Part 27

25K 996 169
                                    

"Awak.." Najwa melangkah ke arah Adam yang sedang memakai coatnya. Adam perhati saja Najwa seperti ingin bermanja dengannya. Memang betul katanya, Najwa demam panas.

"Najwa.. aku ada meeting nanti." kata Adam lembut apabila Najwa ingin menanggalkan coat yang tersarung elok di badannya. Adam memegang tangannya lalu diusap lembut.

"Nanti aku balik, sekejap je."

"Nak ikut awak."

"Fine. Come."

Adam melirik seketika ke arah Najwa yang sedang berdiam diri. Mungkin sudah penat kerana tidak ada tenaga untuk bercakap lagi. Lambat-lambat dia ukir senyum.

Keretanya berhenti di kawasan projeknya yang sudah hampir siap. Segala fail yang berkaitan dengan kerjanya hari ini diambil di bahagian tempat duduk belakang.

"Kau duduk dalam kereta je, nanti aku datang balik." baru saja Adam ingin membuka pintu keretanya, Najwa sudah menahan tangannya.

"Nak ikut." pintanya perlahan. Adam menggeleng lalu mula keluar dari keretanya. Biarlah Najwa duduk di dalam, sejuk sikit berbanding cuaca di luar yang sedang membara ini.

Najwa sudah bermasam muka. Buat apa dia ikut kalau dia tidak boleh menolong Adam melakukan kerja. Pintu kereta mula dibuka, langkahnya dilajukan ke arah Adam yang sedang memerhati bangunan hampir siap itu.

"Dam, bini kau datang." tegur Afiq apabila melihat Najwa yang sedang berjalan ke arah mereka. Adam berpaling ke belakang lalu dia mengeluh seketika.

"Dia demam, Fiq. Degil nak ikut aku datang sini jugak." adunya. Memang dia tidak boleh berbuat apa kalau Najwa berkeras juga ingin mengikutinya.

"Layan la dia dulu, biar aku handle. Goodluck brother." Afiq menepuk bahu abangnya sebelum dia berlalu pergi.

"Kenapa datang sini? Panas ni, nanti pengsan macam mana?" Adam menegur tegas. Wajah monyok Najwa direnung lama.

"Saya menyusahkan awak ke? Kalau macam tu saya patah balik." Najwa berpusing semula namun ditahan oleh Adam. Cap yang dipakainya diberikan kepada Najwa.

"Pergilah."

What the..

Najwa menahan geram dan melangkah semula ke arah kereta. Adam langsung tidak mempedulikannya. Kalau dia tahu, dia duduk saja di rumah dan tidur sepanjang masa.

Pintu kereta dibuka dan ditutup kasar. Topi yang diberikan oleh Adam tadi dibaling ke seat sebelahnya lalu dia duduk bersandar. Bayangan Adam di sebelah itu dikerling sekilas.

Benci.

Kedua belah matanya mulai memberat. Lama kelamaan dia tertidur sendiri.









*****







Adam mencempung tubuh Najwa lalu diletakkan di atas katil. Badannya diregangkan seketika. Harini seharian dia berada di tempat projek dan belum sempat ke syarikatnya hari ini.

Tangannya naik menyentuh dahi isterinya yang sedang nyenyak tidur itu. Masih panas.

Ubat demam yang tidak terusik itu dipandang sepi. Adam bangun lalu masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya kemudian bersiap untuk turun ke bawah.

"Bik, nanti buat bubur ayam untuk Najwa lepastu bawak naik atas. Kalau dia tanya pasal saya, cakap saya keluar sekejap." arahnya lalu mula menapak ke pintu utama.

Kereta dipandu menuju ke tempat dia membuat kerja mafianya yang tidak jauh daripada rumahnya. Setelah itu, Adam melangkah ke dalam sebuah bilik yang agak gelap dimana dia menempatkan Isyraf.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now