Part 19

29K 958 124
                                    

Warning : heart attack simptom
(Tepuk dada, suruh bertenang)

Adam saja menganggu Najwa yang sedang membasuh sayur itu. Kakinya perlahan-lahan menapak ke arahnya yang sedang fokus lalu tubuh kecil itu dipeluk daripada belakang sambil digoyangkan.

"Awal bangun." ujarnya. Najwa menolak lembut kedua tangannya daripada memeluk pinggangnya itu. Namun Adam masih di dalam keadaan begitu. Keras kepala.

"Awak nak makan apa harini? Saya masak." Najwa memusingkan badannya menghadap Adam yang berdiri tegak.

"Nak.."

"Biar mummy jelah yang masak. Afiq ajak Adam dengan Najwa pergi ke laut sana." Datin Maya mula mengambil alih pekerjaan Najwa yang belum siap.

Adam terus menarik lengan isterinya itu. Tunggu jawapan daripada Najwa, sampai esok lah belum ada jawapan.

Usai menyiapkan segala peralatan, mereka mula bergerak ke jeti yang selalu Adam dan Afiq pergi sewaktu mereka masih kecil. Itupun harus dipaksa oleh Dato Firash.

Selepas beberapa minit sampai, mereka terus membawa segala barangan yang diperlukan masuk ke dalam bot. Afiq dan Adam terus melompat naik ke atas bot. Najwa pula masih berdiri tegak.

"Hai, Cik muda." tegur Nina yang baru tiba. Najwa membalas sapaan gadis itu dengan senyuman. Nina juga sudah turut naik ke atas bot.

"Najwa, cepatlah." kata Adam sambil melihat isterinya itu yang masih teragak-agak.

"Awak.. saya tak pandai lompat, takut." Najwa mengerling tangga yang begitu condong baginya. Nanti kalau jatuh macam mana, sakitlah.

"Apa guna suami kau ni, come." Adam menghulurkan tangannya pada Najwa. Dia perlahan-lahan menyambut huluran Adam lalu melompat ke arahnya.

"Najwa, kau dah selamat la. Kenapa takut sangat?" Adam ketawa kecil melihat Najwa yang sedang memeluknya sambil menutup mata.

"Jangan la ketawakan saya.." katanya perlahan. Dia mana pernah naik bot sebelum ini. Dulu juga dia teringin merasa, tetapi sekarang tiba-tiba saja dia gugup.

"Tak lah. Pergi duduk sebelah Nina, kita dah nak gerak." arahnya. Najwa mengangguk lalu melangkah perlahan ke arah Nina yang sedang duduk membetulkan jaring.

"Cik muda tak pernah naik bot ya?" Nina menahan tawanya. Comel pula perangai Najwa di matanya.

"Tak pernah.." Najwa mula bermain dengan jarinya. Dia berdebar. Kalau dia jatuh macam mana? Lajukah bot itu nanti?

Adam mula menghidupkan enjin bot itu lalu mengarahkan Afiq untuk mula bergerak. Afiq yang mendengar arahan itu terus memandu bot itu ke tengah-tengah lautan biru itu.

"Cik muda, boleh hulurkan bekas tu?" pinta Nina. Najwa memandang bekas yang ditunjuk olehnya. Laju saja tangannya mencapai bekas itu lalu diletakkan di tepi Nina. Tangannya diusap-usap.

"Geli ke?" Adam duduk di sebelahnya. Tangan Najwa diambil lalu diletakkan di atas ribanya. Tangan lembut itu diusap lama.

"Mana ada." nafinya malu. Dia mula menundukkan kepalanya.

Diam-diam Adam mengarahkan Nina untuk meninggalkan mereka berdua. Nina yang sangat faham itu terus beredar sambil tersenyum pada Adam.

"Najwa, ulat kat tangan tu!" usiknya. Najwa terus bangun berdiri sambil mengusap-ngusap badannya. Dia geli!

"Awak, jangan la.." Najwa memeluk tubuh. Boleh pula lelaki ini mengusiknya di masa-masa sebegini.

"Okay, aku tak usik dah. Meh duduk sini, nanti jatuh." Adam menarik Najwa duduk di sebelahnya.

"Najwa.." panggilnya perlahan. Najwa yang tidak syak apa-apa itu terus berpaling ke arahnya. Laju Adam mencium bibirnya itu kemudian tersengih.

"Nanti diorang tengok la." Najwa menepuk pehanya. Buat perangai betul.

