Bab 53

2.1K 87 15
                                    

JEFF'S POV

AKU terbaring di atas katil. Bosan. Fikiranku dari tadi melayang mengingati peristiwa yang terjadi padaku tadi.

Aku sebenarnya kagum dengan tindakan pantas Zara yang terus datang ke arahku sewaktu aku terjatuh tadi. Dia jugalah yang bersusah-payah memapahku ke bilik ini tadi.

Kepantasannya berlari ke dapur dan kecekapannya membalut kakiku juga benar-benar mengharukanku.

Perkara itu sekali gus mengingatkanku pada Marie. Zara sama saja perangainya seperti Marie. Rajin, cantik, bijak, pantas bertindak...

Aku terbayang saat aku melihat Zara tadi. Pipinya merah. Adakah dia malu kerana aku memandangnya tadi?

Waktu kami bertentangan mata juga, itulah kali pertama aku dapat benar-benar melihat ke arah anak matanya yang berwarna perang itu. Cantik. Mata bundarnya memang sama seperti mata milik Marie.

Aku mengalih posisi berbaring. Mata kututup, cuba untuk tidur.

*****

ZARA'S POV

HARI kedua aku bertugas sebagai pembantu rumah. Seperti biasa, aku menjalankan tugasku membersihkan rumah.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Aku masih lagi berperang di dapur, menyediakan hidangan makan tengah hari.

Jeff masih lagi sakit. Kakinya yang terseliuh juga masih tidak baik-baik. Hampir setiap masa, aku menjenguknya di bilik. Risau juga jika apa-apa terjadi.

Malam tadi, aku, Haikal dan Ernie mengerahkan tenaga untuk memimpin Jeff naik ke bilik tidurnya semula. Katanya dia tidak dapat tidur jika di bilik bawah itu. Katanyalah. Tapi semalam aku ternampak dia tidur di bilik itu. Nyenyak pula tu. Siap berdengkur lagi.

PUNG! PANG! PUNG! PANG!

Aku menumbuk cili menggunakan lesung batu. Hari ini aku hendak memasak ayam masak merah. Sengaja mahu tukar selera. Jika diikutkan, aku memang langsung tidak reti memasak hidangan itu, namun dengan sokongan Pak Cik Google yang sentiasa di sisi, aku yakin cubaanku itu menjadi.

"Wahahaha!" Kedengaran gelak tawa Haikal dari ruang tamu. Bukan main suka lagi. Entah cerita apalah yang ditontonnya di televisyen itu.

TOK! TOK! TOK!

Pintu utama diketuk seseorang. Aku tidak faham sebenarnya mengapa mereka mahu menyakitkan tangan dengan mengetuk pintu sedangkan loceng disediakan. Sudahlah rumah ini besar. Memang susah untuk aku mendengar jika ada sesiapa mengetuk pintu.

"Assalamualaikum!" Suara seseorang memberi salam. Suara perempuan.

Aku pantas berlari ke arah pintu sambil menjawab salam. Tiba saja di hadapan pintu, aku menekan daun pintu.

Apabila pintu dibuka saja, kelihatan dua wajah yang kukenali. Seorang lelaki dan seorang perempuan.


"Nenek!" Haikal tiba-tiba saja meluru ke arah wanita itu lalu memeluknya.

Aku menundukkan wajah daripada melihat wajah kedua ibu bapa Jeff itu. Rasa tidak sopan pula.

"Haikal! Dah besar cucu nenek ni," ujar wanita itu. Lelaki di sebelahnya mengusap-usap rambut Haikal yang masih tidak mahu melepaskan tubuh neneknya itu.

"Err... pakcik... maksud saya, Datuk, Datin, jemput masuk dulu," jemputku dengan wajah kutundukkan ke bawah. Aku sebenarnya tidak tahu benarkah mereka itu berpangkat Datuk dan Datin atau sebaliknya, tetapi disebabkan Jeff ini kaya, aku rasa tekaanku benar.

Kedua-dua mereka melangkah masuk ke dalam. Aku menjemput mereka ke ruang tamu dahulu untuk merehatkan diri. Sementara itu, aku pergi ke dapur untuk membancuh air.

