BAB 63 ~ Tahan

1K 30 1
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~

Aku keluar dari bilik air sambil memegang pinggang dan perut yang besar, anak mataku fokus pada Fajmin tampak sibuk menguling kulit popia. Senyum manis terukir dibibir.

"Rajinnya orang disana tolong orang disini" Ujarku sambil menguntum senyuman. Fajmin mengangkat kepala merenungku, matanya bulat sebelum senyuman lebar terbit dibibir.

"Iya orang disana sayang sama orang disini" Aku ketawa halus menghampirinya yang sedang duduk di meja makan. Sudah banyak rupanya popia yang sudah siap.

"Wow pandainya suami saya" Bisikku sambil mencubit pipi si suami. Fajmin mengerlingku seraya menyungging sengih. "Tengoklah siapa yang punya suami" Aku mengulum manis seraya tertawa halus.

"Iya suami sayakan pandai semua bidang" Ujarku  seraya memeluk kemas leher Fajmin. Dia menarik senyum lebar saat aku melabuh punggung di sebelahnya dan menolong si suami. "Sayang" Aku mengangkat dagu memandang Fajmin.

"Abang cadang nak bawa balik sayang balik kampung, bersalin dekat sana. Tak lama lagi due sayang. Tunggu hari je ni" Bisik Fajmin mengelus perutku. Aku menarik senyum manis tunduk memandang tangan Fajmin diperutku.

"Saya tak kisah pun, janji saya dan anak kita selamat bersalin" Seketika suasana menjadi hening tatkala merasakan satu tendangan si kecil. Fajmin merenungku tidak percaya sebelum ketawa kecil.

"Wah anak Ayah ni, bukan main lagi ye aktif. Tak sabar nak keluar ke?"

"Mestilah tak sabar nak jumpa Ibu dan Ayah. Nak Ayah mandi, cuci bontot saya setiap hari" Sakatku sambil tertawa melihat cebikan bibir dari suami. Sesaat kemudian, dia menarik senyum manis.

"Eh apa saja untuk baby Ayah sanggup tau" Bisik Fajmin mengusap lembut perutku. Aku sembunyikan senyum manis merenung Fajmin lembut.

"Iyalah tu, ni barangan bersalin beli ke? Dah siap susun dalam beg nanti senang tak lah terkapai-kapai" Suara Mak cik Mohaya dari arah ruang tamu. Aku menoleh ke belakang melihat ibu mertua melabuh punggung di depan Fajmin.

"Dah siap dah Bu. Tunggu baby keluar je" Jawab Fajmin spontan buatkan Mak cik Mohaya menampar halus lengan anaknya. Fajmin merengek kecil mula mengusap kesan tamparan. "Eh salah ke apa yang Fajmin cakap" Omel Fajmin sambil cemberut. Mak cik Mohaya menjeling tajam anaknya.

"Itu sebab balik kampung tak beritahu, pagi-pagi buta baru sampai rumah. Ingat! Fajmin tu bawa Aira. Kang tak fasal-fasal jadi yang bukan-bukan" Aku mengemam bibir memandang Fajmin yang tiada menunjuk sebarang ekspresi muka. "Alah kami dah selamat sampaikan Ah- sakit Bu" Kali ini Fajmin mendapat cubitan berbisa dari Mak cik Mohaya. Aku mengulum senyum manis mengusap pelan lengan Fajmin lembut, kasihan suami saya.

"Aira nak sangat sambut hari raya haji dekat kampung. Alang-alang tu boleh lah berpantang dekat sini sebab Fajmin kena out station masa hari due Aira. Itu yang risau fikirkan bini nanti" Jelas risau suara Fajmin berkata. Aku tersenyum tipis saat kami saling bertatapan.

"Ibu kan ada boleh tengokkan Aira. Anak menantu Ibu juga, cucu Ibu." Wajah Mak cik Mohaya ditatap lembut sungguh aku tidak mahu menyusahkan mereka namun apakan daya suami ada kerja yang penting.

Memandangkan Fajmin dan Pak cik Fairuz sibuk urusan niaga bekam Mak cik Mohaya mengajakku ke kedai Pak Tam untuk membeli barang basah untuk menu makan hari ini. Aku menguntum senyum tipis saat wajah Pak Tam masuk ke indera penglihatan.

"Wah nampak gayanya tak lama lagi dapat cuculah kau Ya. Dah sarat dah ni" Tegur Pak cik Tam nada menyakat mengerlingku. Aku tersimpul malu memandang Pak Tam, kalau boleh sudah lama aku sorok perut yang besar ini dari pandangan orang kampung.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now