BAB 30 ~ Lari?

851 32 2
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~

Skrin telefon pintar aku tatap, kata-kata Tan sri dikolam ikan sedikit sebanyak buatkan aku menjadi lebih tenang dari tadi. Senyum tipis mula terukir, andai saja aku memiliki bapa yang sangat prihatin. Rindu pada Abah semakin mengcengkam jiwa tatkala terkenangkan Tan sri Jeffri. Senyum tipis terukir bangun dari sofa hampir satu jam aku menunggu sosok Fajmin tetapi dia masih tidak kelihatan.

Aku mengeluh mengerling jam tangan, 4.45 petang. Bibir dikemam saat sosok yang aku nanti-nantikan muncul jua. Dia merenungku sesaat sebelum bergerak ke dapur. Aku mencebik dalam diam, punggung dilabuh ke sofa. Rasanya harapan nak balik sangat tipis.

"Kau kena balik Kafe juga" Aku yakinkan diri, badan diangkat dari sofa dan mula mengatur langkah ke Fajmin sedang menuang air kosong didalam gelas.

"Awak? Saya nak balik dulu boleh?" Aku bersuara sedikit takut, Laju Fajmin angkat muka merenungku. "Kenapa kau nak balik pula?" Aku mengemam bibir saat suara Fajmin sangat tegas.

"Kau tak jenguk Mama pun dari tadi, tiba-tiba nak balik. Menantu jenis apa kau ni" Dingin suara Fajmin berlalu meninggalkan aku berdiri kaku di situ. Aku tergamam, terkelu mendengar kata-kata lelaki. Aku mahu tapi aku takut, aku akan buat dia tidak selesa atas kehadiranku. "Saya tak nak ganggu Mama" Jawabku perlahan, dia memusingkan badan merenungku tajam kemudian dia tertawa halus.

"Itu je alasan tahu tak, alasan! Kau nak balik? Balik lah" Ujar lelaki meneruskan langkah. Aku mengeluh berat, ayat lelaki cukup menguris hatiku. Apa patut aku buat sekarang, tinggal atau pergi. Dengan langkah yang berat aku keluar dari rumah tersebut untuk menenangkan fikiran.

Taman perumahan sewa tempat aku kunjungi, punggung dilabuh di bangku yang masih kosong. Anak mata merenung jauh memikirkan masalah yang bakal menimpaku satu persatu, sampai bila mahligaiku akan kekal dengan keadaan kami begini.

"Jauh termenung, ada masalah ke?" Aku mengangkat kepala untuk melihat gerangan yang menegurku, Johan. Dia mengukir senyum tipis duduk disebelahku. Aku melarikan pandangan ke sudut lain, kenapa aku harus bertemu dengannya.

"Siapa yang datang rumah awak hari tu" Soal Johan setelah suasana lenggang. "Majikan saya" Aku menjawab memaling memandang Johan. Senyum tipis terukir.

"Awak ikut dia pergi mana? dengan beg sekali" Terkebil-kebil aku memandang Johan, buntu mencari alasan. Mana mungkin aku mendedahkan status kami memandangkan lelaki itu ingin aku simpan rahsia perkahwinan kami.

"Dia tolong hantarkan saya balik kampung, ada masalah dekat kampung" Berkerut dahi Johan memandangku. "Tiga hari awak hilang tanpa berita, kalau awak ada masalah. Sayakan ada. Apa guna saya sebagai kawan awak" Kepala diangguk faham, Johan menarik senyum manis sebelum menunjuk kanak-kanak berlari tidak jauh dari kami.

"Terima kasih sudi hantar sampai ke pintu pagar" Aku mengucap terima kasih padanya. Lelaki itu tersenyum kecil.

"Rumah saya depan ni je, tak jadi masalah lah." Aku mengulum senyum tipis meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Johan mengangguk faham, setelah memastikan lelaki itu benar-benar pergi, aku memusing badan ke belakang dan berjalan ke pintu utama. Kunci pendua rumah aku keluarkan dan masuk ke dalam rumah.

Nafas berat aku hela, kedua muka diraup. Otakku mula berfikir secara rasional. Apa solusi aku keluar dari rumah banglo itu benar?. Aku mengigit jari, aku mengeluh berat. Rasa kecewa dan sedih buatkan aku tekad untuk keluar dari rumah itu.

"Betul ke apa yang kau buat ni Aira" Aku berbisik sendiri mulai resah. Apa kata mereka nanti apabila mendapat tahu aku tiada rumah banglo itu. "Nak aku balik sana ke?" Kepala digeleng berulang kali, kedua tangan naik menepuk kedua pipi.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now