Part 15

29.5K 976 72
                                    

Afiq merenung Najwa yang sedang menangis. Tujuannya membawa Najwa ke pantai untuk menenangkan gadis itu, malah sebaliknya pula yang terjadi.

"Are you okay?" Afiq menyoal lembut. Najwa yang menangis dalam keadaan menunduk itu menggelengkan kepalanya.

"Sorry.." Afiq menarik lengan baju Najwa. Automatik Najwa menyandarkan kepalanya pada bahu lelaki itu. Najwa yang sedar itu terus menaikkan semula kepalanya.

"Better?" tanya Afiq. Lambat-lambat Najwa mengangguk sambil menganggukkan kepalanya.

Tiba-tiba satu das tembakan dilepaskan di tengah jalan raya yang kurang sibuk itu. Bahu Afiq ditarik oleh seorang lelaki berpakaian serba hitam lalu wajahnya ditumbuk kuat.

"Afiq!" Najwa menuju ke arah Afiq. Namun tangannya ditahan oleh seseorang lalu mulutnya ditekup dan dia pengsan tidak sedarkan diri.

"Najwa!" Afiq yang ditumbuk itu menjadi tatapannya buat kali yang terakhir sebelum dia tidak sedarkan diri. Tubuh Najwa diangkat masuk ke dalam sebuah van hitam.

Adam yang entah dari mana muncul itu terus mendapatkan adiknya sambil diekori dengan Tasya di belakang.

"Najwa, Isyraf culik dia." Afiq bangun setelah dibantu oleh Adam.

"Kau balik naik kereta aku. Fiq, jom." ajak Adam. Kunci kereta diserahkan pada Tasya. Afiq mengangguk lalu bergegas ke tempat parking. Kereta dipandu laju mengejar van hitam yang sudah jauh di hadapan mereka.






ISYRAF mengikat kedua tangan Najwa ke atas sambil tersenyum sinis. Akhirnya gadis yang sudah lama dia cari dapat berada dalam genggamannya jua.

Air disimbah tepat ke wajahnya membuatkan Najwa terus tersedar sambil batuk-batuk. Matanya cuba dibuka lalu memandang bayangan di hadapannya.

"Aku dapat jugak kau Najwa. Nyawa Adam." Isyraf menyentuh pipi Najwa lalu mencengkamnya kuat. Begitu ketat Adam menjaga gadis kesayangannya ini.

"Bos, Adam dengan adik dia dah sampai." kata anak buahnya itu. Isyraf tersenyum lalu mengheret Najwa ke tingkat atas. Adam pasti sukar untuk menemui gadis itu.

Najwa dibaringkan di atas satu katil lalu kedua tangannya diikat ke atas. Isyraf senyum sinis lalu mengunci kemas bilik itu. Dia berlari ke sebuah bilik yang terletak tidak jauh daripada Najwa berada.

Paparan skrin yang memaparkan segenap ruang kilang lama itu memudahkan lagi kerjanya. Isyraf duduk lalu mikrofon yang boleh didengari seluruh kilang diambil.

"Selamat datang keluarga mafia." ucapnya sebaik sahaja melihat Adam masuk ke dalam melalui pintu hadapan manakala Afiq masuk melalui pintu belakang.

"Rancangan yang hebat keluarga mafia. Kau nak selamatkan Najwa? Come on Adam, cari lagi." Adam hanya mengabaikan suara Isyraf. Dia lebih fokus untuk mencari Najwa.

"Cari Adam, cepat. Kalau kau tak jumpa dia dalam masa sepuluh minit, mungkin dia akan mati sebab hidu gas yang.. beracun?" kata Isyraf disusuli dengan ketawa jahat.

Najwa memandang lubang gas yang terletak di atas kepalanya. Tangan dan kakinya yang diikat cuba dilepaskan namun tiada hasil. Dia hanya mampu berharap Adam atau Afiq menjumpainya.

"Fiq, kau jumpa?"

"Tak. Aku rasa tingkat atas." Adam terus naik ke tingkat atas melalui tangga. Seluruh pintu yang terletak di tingkat tiga itu dibuka satu persatu. Masih lagi tidak mendengar suara Najwa.

Najwa yang sudah menghidu bau gas itu mula sesak nafas. Perlahan-lahan gas itu mula memenuhi ruang bilik yang di dudukinya. Nafasnya sudah mulai tercungap-cungap.

"Najwa!" laungnya. Namun sahutan Najwa langsung tidak didengarinya. Afiq dan Adam memasuki sebuah bilik yang memaparkan Najwa sedang terbaring sambil ingin membuka ikatan pada tangannya.

