Part 29

26.5K 1K 79
                                    

"Najwa? Laa kenapa nangis-nangis pulak ni sayang." Adam merapati isterinya yang sedang termenung di atas katil dengan matanya yang sudah merah.

"Nak pergi menembak.." tubuh Adam dipeluk erat. Wajahnya disembamkan ke dada bidang lelaki itu lama.

"Sayang, dah lewat malam ni kan." Adam mengusap lembut kepalanya sambil tersenyum. Kandungan Najwa yang sudah mencecah 7 bulan itu dilihat.

"Bosan la macam ni." dia mencebik. Wajahnya ditundukkan sambil tangannya naik mengusap perutnya. Adam berbaring lalu menarik bahagian belakang badan Najwa rapat ke arahnya.

"Jangan macam ni, kesian baby kita."

"Nak pergi menembak jugak. Nak lawan dengan awak nak berenang dengan awak jugak!" bidasnya. Muncung ditarik sedepa.

"Penangan baby kita ni lasak betul la sayang. Orang lain biasanya mengidam makanan masam-masam. Kau pulak nak pergi menembak malam-malam macam ni." pipi Najwa diusap. Cuba memujuk.

"Taknakkkkk. Saya nak pergi menembak." air matanya yang gugur itu mengundang tawa halus Adam. Isterinya ini memang bersungguh betul.

"Esok kita pergi. Tapi kau hanya dibenarkan menembak sekali je."

"Dua?" katanya manja.

"Sekali."

"Tiga?"

"Dua."

"Taknakkkk. Nak tembak tiga kali!" katanya bersungguh. Adam mengangguk sambil tersenyum. Najwa yang dulu sangat lain dengan Najwa yang sekarang.

"Tidur la, biar aku urut pinggang kau." Adam mula mengurut lembut. Memang itulah rutin dia setiap malam yang memang wajib dia lakukan.








SKIP







"Kau bawak Najwa? Tempat ni bising la gila!" bisik Afiq sambil meninggikan sedikit suaranya. Risau jika bunyi-bunyi tembakan di tempat berlatih ini akan memberi kesan pada kandungannya.

"Aku takde pilihan. Dia sampai nangis-nangis siap melutut lagi kat aku pagi tadi. Aku tak tahu nak buat macam mana dah." pistolnya diambil lalu dia mula menapak ke tempatnya.

Adam mula berlatih terlebih dahulu tanpa menunggu Afiq. Najwa yang duduk itu terus bangun lalu berjalan terkedek-kedek merapati Adam yang sedang fokus. Bahu lelaki itu dicuit.

"Tiga kali je, jangan lebih." Adam mula menapak sedikit ke belakang untuk memberikan ruang kepada Najwa.

"Tapi—"

"Najwa, jangan degil." potongnya. Najwa mengangguk perlahan.

Selepas tiga tembakan, pistol di tangannya itu terus diambil oleh Adam. Najwa ditarik masuk ke dalam bilik rehat memandangkan waktu sudah hampir masuk 12 tengah hari.

"Kenapa tak bagi saya menembak? Awak tak suka?" Najwa bermain dengan jarinya. Wajahnya ditundukkan, tidak berani menatap Adam.

"Hey, kau bawak anak aku tau. Aku taknak apa-apa jadi dekat baby."

"Saya?"

"Mestilah kau jugak. Yang paling aku sayang." dahi Najwa dicium sekilas.

"Nak makan apa? Aku suruh Afiq belikan." soalnya sambil berbaring di atas sofa panjang. Kepalanya elok diletakkan di atas riba Najwa sambil tangan isterinya itu diusap-usap.

"Nak makan nasi ayam! Lepastu nak buah anggur, mangga, nak kek jugak." Najwa tersengih.

"Lagi?"

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now