BAB 55 ~ Abang Sayang

902 30 0
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~


"Assalamualaikum Aira" Aku berjalan keluar dari bilik tidur seraya menguntum manis pada Maksu. Wanita senja itu berdiri di muka pintu. "Eh Maksu, walaikummusalam. Masuk lah" Aku menjemput Maksu masuk ke ruang tamu.

"Mana laki kamu Aira" Tanya Maksu selamat melabuh punggung di sofa. Aku mengulum senyum tipis turut serta duduk sebelah Maksu. "Keluar kejap, dia kata nak teman Aiman beli kasut sukan" Terus Maksu buat muka datar, aku tertawa halus. Dia mengeleng kepala.

"Aiman tu kalau bab nak habiskan duit nombor satu, berapa banyak kali kasut dia nak beli" Bebel Maksu seraya mengeluarkan sampul duit dan diserah kepadaku. Terkebil-kebil aku pandang Maksu, eh apa pula ini.

"Ambil ni duit kek Aira, Maksu lupa nak pulangkan" Aku mengulum senyum manis mengambil angpau berisi wang. Dahiku berkerut saat melihat wang yang agak banyak. "Eh banyak sangat ni Maksu" Aku bergumam kecil memandang Maksu. Wanita itu menarik senyum manis, tanganku diambil lalu digenggam erat.

"Untuk cucu Maksu" Tulus suara Maksu berkata, aku mengemam bibir menahan rasa sebak. "Tak lama lagikan Aira nak bersalin selebih ni duit untuk cucu" Aku menarik senyum manis memeluk erat Maksu.

"Ni Maksu nak ajak Aira dan Fajemin pergi bercuti, kita pergi sama-sama" Bersinar mataku memandang Maksu, bercuti. Rasa tidak sabar pula. "Hujung minggu ni kita pergi" Aku mengangguk laju terus saja setuju. Rasa sudah lama tidak bercuti bersama orang tersayang, sekali saja di Genting Highland bersama suami.

Diri dibawa keluar ke luar jendela, teringin mahu mengambil udara petang. iPhone 11 pemberian Fajmin aku usap lembut, bila ditelefon dia kata dalam perjalanan balik. Aku menghembus nafas lelah, sejak kebelakangan ni sibuk saja suami aku. Bibir dicebik merenung bangunan pangsapuri yang lain. Suara kanak-kanak bersuka ria, berlari berkejaran di tatap lembut. Sememangnya seronok jadi kanak-kanak bergembira tanpa berfikir apa-apa.

Gelak ketawa sekumpulan anak remaja sedang lepak berborak di depan balkoni depan pintu lift menjadi tatapan, suara mereka yang kuat mengamit perhatian orang yang lalu lalang di sekitar block pangsapuri ini. Aku menguntum senyum manis namun senyumanku pudar saat tumpuan mereka tertumpu pada seseorang.

Aku berkerut hairan sebelum bibir memuncung sedepa saat menangkap sosok Fajmin bergerak ke arahku. Daripada wajah tiada perasaan bertukar manis saat merenungku, aku mengulum senyum lebar. Ada beberapa plastik di tangannya.

"Lamanya suami saya keluar" Aku bersuara manja memandang Fajmin yang merenung lembut ke arahku. Plastik kertas di angkat tinggi, ada tulis Mc Donald di situ.

"Saya belikan bubur untuk isteri saya, sejak boleh makan nasi ini nak sangat makan bubur Medi so saya belilah" Jawab Fajmin perlahan bertindak merangkul lembut bahuku. Pinggang Fajmin aku peluk sementara anak mata melirik pada sekumpulan remaja itu. Mereka tampak diam memerhati kami, o-oh malu lah pula.

"Err jomlah kita masuk dalam rumah, ada orang nampak" Aku berbisik lembut seraya tersengih. Fajmin tunduk merenungku bingung sebelum angkat kepala menoleh ke tepi. Kemudian dia menarik senyum manis.

"Apa salah kalau budak-budak tu nampak pun, halal kan" Aku berdecit kesal memandang Fajmin sebal. "Ish mana boleh, zina mata. Jom masuk" Tapak tangan Fajmin aku pegang dan aku tarik masuk ke dalam rumah.

Plastik berisi barang basah aku letak di atas peti ais bahagian sejuk beku. Badan dipusing menghadap Fajmin yang sedang mengeluarkan bubur Mac Donald dan ayam goreng dari plastik kertas. Aku mengukir senyum tipis menghampiri lelaki itu.

"Jom makan sayang" Aku mengangguk kecil, kerusi aku tarik dan mula melabuh punggung. Mangkuk bubur aku tatap lama, nampak menyelerakan tapi ayam goreng itu lagi menyelerakan. Bibir dicebik memerhati ayam itu.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now