BAB 02 ~ Jejaka Kerek

1.3K 53 0
                                    

~Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya~


Berkerut-kerut muka Fajmin memandangku seolah-olah dia cuba untuk mengingati akan sesuatu, aku mengigit bibir dalam. Mahu saja aku menjerit depan muka dia 'disebabkan kau, aku mandi paya tahu tak!'.

"Aira kenalkan anak Mak cik, Fajmin Wildan" Aku menghadiahkan senyuman manis buat mereka berdua. Entah kenapa aku terpaku tatkala melihat senyuman dari lelaki itu, sungguh senyuman dia tersangat manis.

"Ouh jemputlah masuk" Aku bersuara pelan mempelawa mereka masuk ke dalam ruang tamu. "Masuklah dalam rumah saya yang tak berapa luas ni" Suara Mak memecah suasana, Fajmin mengukir senyum tipis buat Mak.

"Mana Farissya tak ikut sekali?" Mak cik Mohaya mengukir senyum tipis. "Dia ada kat rumah" Aku mengangguk faham duduk disebelah Mak namun aku mula berasa tidak selesa saat anak mata lelaki ditala padaku. Bibir dalam aku gigit pelan cuba mengawal rasa menyampah.

Seakan tidak mampu bertahan lagi, aku membalas pandangan lelaki depan aku. Dia mengukir senyum tipis padaku. Hatiku mula mempersoalkan dia ingat ke muka aku ni.

"Ermm Mak, Mak cik saya nak masuk bilik kejap. Mak cik berboraklah dulu ye" Tuturku mula meminta diri, Mak cik Mohaya mengangguk kepala kembali berborak seperti biasa bersama Mak. Sampai saja di pintu bilik, aku mengambil nafas pelan. Tidak sanggup rasanya mahu duduk bertentangan dengan jejaka itu. Telefon aku ambil keluarkan dari kocet seluar terus menghantar mesej ke Farissya

To: Farissya
-FA! Abang kesayangan kau punca aku jatuh basikal masuk dalam lumpur tahu tak!.

Telefon aku campak atas katil, tuala yang elok tersarung di atas kepala aku tarik. Kaki mula dihala ke tingkap rumah kayu ini. Kereta Range Rover berwarna coklat itu elok terletak dihalaman rumah, tangan dikepal menahan rasa geram dihati.

"Ish tak sangka dia abang Farissya, dah lah buat aku jatuh lepas tu tak minta maaf. Ish tak boleh jadi ni" Getusku mula mundar-mandir keliling bilik. Sesekali aku tinjau melalui celah lubang di dinding papan bilik. Mereka tampak berbual, aku cuba mencari bayangan Fajmin dan tiba-tiba jantungku bergerak pantas saat anak mata lelaki itu merenung tepat ditempat persembunyianku. Laju aku undur beberapa langkah ke belakang, tangan dibawa menyentuh dada.

"D-dia tunggu aku keluar ke?" Aku kembali mengintai melalui lubang yang sama. Sah lelaki itu masih merenung ke arah bilik tidurku serta merta dahiku berkerut hairan.

"Handsome pula abang Farissya yang satu ni" Tuturku tanpa sedar. "Eh kejap aku puji abang dia ke tadi" Aku kembali menyoal, bodoh sekejap. Kepala digeleng-geleng perlahan.

"No no no, Aira jangan nak buat hal eh" Aku memejam mata rapat, aku setkan dalam hati. Fajmin Wildan adalah lelaki yang buat kau jatuh dalam bendar dan dia langsung tidak minta maaf mahupun tolong. Jangan jatuh cinta dekat lelaki seperti dia.

"Yeah, lebih baik kau pergi dapur buat apa yang patut" Gumamku pelan menepuk-nepuk pipi. Tudung sarung aku ambil lalu disarung ala kadar sebelum bergerak keluar dari bilik tidur. Sempat aku ukirkan senyum buat Mak cik Mohaya saat menuju dapur rumah yang berada dibawah.

Pintu peti ais aku buka secara perlahan, jam ditelefon aku kerling, 8.45 malam. Teringin pula nak buat air oren, jug sederhana besar aku ambil. Ibu oren sunquick aku buka mula ditaruh ke dalam jug.

"Aira Lissya sedap nama kau" Aku terenjat kecil saat satu suara lelaki berbisik di telinga, badan bergerak ke belakang seraya menyentuh tubuh seseorang. Aku menoleh ke belakang, wajah tampan Fajmin menyapa penglihatanku. Dia mengukir senyum tipis memberi perisa pedas dihati.

"Awak!" Aku berbisik keras, jari telunjuk mula dituding ke arah Fajmin. "Sebab awak saya masuk dalam sungai penuh paya tahu tak!" Aku membentak kecil tidak mahu Mak dan Mak cik Mohaya dengar. Fajmin ketawa kecil tunduk merenungku yang lebih rendah darinya.

Kau MilikkuWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu