Part 10

33.4K 1K 138
                                    

"Tuan muda, Najwa diculik!" Nina memberikan informasi itu kepada Afiq melalui alat pendengaran yang menghubungkan mereka. Dia juga sedang memandu laju untuk mengejar kereta penculik tersebut.

"Apa?! Najwa kena culik!"

"Saya tengah kejar kereta mereka, tapi saya terpaksa berhenti kerana ramai pengawal yang berjaga." Sambung Nina lagi. Afiq terus melaporkan itu pula kepada abangnya.

"Lepaslah!" Lelaki berbaju hitam itu mengheret Najwa masuk ke dalam sebuah bilik kosong. Tangan dan kakinya diikat kemas pada tiang sehingga dia terasa sangat pedih untuk bergerak.

"Kekasih Adam..?" Pipinya dicengkam kuat oleh seorang lelaki bengis di hadapannya itu. Terus wajahnya ditampar kuat sehingga terdapat darah pekat keluar pada hujung bibirnya.

"Perempuan bodoh! Macam mana la Adam boleh nakkan kau. Kau jual diri ke?"

"Ah!" Najwa berdecit apabila lelaki itu memicit luka yang belum sembuh sepenuhnya itu pada bahunya. Dalam tidak sedar air mata mengalir deras kerana pedih yang tidak mampu ditahannya.

"Sikit je tau." Pisau ditoreh sedikit pada kawasan yang sudah terluka itu. Darah pekat mengalir keluar. Pedih yang dia rasakan sudah tidak tertahan.

"Jadi, boleh lah aku bunuh kau pula selepas ibu kau yang tercinta? Tapi bukan sekarang, biar aku main-main dulu." Diperhati darah yang keluar daripada bahu wanita itu semula sebelum dia melangkah keluar.

"Hantar dia balik ke rumah ketua mafia kita." Arahnya sebelum menaiki kereta. Dua orang lelaki tadi mula membuka ikatan pada tangan dan kaki Najwa kemudian membawanya pulang ke rumah Dato Firash.

Mereka menolak Najwa yang sudah tidak bertenaga itu betul-betul di hadapan pintu rumah mereka memandangkan tiada pengawal yang berjaga pada waktu itu.

Najwa sudah tidak bermaya untuk bergerak mahupun memanggil seseorang. Luka pada bahunya yang kembali berdarah itu dilihat sudah banyak mengenai lantai di luar rumah Dato Firash.

"Ya Allah Cik muda! Tuan!" Seorang pembantu rumah yang kebetulan lalu di situ terus melaung memanggil ahli keluarga itu ke luar.

"Najwa?! Ya Allah.." Jerit Datin Maya apabila melihat bakal menantunya itu terlantar lemah di lantai. Adam pantas meribakan kepalanya sambil menyentuh bahu yang sudah berdarah banyak seperti masih baru ditoreh.

"Najwa, kau dengar tak?" Adam menepuk nepuk pipi gadis itu. Sepatutnya dia yang diperlakukan seperti ini, bukan Najwa. Kalau dia bertindak lebih awal untuk mencari Najwa tadi, ini semua pasti tidak akan terjadi.

"Awak.. sa— kitt." Air matanya jatuh kembali. Lengannya juga sudah tidak dapat dirasai lagi kerana kesan torehan pada lukanya yang belum sembuh. Dia lemah.

"Aku minta maaf, aku minta maaf. Aku tak guna. Tolong tahan sikit." Air mata lelakinya hampir tumpah.Sakit dia rasa apabila melihat Najwa dalam keadaan sebegitu.

"Adam, cepat naik kereta bawa dia ke hospital!" Arah Datin Maya. Adam mula mencempung badan lemah itu dan mereka mula bergerak ke hospital.





SELEPAS beberapa minit doktor memeriksa keadaan Najwa di ruang vvip itu, akhirnya dia keluar untuk bersemuka dengan Adam semula. Dia juga merupakan doktor peribadi untuk keluarga mafia itu.

"Proses pemindahan darah berjaya dan Cik muda dalam keadaan stabil. Cuma buat masa sekarang ini, kita kena sentiasa pantau dia."

