telingaku. Fa-Fajmin. Lirikan mata naik membalas renungan lelaki itu. Air muka Fajmin berubah ketara, terkebil-kebil aku memandang dia seraya rasa hangat naik ke pipi. Aku menelan air liur bersusah payah, seumur hidupku ini pertama kali aku berada begitu dekat dengan lelaki.

"Aira" Bisik Fajmin merenungku lama, aku perasan perubahan mata lelaki itu. Tekupan dimulut semakin longgar. "So-sorry saya ingat awak orang minyak" Buntang mata Fajmin memandangku sebelum ketawanya tercetus. Dia merapatkan wajah ke arahku.

"A-apa awak nak buat ni" Terketar-ketar aku berkata, degupan jantung semakin mengila melihat sengihan mekar dibibir lelaki itu. "Akukan orang minyak, aku boleh teman kau malam ni? Nak" Bulat mataku memandang Fajmin sedang mengjungkit kening berulang kali. Dengan perasaan sebal nan membukit, dada lelaki gatal ini aku tolak sekuat hati.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now