Part 11

30.1K 1K 172
                                    

"Najwa.." Adam meluru masuk ke dalam bilik itu apabila mendapat panggilan bahawa dia telah sedar. Tubuh gadis itu dipeluk erat. Terangkat-angkat badannya kerana teresak-esak menangis.

"Najwa, kenapa nangis ni?" Adam mengelap air matanya yang gugur.

"Diorang bunuh ibu." Najwa memeluk Adam. Emosinya sudah tidak terkawal. Dia sedih tidak dapat bertemu dengan ibunya untuk kali terakhir. Anak macam apakah dia?

Adam membalas pelukannya

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.


Adam membalas pelukannya. Dia cuba untuk menenangkan gadis itu.

"Rileks Najwa, aku kan ada."



*****




Jangan banyak gerak, Najwa." Adam berkata tegas apabila melihat gadis itu sibuk menyusun makanan di atas meja. Adam meletakkan tangan kanannya yang tercedera itu ke bawah.

Najwa merenung tangan Adam yang bergerak ke sana sini. Barangan Najwa telah dikemaskan sedikit demi sedikit kerana dia sudah boleh keluar daripada hospital petang nanti.

"Ahh." Najwa dengan tidak sengaja menggerakkan tangannya ke hadapan dengan laju. Niatnya hendak memberitahu Adam bahawa Dato Firash dan Datin Maya sudah sampai, namum lain pula jadinya.

"Najwa, aku dah cakap kan." Adam mengurut lembut lengannya. Lambat-lambat Najwa senyum. Lelaki itu romantik rupanya, ingatkan dingin saja sepanjang hari.

"Hati-hati Najwa." tegur Datin Maya sambil meletakkan buah tangan itu di atas mejanya. Najwa balas dengan anggukan.

"Nampak macam kena tangguh dulu je perkahwinan minggu depan." kata Datin Maya. Drastik Adam dan Najwa memandangnya serentak membuatkan dia geli hati melihat telatah mereka.






ISYRAF menarik Tasya masuk ke dalam sebuah kedai gambar.

"Edit gambar ni bagi real. Aku nak sekarang." Duit not 100 lima keping itu diberikan padanya seolah-olah duit itu amat mudah didapati baginya yang memang hidup dalam kemewahan. 500 ringgit itu apalah sangat.

"Baik, Tuan." kata juru jual itu lalu dia membuka komputernya. Selepas beberapa minit sahaja, dia berjaya menyiapkan gambar seperti yang dimahukan lelaki itu.

"Kau bagi dekat Adam. Then, I'm sure he is yours after this." Isyraf senyum sinis. Tasya mengambil sampul yang berisi beberapa keping gambar itu lalu tersenyum manis.

Setelah beberapa minit memandu, dia tiba di rumah Adam. Dia melangkah dengan bangganya kerana tidak sabar untuk menunjuk gambar itu kepada Adam dan keluarganya. Dia tersenyum, memang sangat kebetulan semua orang ada di ruang tamu.

"Mummy, daddy.. Tasya ada berita yang agak sedih dan mengecewakan tentang Najwa." Tasya meletakkan sampul itu di hadapan Adam. Dia terus mengambilnya lalu melihat satu persatu gambar Najwa dan Isyraf.

"Kau—"

"Adam, daddy nak tengok." Adam menyerahkan gambar itu. Dia bangun berdiri sambil menahan amarahnya. Najwa dipandang tajam.

Mafia in LoveWo Geschichten leben. Entdecke jetzt