Afiq keluar daripada tempat itu lalu ke keretanya. Tubuh Adam dipapah lalu ditolak tubuh lelaki itu ke dalam kereta. Badannya diregangkan sebelum dia memandu laju ke rumah Adam.

Afiq meluru masuk tanpa mengetuk pintu lalu terus menolak Adam ke sofa. Adam masih belum tidur, malah mata lelaki itu masih terbuka luas. Cuma dia masih di dalam dunianya sendiri.

"Najwa. Tengok-tengokkan Adam, dia mabuk ni." Afiq memandang Najwa yang sedang menuruni tangga.

"Habistu, saya kena buat apa?" Najwa duduk melutut di bawah sambil memandang Adam. Dia belum pernah lagi menangani masalah sebegini. Dia memandang Afiq semula.

"Tunggu je sampai dia tertidur. Lepas bangun nanti dia okay la." Kata Afiq lalu meminta diri untuk pergi.

"Awak, saya tukar baju awak ya?" Tanyanya. Adam mengangguk saja walhal dia masih tidak sedar sepenuhnya. Najwa perlahan-lahan membantunya membuka bajunya lalu diletakkan ke tepi.

Selimut kecil diambil lalu tubuh Adam diselimutkan. Najwa duduk di atas karpet sambil melihat Adam. Dagunya ditongkatkan sambil menunggu Adam tidur.

"Najwa." Panggil Adam perlahan. Najwa terus mengangkat wajahnya apabila namanya dipanggil.

"Awak ada nak apa-apa ke?"

"Teman aku."




******




Afiq menarik kasar tangan Tasya yang baru saja keluar dari kelab itu. Tasya membuat muka lalu menepis kuat tangannya.

"You nak apa ni?! I busy la." Dalihnya. Beg tangannya dibetulkan begitu juga dengan rambutnya.

"Kau nak apa dari Adam?" Afiq merenung tajam wanita itu. Memang dari dulu dia bencikannya, kerana telah membuat Adam meletakkan harapan tinggi padanya. Sampai sekarang abangnya itu bencikan perempuan.

"I nak dia balik la! And untuk pengetahuan you, Isyraf dah mula plan untuk bunuh dia!."

Afiq diam membatu. Isyraf adalah musuh abangnya, dari dulu lagi lelaki itu ingin menghapuskan Adam tetapi setiap rancangannya itu sentiasa gagal. Baguslah dia sudah tahu rancangan Isyraf, ada guna juga Tasya buatnya.

"And I kena lindungi Adam daripada adik I. See effort I? Apa yang Najwa tu boleh buat Afiq? Dia menyusahkan Adam je." katanya bangga.

"Kau percaya ke dekat adik kau? Aku tak rasa kau akan dapat Adam, Tasya. He loves her." Afiq senyum sinis. Tasya memang tak berubah dari dulu, selalu berfikiran cetek.

"Tasya!" Jerit Isyraf. Keretanya berhenti betul-betul di sebelahnya. Isyraf memandang tajam adiknya sebelum dia menyuruh Tasya masuk ke dalam kereta. Afiq merenung kereta lelaki itu sehingga hilang daripada pandangannya.



ISYRAF menghentakkan pintu rumahnya. Kakaknya itu dipandang tajam.

"Kau kenapa? Bodoh sangat terhegeh dekat lelaki tu. Dia musuh aku, kau pulak pergi melutut depan dia pahal." Isyraf merentap kasar tangan Tasya.

"Isyraf, kakak suka dia lagi. Kami putus tunang pun sebab Isyraf! You ruined my whole life! Sikit lagi Adam akan jadi milik kakak. Lagipun Isyraf dah janji kan?"

"Isyraf janji taknak ganggu Adam dah kalau dia jadi milik kakak. Sekarang siapa yang bersalah? Isyraf putuskan pertunangan kami, sejak dari tu Adam benci akak!" Sambung Tasya. Beg tangannya dibaling ke lantai.

"Sekali dia in my list, aku takkan pernah buang nama dia!" Tengking Isyraf. Terus dia mencengkam leher Tasya kuat seolah ada yang merasukinya.

"Isy..raf! Leave me alone after this! Kakak tak perlukan Isyraf lagi dalam hidup kakak." Tasya menepis kuat cengkaman adiknya itu lalu dia berlalu ke biliknya untuk mengemas pakaian.

Bagasinya diambil lalu segala bajunya dicampak sahaja. Isyraf naik ke bilik kakaknya, bagasi itu terus dicampak sehingga ke pintu bilik.

"Kakak dah janji nak tolong Isyraf dapatkan Adam."

"True. Tapi sekarang kakak taknak ada kena mengena dah dengan Isyraf. Please, jangan ganggu kakak. I want Adam back, and I will get him with my own effort." Lengan Tasya direntap sehingga dia terjatuh di atas katil.

Isyraf tersenyum sinis memandang Tasya yang sedang melarikan diri darinya.

"Kakak, Isyraf takkan lepaskan sesiapa selagi Isyraf belum dapat apa yang Isyraf nak. Enjoy, sister." Tangan kakaknya ditarik ke arahnya.

"Isyraf!!."



















Nah double chapter sebab tiberr aku rasa murah hati 🤣

author publish satu chapter SELEPAS berbuka. Nanti kang ada yang batal puasa, sia-sia idup.

Adam berubah ke tuuu? 😱 takot lahh

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now