"Kau pemalu rupanya. Buat aku rasa nak lagi." bibirnya dijilat. Tawanya ditahan apabila melihat muka cuak Najwa.

Najwa menolak lembut pipi lelaki itu lalu berpaling ke arah lain. Makin dilayan, makin menjadi-jadi nanti.

"Dam, aku rasa kita boleh berhenti kat sini kot." kata Afiq. Adam hanya mengangguk lalu mula berdiri untuk mengambil jorannya kemudian dia kembali semula di tempatnya.

Umpan diambil lalu wajah Najwa ditilik. Dengan penuh sengaja dia acukan serangga yang bakal menjadi umpan itu padanya.

"Awak.." Najwa mula menjauhinya. Dia bergerak pula ke arah Nina yang sedang menunggu ikan memakan umpannya. Gadis itu dipandang sekilas.

Cantik. Sesuai dengan Afiq.

"Eh, cik muda rupanya." sapanya mesra.

"Panggil la Najwa, rasanya kita sebaya. Segan la awak panggil macam tu." Najwa mula menyelesakan dirinya. Nina senyum sambil mengangguk.

"Najwa sukakan Tuan Adam?" Nina menyiku lembut lengan Najwa.

"Er.. mesti lah suka." jawabnya segan.

"Tuan Adam lagi suka tau kalau.." Nina berhenti. Riak wajah Najwa dibaca seketika.

"Kalau Najwa seksi-seksi depan dia." Nina ketawa kecil. Dia tahu itupun daripada Afiq sewaktu dia mula bekerja dengan keluarga mereka.

"Saya tak pandai la.." luahnya. Memang dari dulu dia di beritahu oleh ibunya untuk tidak jadi sepertinya. Pakai pakaian yang terdedah saja sudah membuatkan dia tidak tenang.

"Tak salah tau berhias depan suami." Nina mengangkat keningnya. Najwa hanya tersenyum kekok. Boleh pula gadis itu membuka topik ini.

Selepas beberapa jam mereka di laut, Afiq membuat keputusan untuk pulang semula ke jeti memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Nanti makin panas pula.

Sampai saja di jeti, dia mengikat tali itu pada tiang yang sudah sedia ada di situ. Barang-barang memancing tadi mula diangkut naik ke atas. Afiq dan Nina turut membantu.

"Awak.. saya nak tolong jugak." pintanya sambil merapati Adam. Adam mengusap lembut kepalanya.

"Tak payah. Kau pergi masuk kereta dulu, jangan lupa kunci pintu." Adam menyerahkan kunci keretanya pada isterinya.

Najwa hanya menurut sambil mencebik. Apa fungsi Adam mengajaknya pergi memancing jika dia tidak berbuat apa-apa. Seperti kehadiran dia hanya menyusahkan mereka.

"Dam, ketat wajah Najwa tu."tegur Afiq lalu mula memanjat naik ke atas. Tangannya ditepuk bagi menghilangkan habuk.

"Ketat kenapa pulak? Aku ada marah dia ke tadi?" Adam mula berfikir. Dia tidak dapat menangkap kesalahannya.

"Bodoh ar kau ni Dam." Afiq memukul bahu abangnya lalu berlari meninggalkannya. Adam masih terpinga-pinga.







SKIP




Adam merenung Najwa yang masuk ke dalam rumah tanpa menunggunya. Terus dia mengalihkan pandangannya ke arah Afiq yang sedang membasuh kaki. Lelaki itu hanya mengangkat bahu.

Pandai-pandai la pujuk isteri sendiri. Asal bukan isterinya sudah.

"Najwa.. kenapa ni?" Adam cuba memujuk. Pinggangnya dipeluk erat.

"Mana ada apa-apa la. Saya penat sikit je." dalihnya. Adam tidak perasan kenapa? Hm.

"Sorry.. bagitahu la apa salah aku." hidungnya digeselkan pada hidung Najwa. Cuba memujuk.

"Kenapa ajak saya tadi? Menyusahkan awak je. Bukan saya tolong pun, malu tau dekat Nina." wajahnya disembamkan ke dada lelaki itu. Nina juga serba sedikit membantu mereka. Perlahan Adam mengukir senyum.

"Aku tak kesah lah. Jangan la fikir macam tu."

"Mesti diorang fikir saya takde guna kat situ. Tahu tengok je lepastu satu barang pun tak angkat." dia mencebik. Terasa diri tidak berguna.

"Jangan cakap macam tu. Kau berguna bagi aku tau, sayang."




























Author : *heart attack*

Mafia in Loveजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें