Part 23

26.6K 967 168
                                    

Sudah hampir sebulan Najwa berlatih. Prestasinya juga semakin meningkat hari demi hari dengan bantuan Adam dan juga Afiq. Lelaki itu lah yang sentiasa memperbaiki segala kesalahannya sewaktu berlatih.

Dia juga masih menunggu Adam dan Tasya pulang ke klinik. Perempuan itu merayu bagai nak rak siap melutut supaya Adam menemaninya. Memang takde maruah.

Dipandang Datin Maya yang sedang turun dari tangga lalu melangkah ke arahnya. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Najwa yang sedang menghadap telefonnya.

"Runsing je." tegurnya apabila melihat wajah Najwa seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Najwa tunggu Adam. Dah nak tengah hari tapi dia tak balik lagi." adunya sambil duduk menghadap wanita itu. Takut pula jika Tasya merayu supaya Adam membawa dia ke mana-mana.

Dia menyesal sebab tak ikut.

"Nanti diorang balik la tu. Jom, kita masak lunch sama-sama? ajaknya. Najwa mengangguk kemudian berlalu ke dapur.






*****






"Kau boleh tak cepat sikit?." bentaknya. Direnung tajam Tasya yang sedang membawa beg plastik yang berisi barangannya. Kalau bukan kerana dia paksa Adam tadi, memang lelaki itu tidak akan turut.

"Sabar lah, saya kan tengah mengandung." jawabnya. Barangannya diletakkan di tempat duduk belakang lalu pintu ditutup kemas.

"Ye kau mengandung. Tapi bukan anak aku." bidasnya sebelum masuk ke dalam kereta. Jika Najwa ada bersamanya, pasti wanita itu sudah ditinggalkan sendirian.

"Adam, I nak mangga boleh?" rayunya sambil meraih lengan Adam. Dia terus melarikan tangannya di atas ribanya.

"Kau ni menyusahkan betul la, Tasya. Adik kau mana? Suruh jelaa dia belikan untuk kau, tu anak dia jugak kan?" perlinya. Adam tersenyum sinis apabila melihat perubahan wajahnya.

"Please, kali ni je." rayunya lagi. Adam mengeluh sambil mengenggam kuat stereng keretanya. Kalau bukan disebabkan Isyraf, sudah lama dia buang Tasya.

Selepas beberapa minit, Adam tiba di rumahnya. Dapat dia lihat Najwa dan Afiq sedang berbual-bual di taman sambil membantu Datin Maya mengalihkan pasu.

Langkahnya dilajukan ke arah Najwa lalu tubuh itu terus ditarik ke dalam pelukannya. Afiq terus menutup matanya sambil tangannya satu lagi turut menutup mata mummynya.

"Awak, saya berpeluh la." Najwa menolak sedikit tubuh sasa itu. Dia juga tidak selesa akan badannya sekarang ini kerana baru saja selesai mengendalikan pasu-pasu Datin Maya yang sudah pecah.

"Aku lapar, jom teman makan."





NAJWA perhati saja Adam yang sedang makan dengan gelojoh itu. Segelas air diletakkan di hadapannya lalu wajah lelaki itu direnung sekilas. Sebab Tasya, Adam lapar.

Tak guna.

"Pagi tadi awak tak makan?" Najwa menarik kerusi lalu duduk di sebelahnya. Adam menggeleng sambil menghabiskan sisa makanannya di dalam pinggan itu.

Najwa tersenyum, kemudian dia menarik kedua pipi lelaki itu. Satu ciuman hinggap pada bibirnya. Adam terkebil-kebil sambil mengunyah makanan yang masih penuh di dalam mulutnya. Lambat-lambat dia senyum.

"Sayang.. sorry tau?" tangan Najwa diusap lembut.

"Kenapa?"

"Tadi tak ajak kau pergi sekali. Lepastu balik lambat pulak, sorry." Adam menarik tangan Najwa rapat ke arahnya. Sengaja. Kerana dia lihat Tasya sedang menuju ke dapur.

