Part 17

28.6K 1K 347
                                    

WARNING : unexpected dress photo
(Close your eyes)

Adam memandang Tasya yang pulang dalam keadaan mabuk itu. Dia membuat muka.

"Perempuan jalang." katanya perlahan lalu menyambung kerjanya. Dia berasa terganggu apabila Tasya tiba-tiba memeluk lehernya.

"Kau pergi naik atas lah Tasya." tubuh itu terus ditepis kasar. Rimas.

"Adam.. but I want you now." Hampir saja bibirnya menyentuh bibir Adam. Mujur sahaja lelaki itu sempat melarikan dirinya daripada Tasya.

"Adam, tanya pasal Isyraf." kata Afiq yang kebetulan lalu di ruang tamu. Dia memberikan isyarat untuk abangnya lalu kembali naik ke biliknya. Tasya sedang mabuk, kerjanya lebih mudah.

"Tasya, kat mana adik kau?" terus dia menyoal. Lengan Tasya dipegang menunggu jawapan.

"Dia duduk rumah papa la. You nak pergi sana ke? Bawak I sekali tau." Tasya memeluk Adam. Tangannya naik mengusap wajah lelaki itu beberapa kali.

Adam berdecit lalu menolak tubuh Tasya ke sofa. Bau alkohol yang kuat itu terus menusuk ke dalam hidungnya. Dipandang Tasya yang sudah hampir tertidur itu.

Adam terus mengambil kunci keretanya lalu memandu laju di atas jalan raya. Dia ingin ke hospital untuk menemani Najwa. Pasti gadis itu berseorangan sekarang ini.

Sampai saja di sana, dia melangkah laju ke bilik Najwa. Najwa yang sedang menikmati pemandangan malam di tingkap itu terus didekati. Bibirnya dicium sekilas.

"Awak buat apa kat sini? Nanti Tasya cari awak la." Najwa menolak tubuhnya. Lelaki itu hanya mengendahkan Najwa lalu dia mencempung Najwa ke katil. Dia turut naik ke atas sambil berbaring.

Tubuh Najwa dipalingkan menghadapnya. Tangan kanannya diletakkan di atas pinggang Najwa.

"Adam.. awak suami orang."

"Tapi aku bakal suami kau jugak." Adam mula bermain kata. Dia tidak pernah menganggap Tasya sebagai isterinya. Tidak pernah terdetik di dalam hatinya rasa sayang pada wanita itu.

"Esok kau balik rumah aku." Adam menyelak perlahan rambut yang jatuh menutupi wajah Najwa.

"Tapi, Afiq macam mana?"

"Kenapa dengan Afiq? Kau tak suka tinggal dengan aku? Ingat Najwa, aku yang beli kau." Adam merenung anak mata Najwa sedalamnya.

"Bukan.."

"Kau tetap hamba aku. Aku tak akan pernah bebaskan kau, Najwa."





*****






Tasya merenung Najwa yang masuk ke biliknya. Wajahnya dikibaskan geram. Itu sepatutnya bilik dia dan Adam, bukan gadis itu.

"Awak.. saya.. taknak duduk sini." Najwa cuba membaca wajah Adam. Lelaki itu mulai dingin.

"Kau nak tinggal dengan Afiq?" bidasnya. Adam semakin mendekati Najwa.

"Awak kan dah kahwin, nanti apa kata Tasya." Najwa meletakkan kedua tangannya di tengah apabila Adam semakin merapatkan dirinya. Wajahnya masih tiada sebarang reaksi, hanya wajah tenang ditayangkan.

"Najwa, berapa kali aku nak cakap. Aku tak cintakan dia, tak akan pernah." Adam mengusap lembut pipi Najwa. Sejak dia tinggal dengan Afiq, gadis itu selalu melawan katanya.

"Sayang, kita kena pergi tempat projek sekarang." Tasya menarik lengan sasa lelaki itu. Adam hanya patuh, tidak pula menolak. Mereka meninggalkan Najwa yang terkebil-kebil.

Salah dia kah?



PETANG itu Tasya hanya pulang sendirian ke rumah. Najwa yang duduk di sofa itu dipandang lalu dia menuju ke arahnya. Beg plastik berisi baju itu diberikan kepada Najwa.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now