Afiq kembali semula selepas selesai mendermakan darahnya untuk Najwa. Dia banyak kehilangan darah dan dia perlukan darah dengan segera. Mujur sahaja Afiq yang sama jenis darahnya dengan Najwa itu sudi mendermakannya.

"Kau pergilah tengok dia." Kata Afiq. Adam mengangguk lalu memasuki ruangan bilik itu. Ditenung wajah pucat bakal isterinya itu sebelum dia mengenggam tangannya kemas.

"Bangun lah, aku nak tengok mata kau ni." Adam sudah berasa sebak. Belum pernah dia menyayangi seseorang seperti ini. Walaupun Afiq itu adiknya, tidak pernah dia risau apabila adiknya itu jatuh sewaktu mereka masih kecil.

Lagi rasa hendak ditolak semula adalah.

Tangan sejuk itu digenggam erat, menantinya untuk membuka mata. Tangan Najwa bergerak sedikit, wajahnya berkerut seperti sedang menahan sakit.

"Dam, nak aku bantu carikan orang yang culik Najwa?" Afiq memegang bahu abangnya itu. Belum pernah lagi dia lihat abangnya memberikan riak wajah sedih seperti itu. Biasanya dingin saja.

"Tak payah. Biar aku yang cari dia." Adam mula mencabar dirinya. Sesiapa saja yang terlibat pasti dia akan bunuh dengan kejam tanpa mempedulikan apa-apa.

"Suruh Nina serahkan semua maklumat pasal kereta tu."






ADAM dan anak buahnya mula menyelinap masuk ke dalam kawasan rumah lama itu. Dia terus mara ke hadapan manakala anak buahnya yang lain menguruskan para pengawal yang berjaga di pintu masuk dan semua telah mati.

Adam memberhentikan langkahnya lalu mengintai sedikit ke dalam rumah tersebut. Bayangan seorang lelaki yang amat dikenalinya itu dipandang lama. Hatinya semakin panas membara.

"Isyraf." Katanya. Sebut nama itu saja hatinya sudah panas.

Terus Adam menendang pintu tersebut dengan kuat menyebabkan mereka semua berpaling ke belakang. Lelaki itu memberikan isyarat supaya anak buahnya tidak masuk campur dalam urusannya dengan Adam.

"Woah, Adam la.. sihat? Ada apa kau datang sini, nak balas dendam dekat aku? Atau nak bagi Najwa sebagai hadiah?" Dia ketawa sinis.

"Jangan harap." Adam berkata dingin. Pistol di belakangnya sudah tersiap sedia untuk diguna pada bila-bila masa.

"Apa kata kita lawan? Siapa dapat tikam dulu dia menang." Sarannya. Adam hanya bersetuju dengan saranan itu. Sama sekali dia tidak akan gentar pada musuhnya.

Pisau dikeluarkan sambil mata mencerlung masing-masing. Isyraf hampir menikam perut Adam tetapi dia pantas mengelak dan menoreh sedikit pada bahagian dada lelaki itu sebelum dia mengelak akan serangan yang kedua.

Darah pada baju itu mula mengalir keluar sedikit demi sedikit membuatkan Adam tersenyum sinis. Sekali lagi Isyraf memulakan serangan namun tidak kena. Dengan pantas Adam menoreh dengan lebih dalam luka di dadanya membuatkan lelaki itu berdecit.

"Aku rasa aku yang menang." Kata Adam sambil melihat akan darah lelaki itu yang deras mengalir membasahi bajunya. Darah itu tidak sama banyaknya dengan darah yang anak buahnya lakukan pada Najwa.

Dengan langkah cepat Adam terus menikam dada lelaki itu sehingga menyebabkan dia terjatuh di lantai. Pisau di dadanya itu dicabut lalu dicampakkan ke tepi. Adam berpuas hati dengan kerjanya. Isyraf memang seperti dulu, tidak pandai menggunakan senjata dan sentiasa bertindak terburu-buru.

"Kalau kau lemah, jangan tunjuk yang kau tu kuat. Sebab tu buat kau nampak macam pengecut." Adam mula melangkah keluar. Isyraf mengambil peluang melarikan diri di sebalik semak.

"Uruskan anak buah dia yang lain. Tikam sampai mati lepastu campak je diorang kat memana." Arah Adam pada anak buahnya. Tugasnya malam itu telah selesai.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now