"Kau cantik."

Pipi Najwa diusap. Dia tidak tipu, isterinya itu memang sudah cantik daripada dia mula melihatnya. Tapi disebabkan ego, dia ketepikan semua itu.

Tasya berdehem lalu mula membuat muka. Dia terus menapak ke biliknya apabila melihat adengan suami isteri yang amat menyakitkan hatinya itu tadi.

"Dia marah." perli Najwa perlahan. Adam ketawa kecil. Dia bangun berdiri di hadapan Najwa.

"Sebenarnya kan, Najwa.." dia berhenti. Wajah ingin tahu Najwa dilihat sekilas.

"Kau tak cantik pun!" Adam terus melarikan dirinya ke halaman luar. Najwa juga bangun lalu mengejar Adam yang sudah sakan ketawa.

Najwa pantas menerpa ke arah Adam. Adam terus memeluk Najwa lalu kedua-duanya sudah jatuh terbaring di atas rumput. Adam yang menindih Najwa itu lama merenungnya.

"Sini takde orang.." kedua tangan Najwa ditahan. Gadis itu sudah meronta sehingga dia hampir menendang Adam. Namun kakinya diturunkan semula apabila dia melihat bayangan Tasya dari tingkat atas.

Dasar attention seeker.

"Adam!!" habis lehernya sudah menjadi mangsa bibir lelaki itu. Adam yang geram itu terus menggigit bahu Najwa yang masih berlapik sambil ketawa.

"Awak saya penat laa." adunya. Tangannya naik merangkul leher Adam manja.

"Dia tengah perhatikan kita." katanya. Adam mengangkat kening.

"Habistu? Biar lah, asalkan sekarang ni. Kau aku punya." tangannya menyentuh pinggang isterinya.

"Adam!!" jeritnya apabila Adam sudah memggeletek tubuhnya. Memang sudah satu laman itu ditawaf oleh mereka.






SKIP



Tasya mula mendail nombor adiknya dalam keadaan marah. Dia duduk di birai katil sambil mengibaskan wajahnya yang kepanasan.

"Isyraf, cepatla jalankan plan tu. Akak taknak dah tengok perempuan tu dengan Adam!" tengkingnya. Dia benci melihat kemesraan mereka berdua. Sakit hatinya semakin membara.

"Kakak, boleh sabar tak? Ingat senang ke nak tangkap Adam? Isyraf tengah kumpulkan anak buah la ni." bentak adiknya. Serabut pula apabila kakaknya itu terus memaksa dirinya.

"Sabar apanya dah sebulan lebih, Isyraf."

"Kakak, apa kata kau je yang tolong Adam datang kat kita. Kalau Adam hilang, Najwa mesti akan cari dia. Bukan setakat Najwa, semua keluarga dia."

"Kau boleh dapatkan Adam dan aku boleh dapatkan isteri dia." tipunya. Isyraf sudah mempunyai rancangannya yang tersendiri. Tetapi kakaknya itu begitu bodoh kerana sangat mempercayainya.

"Deal."

Afiq yang mendengar semua perbualan itu terus tersenyum. Mereka ingat begitu mudah untuk mereka dapatkan Adam dan Najwa?

Lagi pula, Najwa sekarang sudah mahir dalam seni mempertahankan diri dan juga sudah boleh menembak dengan tepat. Adam pula, nampak saja bodoh dari luar.

Tapi dia sebenarnya seorang yang bijak dalam mengatur strategi apatah lagi apabila harus berhadapan dengan lelaki lemah seperti Isyraf. Mereka tak akan mudah untuk kalahkan Adam.

They start the game, so let's play the game.








































Sorry lama menghilang, author sibuk buat kuih raya and stress sebab tak jadi HAHAHAHA JK.

Persiapan raya korang cane? 😍

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now