Bab 67

2.1K 87 12
                                    

13 April, 21:00 PM...

AKU berlari masuk ke bilik, kemudian pintu kuhempas kuat. Aku terduduk dengan belakang badanku tersandar pada pintu bilik. Air mata yang mengalir cepat-cepat kukesat dengan menggunakan jari.

"Zara, it's a prank!"

Ayat yang sama bermain-main di fikiranku berulang kali. Sungguh, hatiku benar-benar sakit saat ini, terasa seperti dihiris dengan pisau bermata tajam. Aku tidak dapat mempercayai apa yang baru kulihat dan kudengari. Prank melibatkan kematian? Bagaimana mereka boleh terfikir untuk merancang prank tidak masuk akal sebegitu?

Baru saja perasaanku mula mereda, aku terdengar bunyi enjin kereta seseorang memasuki halaman rumahku, kemudian diiringi laungan salam oleh seseorang.

"Assalamualaikum. Zara, tolong dengar apa saya cuba nak jelaskan, Zara."

Aku sudah dapat mengagak siapakah pemilik suara itu tanpa melihatnya. Jeff.

"Zara, saya tahu awak ada dekat dalam. Tolong turun sekejap, bagi saya explain semuanya." Sekali lagi terdengar jeritan dari bawah. Aku hanya membatukan diri, sepatah perkataan pun tidak kujawab. Aku malas mahu melukakan lagi hatiku hari ini. Jika boleh, aku hendak tidur sepuas-puasnya dan esoknya bangun semula dengan memori yang kosong.

TOK! TOK!

Tidak semena-mena, pintu bilikku diketuk dari luar, membuatku sedikit terperanjat.

"Akak, tolong bagi kitorang explain..." Kedengaran suara Isya dari luar.

"Pergi!" Api kemarahan dalam diriku semakin membuak-buak apabila terdengar rayuan Isya dari luar.

Mana tidaknya, dia, orang yang paling kupercayai rupa-rupanya turut sama bersekongkol bagi menjayakan prank bodoh yang menyakitkan hati itu.

Aku tidak kisah hendak mengenakanku bagaimana sekalipun, tetapi bab kematian bukanlah satu idea yang baik untuk dijadikan prank. Aku pasti bukan aku saja yang akan terluka dengan prank sebegini, pasti orang lain juga akan merasakan perkara yang sama jika mereka berada di tempatku.

Seketika kemudian, aku mendengar bunyi tapak kaki turun ke bawah sebelum kedengaran bunyi pintu dikuak. Mungkin Isya yang turun untuk bertemu dengan Jeff.

"Jeff, kita tunggu akak tenang dulu, ye? Dia tengah marah tu." Dari atas, aku terdengar samar-samar perbualan antara Isya dengan Jeff. Dalam lima minit selepas itu, kedengaran bunyi enjin kereta bergerak keluar dari halaman rumah menandakan Jeff sudahpun pergi.

Aku masih lagi membatukan diri di dalam bilik, menangis sendiri mengenangkan nasib diri. Aku sudah penat disakiti. Apa mereka fikir aku tak punya hati? Apa mereka fikir air mataku ini tidak berharga?

Sejenak, aku terfikir kembali betapa bodohnya aku kerana tidak sedar dengan permainan licik mereka.

Patutlah aku berasa tidak sedap hati saja. Mana tidaknya, sudahlah kemalangannya tidak kulihat di hadapan mata, apabila aku keluar dari tandas untuk melihat, tahu-tahu saja sudah tiba sebuah van ambulans di sana.

Sudahlah tidak dibenarkan melawat, tahu-tahu saja doktornya mengesahkan kematian palsu yang sudah mereka rancang dengan rapi.

Aku melihat ke dalam cermin yang tingginya hampir dua meter terletak tidak jauh di hadapanku. Mataku sudah sembap akibat terlalu banyak menangis. Habis segala solekan di mukaku mencair. Baju jubah yang kupakai juga sudah dikotori dengan cairan makeup yang bercampur dengan air mata.

Penat melayan perasaan, aku akhirnya tertidur juga dengan hati yang luka...

*****

My Maid, My Wife ✔Where stories live. Discover now