"Dam, kita berpecah. Aku cari Isyraf, kau cari Najwa." sarannya. Adam mengangguk lalu mula meneruskan pencariannya. Bilik yang begitu banyak menyukarkannya untuk mencari.

Satu bilik terkunci itu ditendang kuat. Dia pasti Najwa berada di dalamnya kerana dapat dia lihat pada cermin yang boleh menampakkan ruang dalam.

"Najwa!"

"Awak.. tolong.." kedengaran suara halus gadis itu. Adam mengaktifkan alat pendengaran dia dan Afiq.

"Fiq, aku jumpa Najwa. Cepat cari Isyraf, gas tu dah hampir penuh satu bilik." katanya. Afiq yang mendengar itu terus melajukan pencariannya.

"Najwa! Tolong tahan.." laung Adam dari luar. Dapat dia lihat Najwa sedang menahan kesakitan apabila setiap kali dia ingin bernafas. Dawai diambil lalu dia cuba untuk mencungkil mangga tersebut.

Adam sudah berpeluh demi menyelamatkan Najwa. Gadis itu harus selamat.

"Gotcha." kata Afiq. Tiba-tiba tubuhnya disepak dari tepi. Isyraf ketawa lalu mula melarikan diri melalui tingkap. Afiq mula mencari butang untuk menutup gas itu tetapi butang itu tidak berfungsi lagi.

"Ad—dam.." Najwa sudah mulai batuk-batuk. Dia sudah tidak boleh bernafas lagi. Dadanya sangat sakit apabila setiap kali dia ingin menarik nafas sehingga dia hampir lemas.

"Adam, cepat.. Gas dah penuh!" kata Afiq melalui alat pendengarannya. Dia lihat pada skrin itu, Najwa sedang terseksa.

"Amri, tolong datang dekat kilang lama yang dekat dengan pantai. Najwa hidu gas beracun, cepat." kata Afiq lalu mematikan talian. Dipandang semula skrin itu.

Adam sudah berjaya membuka mangga tersebut. Dia menahan nafasnya lalu seluruh ikatan pada kaki dan tangan Najwa dibuka. Najwa kelihatan sudah mulai lemas.

"Najwa, tolong tahan. Kau boleh." Adam terus mencempung tubuh itu keluar. Langkahnya cuba dilajukan untuk keluar dari kilang ini.




SKIP





Alat bantuan pernafasan itu mula diletakkan di mulut Najwa yang sudah hampir lemas. Gadis itu seperti masih belum sedarkan dirinya.

"Am, cepatlaa.." bentak Adam. Tidak sanggup melihat Najwa menahan sakit sebegitu di hadapan matanya.

"Kejap, Dam. Kita tunggu dia muntahkan gas ni." kata Amri sambil tangannya sibuk mengendalikan alat pernafasan tersebut.

Najwa terus batuk lalu mula muntah dengan banyak. Adam menggosok sedikit belakang badannya lalu dibaringkan semula Najwa di atas ribanya.

"Najwa, kau dengar tak?" Adam mengusap lembut pipinya. Najwa perlahan-lahan menutup matanya.

"Dia pengsan. Angkat dia, kita bawak dia ke hospital."







*****






Afiq menepuk perlahan bahu abangnya yang terus mundar mandir. Dia tahu Adam risaukan keadaan Najwa di dalam. Pasti nanti Adam akan menyalahkan dirinya kerana Najwa sedang menanggung deritanya.

"Fiq, thanks sebab jaga Najwa selama ni." Adam memandang adiknya. Rasa bertuah dirinya kerana memiliki seorang adik yang sentiasa menyokongnya.

"No hal. Kau faham kan kenapa aku tak bagi Najwa jumpa kau dah?" soalnya perlahan. Dia tidak ingin Najwa dalam bahaya apabila mendekati Adam.

Tambahan pula dia berkahwin dengan Tasya. Sudah pasti wanita itu yang memaklumkan semua perkara kepada adiknya tentang Adam.

"Tapi.. aku tetap boleh jenguk dia kan? Aku tak pernah bebaskan dia sebagai hamba aku lagi." kata Adam. Afiq mengangguk faham.

"Sayang, you okay?" Tasya yang baru sampai itu terus meluru ke arah Adam. Habis satu badan lelaki itu diperiksa.

"Tasya, aku takde apa. Kau datang sini buat apa?" dia mula rimas dengan kehadirannya.

"I bimbang sebab you tak balik-balik."

"Yeke? Atau sebab kau pergi tengok adik kau untuk tanya plan dia jadi ke tak?" bidas Adam. Afiq menahan tawa.

Terserlah kebodohan Tasya di situ.


























Sumpah tak pandai buat scene action 🥺

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now