Dari dapur, aku mendengar gelak tawa Haikal. Gembira benar dia dapat berjumpa dengan nenek dan atuknya.

Selesai membancuh air sirap limau, aku membawanya ke ruang tamu. Aku harap mereka sukalah air sirap limau yang kusediakan itu.

"Nama siapa, nak? Rasanya pernah jumpa kan, dulu?" soal ibu Jeff sewaktu aku sedang menuangkan air untuk mereka.

"Saya Zara Norissa. Ya dah pernah jumpa sekejap waktu majlis pengebumian Marie dulu," jawabku tenang. Sebenarnya aku agak ketakutan.

"Oh patutlah macam pernah nampak. Kenapa kamu nak kerja jadi pembantu rumah dekat sini pula? Sayang tau. Muka kamu cantik. Macam Nora Danish pun ada. Kalau kamu jadi model mesti untung. Mesti banyak offer."

"Uhuk." Aku tersedak. Hidung yang hampir kembang kukempiskan semula. Sabar Zara, jangan terlalu bangga bila dipuji.

Dengan tersipu-sipu malu, aku menjawab soalannya, "Eh mana ada, Datin. Saya ni biasa-biasa je. Mana layak jadi model."

Aku cuba merendah diri serendah yang boleh.

"Tak payahlah berdatin-datin. Tak selesa pula. Panggil aje Auntie Nora. Ini suami makcik. Panggil aje Uncle Zain."

Aku memandang ke arah kedua-dua ibu bapa Jeff itu. Mereka tersenyum penuh ikhlas.

Aku kagum sebenarnya. Tetapi pada masa yang sama hendak tergelak. Lawak pula apabila mereka membahasakan diri sebagai auntie dan uncle. Comel.

Aku memerhatikan wajah Auntie Nora yang sedang menghirup air sirap limau yang kusediakan. Kulitnya sedikitpun tiada kedutan. Walaupun umurnya sudah mencecah 40-an, wajahnya masih lagi cantik. Anak matanya berwarna hijau kebiruan. Kagum aku dibuatnya. Mungkin dia ada campuran darah dengan orang Barat.

Pandanganku beralih pula pada Uncle Zain di sebelahnya. Kulitnya sedikit berkedut, namun keanjalannya masih terserlah. Matanya sama seperti mata helang milik Jeff. Hidungnya sedikit mancung. Di bawah hidungnya, terdapat sedikit misai yang tumbuh. Sewaktu zaman muda dahulu, pasti wajahnya sama seperti Jeff.

"Auntie dengan uncle datang nak tengok Jeff, ya?" soalku ramah. Sejurus terlihat anggukan daripada mereka berdua, aku menundukkan pandangan lagi.

Perlukah aku beritahu yang Jeff sedang sakit? Takut pula mereka akan marah kerana tidak diberitahu awal-awal. Tetapi apa boleh buat, mereka sudah berada satu rumah dengan Jeff, takkan aku mahu merahsiakan hal itu lagi.

"Sebenarnya Jeff sakit. Dia tengah berehat di biliknya," ujarku perlahan. Wajah masih lagi kutundukkan. Tidak berani aku mahu mengangkatnya.

"Ya ke? Sejak bila?"

"Baru je. Tapi baik-baik je. Tak teruk sangat pun sakitnya," jelasku lagak seperti seorang doktor.

Aku membawa mereka ke bilik Jeff atas permintaan mereka, kemudian, aku keluar semula untuk menyambung kerja-kerja memasak yang tergendala. Aku mahu membiarkan Jeff bersendirian bersama kedua ibu bapanya. Tidak mahulah aku mengganggu mereka. Lagipun Jeff sudah lama tidak bertemu ibu bapanya itu. Apa sebabnya pun aku tidak tahu.

Fikiranku tiba-tiba melayang. Wajah kedua ibu bapaku yang berada di luar negara terbayang-bayang di ingatan. Sudah hampir dua tahun mereka berhijrah ke Australia atas urusan kerja. Apalah keadaan mereka agaknya? Aku rindu.

Setitis air mata yang mula mengalir pantas kukesat dengan tangan. Senyuman manis kuukir supaya hilang segala rasa rindu yang bersarang di hati. Aku kuat!

My Maid, My Wife ✔Where stories live. Discover now