Part 6

37.7K 1.1K 174
                                    

Najwa dan Adam hanya berdua tinggal di dapur manakala orang tuanya sedang berada di ruang tamu. Najwa merapati Adam yang sedang bermain dengan telefonnya itu.

"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?." Soalnya cuba memberanikan diri. Adam terus menutup telefonnya lalu Najwa dipandang.

"Orang dekat syarikat dah tahu kita tinggal satu rumah. Jadi aku kena kahwin baru diorang percaya kau isteri aku." Jawabnya lalu bangun berdiri di hadapan Najwa.

"Bukan sebab.."

"Cinta? Aku tak pernah nak rasa cinta lepas putus tunang tahun lepas. Simpan harapan kau dan ingat, aku beli kau daripada ayah kau." Adam gigit bibir. Tahu ketelanjurannya dalam berkata-kata.

Tapi, dia ego. Dan ego dia menang.

Najwa mengangkat wajahnya. Jadi selama ini dia sorang saja yang menyimpan perasaan pada lelaki itu. Dia yang terhegeh-hegeh sedangkan Adam tidak menganggap dia sesiapa pun.

"Tapi kenapa awak baik dengan saya?"

Adam berdecit.

"Baik? Kau belum tengok sisi gelap aku Najwa. Aku buat baik sebab aku taknak hamba aku cedera." Sungguh menyakitkan hati jawapan itu.

Najwa menahan air matanya. Jadi Adam hanya menganggap dirinya itu tidak lebih daripada seorang hamba. Darjat seorang hamba adalah yang paling bawah.

"Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau." Tangannya naik mengangkat dagu milik Najwa. Sekilas ciuman dihadiahkan pada bibir gadis itu lalu dia berlalu pergi.

Fake hope is real?





*****





Isyraf menutup pintu keretanya lalu masuk ke dalam rumahnya. Dia tersenyum apabila memikirkan soal gadis yang dia jumpa beberapa hari lepas.

"Najwa.. kenapa lah kau boleh terlibat dengan Adam bodoh tu." Gambar gadis di tangannya itu direnung lama. Lambat-lambat dia tersenyum sinis.

"Kalau kau ikut aku, mesti kau dah bahagia. Kau tak payah hidup sengsara lagi dah." Isyraf ketawa sendiri.

"Tuan Isyraf, ni maklumat pasal budak yang Tuan suruh cari." Fail itu diserahkan kepadanya. Isyraf menyuruh anak buahnya itu pergi meninggalkannya.

Fail maklumat tentang Najwa itu dibaca satu persatu. Dia harus mendapatkan gadis itu walau dengan apa cara sekalipun supaya dia dapat melihat Adam hidup sengsara.

Kerana dia juga adalah mafia.



SKIP




Air haram itu diteguk rakus. Afiq memandang saja abangnya yang dari tadi tidak henti-henti meminum air itu. Terus dia menahan tangan Adam daripada terus meminumnya.

"Aku nak pergi tandas kejap ni. Kau jangan gi mana-mana tau." Pesannya. Adam mengangguk seolah-olah faham.

Dari jauh Tasya memerhatinya. Apabila mendapati Afiq sudah tiada, dia berjalan merapati Adam yang sedang menongkat dagu. Tasya membawa Adam ke bilik. Mudah kerjanya kalau Adam mabuk sebegitu.

Baju Adam diselak sedikit. Dia mengusap lembut dada bidang Adam sebelum mencium pipinya. Tiba-tiba biliknya ditendang kuat oleh Afiq.

"Kau buat apa ni? Dah ludah nak jilat balik pahal?" Bidasnya. Afiq menarik tangan Adam supaya dia bangun. Adam yang masih di dalam dunianya sendiri itu hanya menurut.

"Tolong eh Tasya, dalam mimpi jelaa Adam nakkan kat kau balik."

"Perempuan jalang." sambungnya.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now