Bab 3

7.2K 209 34
                                    

PINTU pejabat Datuk Dani kuketuk perlahan. Seketika kemudian, wajah lelaki separuh abad itu terpacul di hadapan mataku. Senyuman manis dihadiahkannya buatku. Sungguh lelaki itu murah dengan senyuman. Hampir setiap masa dia tersenyum. Er... maybe time buang air tak kot.

"Ehh, Zara, come in! We all tengah tunggu you ni." Datuk Dani mengundurkan badannya untuk memberi laluan kepadaku masuk ke dalam. Sejurus selepas aku melangkah ke dalam bilik pejabatnya, dia menolak pintu semula untuk menutupnya.

Bau wangian mula menusuk hidungku. Sungguh segar udara di dalam bilik ini.

"Dah lama ke datuk tunggu I? Sorrylah, I ada hal sikit tadi." Aku cuba mencipta alasan. Penipu! Dasar penipu!

"No, it's okay. Lambat sikit je," balas Datuk Dani.

Belum sempat aku melangkah, mataku tiba-tiba terarah pada beberapa susuk tubuh yang sedang duduk di sofa Datuk Dani sambil membincangkan sesuatu sesama mereka. Ada beberapa helaian kertas di atas meja.

Aku tidak dapat mengecam gerangan pemilik tubuh-tubuh itu kerana kedudukan mereka agak membelakangkanku. Wajah mereka pun aku tidak nampak.

"Zara, take a seat." Datuk Dani menjemputku untuk duduk di kerusi sofa bertentangan dengan manusia-manusia tidak kukenali itu. Semua mata yang tadinya fokus ke arah kertas kerja, kini beralih ke arahku, membuatkanku tersipu-sipu malu.

Seorang lelaki muda yang wajahnya agak kacak mengukirkan senyuman. Hanya tuhan saja yang tahu betapa gembira campur bergetar tulang rusuk campur malu campur blushingnya aku pada masa itu. Lelaki kacak senyum, siapa yang tak bergetar tulang rusuk. Adakah ini yang dinamakan cinta?

Ya Allah apahal aku harini? Tak boleh nampak lelaki hensem sikit. Gatal. Aku menepuk-nepuk pipi untuk menyedarkan diri yang kian leka.

Aku memandang lelaki tadi semula. Tiba-tiba dia melemparkan kertas kerja di tangannya lalu berjalan menuju ke arahku dan kemudiannya menghulurkan tangannya ke arahku. Lagaknya seperti ingin mengajakku menari. Aku menyambut huluran tangannya. Terus sahaja aku dibawa ke tengah padang bunga yang luas. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Eh, mana datang padang bunga ni?

Tiba-tiba lagu hindustan berkumandang mengiringi tarian Bollywood kami. Aku melihat pakaianku. Sudah berubah itu pakaian hindustan! Lelaki tersebut juga sama. Bagaimana ini semua boleh berlaku dalam sekelip mata?

Tarian kami kemudian diteruskan. Sesekali aku mengikut bait-bait lirik lagu hindustan yang sedang dimainkan. Gelak ketawa kami menceriakan lagi keadaan. Aku berguling-geling di atas rumput yang lembut sambil diperhatikan lelaki itu.

Selepas itu, kami berpegangan tangan sambil menari ala-ala seperti berada di pesta tarian Cinderella. Oh my godddd! Jantungku bergetar laju.

Sedang leka aku menari bersama dengan jejaka kacak yang mampu membuat setiap wanita bergetar tulang rusuknya itu, aku terlanggar sesuatu. Terus aku membuka mata.

Berkerut dahiku apabila melihat tiang di hadapan wajahku. Aku terlanggar tiang? Dari mana pula datangnya tiang di tengah-tengah padang bunga yang luas ini? Mata kugosok-gosok beberapa kali kemudian lantas aku memandang ke sekeliling.

Aku sedang berada di pejabat Datuk Dani seperti tadi? Aku melihat pakaianku. Pakaian yang sama seperti aku datang ke sini tadi. Pemuda tadi pula sedang duduk di kerusinya sambil tergelak melihatku.

Selepas sedar semua yang berada di situ memandang ke arahku dengan wajah yang agak pelik serta ada yang mentertawakanku, baru aku perasan yang aku sedang berdiri di tengah-tengah pejabat tersebut sambil memeluk tiang.

My Maid, My Wife ✔Where stories live. Discover now