Bab 19

3.4K 118 7
                                    

Anna's Point Of View

BUNGKUSAN nasi dan sup ayam di tangan kulempar ke tong sampah di dalam tandas wanita. Saja aku lakukan perkara ini. Biar mampus terus perempuan tu tidak cukup makanan. Makanan yang diberi pihak hospital pun masih tidak dimakannya lagi dari tadi. Orang kayalah katakan. Mana mahu makan makanan hospital.

Nasi yang sudah berpindah ke tong sampah itu kupandang buat kali terakhir sebelum aku melangkah keluar daripada tandas. Kebetulan, aku terserempak dengan Jeff.

Wajah itu... sebenarnya aku sudah terpikat dengan wajah itu kali pertama bertemu dahulu, sehingga sanggup menggunakan kekerasan untuk memilikinya.

"Anna, Zara ada datang tak tadi?" tanya Jeff.

"Ada tadi sekejap datang tengok-tengok Marie."

"Ada tak dia bagi nasi?"

"Tak adalah pula."

Dahi Jeff berkerut. Yes! Ini bermakna penipuan aku berjaya! Dia berlalu pergi begitu sahaja naik ke tingkat atas. Langsung tidak reti ingin berterima kasih! Huh, nasib baik ada rupa! Aku turut mengikutinya melangkah naik.

"Awak tak nak balik? Dah malam ni."

Aku hanya mempamerkan senyuman tak ikhlas. Ikutkan hati, memang mahu sahaja aku balik sekarang. Namun, mengenangkan misi yang perlu kulunaskan segera, terpaksalah aku tunggu di sini lebih lama.

"Takpelah. Awak baliklah. Biar saya yang temankan Marie. Awak mesti penat kan baru nak ke kerja terus rushing ke sini?"

Aku menguntum senyum. Namun melihatkan wajah Jeff yang tiada sebarang reaksi dan sentiasa serius itu, senyumanku memudar.

"Tak payahlah. Biar saya temankan Marie. Awak balik je."

Gulp!

Seram aku dibuatnya! Tidak berani ingin melawan, aku hanya bersetuju. Namun, aku tidak sebodoh yang disangka! Aku punyai misi lain!

*****

PINTU surau kubuka lalu aku melangkah masuk ke dalam surau hospital tersebut. Telekung di rak yang disediakan kuambil sehelai lalu kusarungkan untuk menutup segala aurat yang terdedah. Walaupun aku tidak sebaik muslimah-muslimah di luar sana, rumah Allah masih aku jaga kehormatannya. Tambahan pula, aku tidak ingin dipandang serong oleh para pengunjung surau itu.

Kerusi di tepi tingkap aku duduki. Telefon pintar kukeluarkan lalu pantas jariku menyapu skrin. Segala gosip hangat di Facebook menjadi tatapanku. Memang inilah hobiku setiap hari.

Sedar tidak sedar, masa sudah berlalu sehingga pukul 11 malam. Lama juga aku duduk di surau ini rupanya.

Secara senyap-senyap, aku melangkah keluar menuju ke tingkat tiga. Bilik bernombor AC3 kutuju segera. Lalu, aku mengintai di sebalik cermin bilik.

Jeff masih rancak bermain telefon pintarnya sementara Marie sudah terlelap. Tak tidur lagi si Jeff ni?

Mataku sudah layu. Badanku juga sudah teramat letih. Terpaksalah aku batalkan niatku pada malam ini.

*****

"TUAN, saya memang dah hantar bungkusan nasi yang Tuan pesan tu. Saya bagi dekat Anna. Macam mana boleh takde?"

Dari jauh, aku terdengar suara Zara. Huh, Tuan dan majikan dua-dua sama bodoh!

Aku melangkah melintasi mereka berdua.

"Hoi, kat mana kau letak nasi yang aku bagi hah? Kau buang eh? Kau tau tak nasi tu untuk Marie?" Zara yang ternampak kelibatku, pantas berlari ke arahku lalu merentap bajuku.

"HEI, apa tarik-tarik baju orang ni?"

"Kau jangan nak ubah topik." Segempal penumbuk ditayangkan betul-betul tepat di hadapan mataku.

"Ermm... mana aku tau. Bila masa kau hantar nasi semalam?"

"Arghh, tak guna punya perempuan! Tuan, tuan boleh pilih siapa yang tuan nak percaya sekarang. Sama ada saya yang dah sebulan kerja dengan tuan, yang tak pernah satu pun arahan tuan saya tolak, atau betina ni yang baru berapa hari menyemak kat sini!" Zara memalingkan muka ke arah Jeff sebelum melangkah pergi. Huh, puas hati aku.

*****

"ZARA, sudahlah. Tak payah fikir lagi pasal nasi tu. Hal kecik je." Kedengaran suara Jeff dari jauh.

Aku hanya menyaksikan adegan pujuk-memujuk antara Jeff dan Zara dari jauh. Tiba-tiba aku rasa tercabar. Zara kuanggap sebagai pencabar utamaku dalam misi merebut Jeff.

"Ye, aku percayakan kau. Lepas ni tak payah bagi dekat Anna, tunggu aku datang, baru bagi, okey?"

Huh! Tak habis-habis nak membela perempuan tu! Macam manalah dia boleh disukai ramai? Pakaian compang-camping macam orang tua. Tudung pun tak ada kelas! Tiada langsung pengetahuan tentang fesyen. Lainlah aku ni! Baju, seluar, beg tangan, kasut, semua aku beli dari butik terkenal. Yang pastinya, mahal!

Entah apa yang Jeff pandang sangat pada gadis itu pun aku tak tahu. Jangan-jangan dia ada minta bantuan ilmu hitam untuk membuatkan Jeff tertarik padanya. Huh...

*****

"ANNA, awak tengok-tengokkan Marie sekejap. Saya nak solat Zohor kejap. Boleh?"

"Eh, boleh." Pantas aku mengangguk seperti burung belatuk. Serta-merta hatiku berbunga-bunga. Yass! Ini peluang yang ditunggu-tunggu!

Sudah terbayang-bayang masa depan aku yang cerah suatu hari nanti!

Yass!

Aku menunggu Jeff menghilang ke surau di tingkat bawah. Kemudian, setelah kurasakan tiada yang menghalang, aku menyelinap ke dalam wad Marie senyap-senyap. Senyumanku semakin melebar hingga ke telinga saat mendapati Marie sedang tidur. Mudahlah kerjaku hari ini!

Mataku melilau mencari suis. Banyaknya suis! Suis mana yang patut kututup? Aku menguntum senyum sinis.

Ah! Tutup semua sajalah!

Suis pertama ditutup, diikuti suis kedua, ketiga... dan keempat.

"TUUUUUT"

My Maid, My Wife ✔Where stories live. Discover now