Dia terus berlari lalu masuk ke kedai tersebut. Pintu bilik persalinan itu dibuka lalu dia masuk ke dalam. Dia berdecit. Masa itulah pengawal pula tiada bersamanya kerana dia sedang membeli di dalam kedai barangan wanita.

Pintu dibuka dari luar. Terpancul wajah Adam yang sedang mencari nafas. Najwa merapatkan dirinya ke bucu apabila Adam semakin mendekati dirinya.

"Najwa.. aku rindu." ungkapnya. Najwa sudah tidak tahu ingin memberi reaksi pada lelaki itu. Jujur, dia juga rindu. Tetapi buat masa sekarang, mereka tidak boleh bersama.

"Jangan pegang saya." Najwa melarikan tangnnya apabila Adam ingin memegangnya.

"Najwa.. kau okay?" tanyanya. Najwa balas dengan anggukan. Dia ingin lari daripada lelaki ini, tetapi dia telah dikepung.

"Awak.. saya nak keluar."

"Kau benci aku? Aku minta maaf pasal tu.." Adam semakin merapatinya. Dia rindukan gadis ini. Rindu juga ingin melihat wajah Najwa yang membuatnya tidak keruan.

"Saya taknak dengar, tolong pergi dari sini." Najwa bergerak sedikit ke tepi namun Adam terus menahan tangannya di situ.

"Kau tak rindu aku ke?" Adam mendekatkan wajahnya, ingin mencium gadis itu. Belum sempat dia berbuat apa-apa, bahunya ditarik seseorang.

"Jangan ganggu dia." kata Afiq sambil menarik Najwa ke belakangnya. Wajah abangnya direnung lama.

"Kau simpan dia selama ni?"

"Ha ah. Aku taknak dia tengok muka perogol macam kau." bidasnya kasar langsung tiada hormat pada abangnya.

"Afiq, bagi aku cakap dengan Najwa." pintanya.

"Adam, kau dah ada isteri. Ingat tu." Afiq terus menarik Najwa keluar dari bilik persalinan itu bersamanya. Najwa terdiam.

Isteri? Adam sudah.. hm.

Tasya yang baru saja sampai itu terus mendapatkan Adam. Dari jauh dia dengar segalanya. Dia harus memastikan bahawa Adam akan kekal menjadi miliknya.

"You tak apa-apa?" tangan lelaki itu diraih. Adam menepis kasar tangan Tasya yang ingin menyentuh wajahnya.

"Kalau bukan sebab kau, Najwa takkan benci aku. Aku tahu gambar dan video Najwa dengan Isyraf palsu, Tasya." wajah Tasya direnung dalam.

"Aku tahu semua benda yang kau buat belakang aku. Aku tahu apa yang kau dengan adik kau rancang. Jangan ingat kau boleh lepas." sambungnya lagi.

"Adam, wait." Tasya menghalang lengan Adam.

"You tak cintakan I?" Tasya melingkarkan lengannya pada leher Adam.

"Aku kahwin dengan kau sebab daddy. Kau burukkan Najwa depan daddy, kau ingat aku tak tahu?" Adam memandang riak wajahnya yang sudah berubah. Rahsianya terbongkar.

"Ingat satu benda Tasya. Keturunan aku, keturunan mafia. Kami tak akan mudah percaya dekat orang luar."








SKIP





Afiq merenung Najwa yang masih diam. Makanan di hadapannya itu langsung tidak disentuh.

"Najwa, makanlah. Jangan fikir pasal dia." Afiq menolak sedikit pinggan di hadapan Najwa. Dia tahu, pasti Najwa terkejut dengan semua ini.

"Afiq.. kenapa Afiq tak bagitahu?" Najwa mendongakkan kepalanya. Afiq mula melarikan pandangannya ke arah lain.

"Afiq taknak Najwa sedih. Tak payah la fikir pasal dia lagi, dia dah bahagia dengan Tasya." Afiq menutup mulutnya. Dia terlepas cakap.

"Tasya? Dia.. kahwin dengan Tasya?" dia tidak pelik. Tasya adalah bekas tunangnya, orang yang dia suka sebelum dirinya wujud. Lagipun, dia hanya seorang perempuan biasa yang dibeli oleh Adam sebagai seorang hambanya.

"Adam buat bersebab." kata Afiq cuba menenangkan Najwa.

Dia juga percaya, Adam bukan jenis yang sembarangan dalam membuat keputusan. Dia pasti ada rancangannya yang tersendiri yang semua orang tidak tahu termasuklah dirinya.

Abangnya itu takkan mudah menerima Tasya. Lagipula, adik Tasya adalah musuhnya. Adam tidak bodoh lagi ingin berkahwin dengan orang yang paling dibencinya selepas dia putus tunang.

Dia cuma, terpaksa. Keadaan lah yang memaksa dirinya untuk melakukan itu. Ini semua untuk mengorek rahsia Isyraf dengan menggunakan Tasya. Dalam masa yang sama, di kesiankan Najwa.

"Najwa nak balik.." air matanya ditahan.






















AFIQ TERIMALAH CINTA SAYA!

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now