Bab 10

4K 158 4
                                    

"GOOD morning, Zara," sapa Marie yang kebetulan terserempak denganku di dapur.

"Good morning, Marie. Sarapan semua saya dah sediakan dekat tudung saji tu."

"Ok, thank you. Hmm... oh, ya. Petang ni boleh tak awak tolong masakkan nasi ayam? Kawan-kawan saya nak datang makan malam."

"Ehh... apa pula tak boleh. InshaAllah nanti saya masakkan. Ermm... pukul berapa, eh?"

"Dalam pukul 8.30 macam tulah. Tapi awak dah bolehlah mula masak awal-awal. Takut kerja kami habis awal."

"Oh... okeylah kalau macam tu. Err... ramai ke yang nak datang?" soalku yang masih buntu kerana ini merupakan kali pertama aku menerima arahan memasak buat tetamu di rumah ini.

"Tak adalah ramai sangat. Cuma dalam tujuh atau lapan orang je termasuk saya."

"Oh. Oklah kalau macam tu. Petang nanti saya masakkan. Meja makan pun nanti saya tolong siapkan, ya?"

"Thanks ya, Zara. I'm so lucky to have you as my maid. Muahh." Marie melepaskan flying kiss ke arahku sementara aku hanya tersengih melihat gelagatnya.

Sebenarnya aku agak kagum akan Marie. Yalah, muda lagi tetapi sudah berjaya menjadi hartawan. Kerjanya juga bukan calang-calang. Namun beliau masih lagi merendah diri. Amat berbeza dengan segelintir masyarakat yang sombong dan meninggi diri kerana punyai banyak harta.

Memandangkan hari ini hari Sabtu, bolehlah aku minta Jeff tolong aku memasak walaupun aku tahu amat mustahil untuk impian tersebut terlaksana. Tapi manalah tahu moodnya hari ini baik.

Tanpa berfikir panjang, terus aku mencapai penyapu lalu menyapu sebahagian kecil bahagian rumah tersebut di tingkat bawah. Baru sebahagian kecil sahaja sudah penat, ini kan lagi jika berterusan menyapu satu rumah ini termasuk halaman di luar. Mahu mati kejung!

*****

BAHAN-BAHAN untuk membuat nasi ayam kucari satu persatu. Ayam, timun, tomato, salad, daun sup, dan sebagainya. Cuma satu bahan sahaja belum lengkap iaitu sup bunjut. Oleh kerana aku tidak mempunyai banyak masa, terus aku meluru ke ruang tamu untuk meminta bantuan Ernie ke kedai.

"Ernie, sibuk ke? Tolong pergi kedai sekejap. Belikan sup bunjut," ujarku dalam keterpaksaan.

Ernie hanya menjeling lalu kembali melihat ke arah skrin telefon pintarnya. Rasa marah dalam diri mula terbit sedikit demi sedikit. Namun aku tahan kerana bimbang jika dia mengadu pada ibu bapanya. Takut-takut aku dibawa ke kes polis pula nanti.

"Biar Haikal je yang pergi, kak!" celah Haikal yang baru tiba ke ruang tamu tersebut.

"Betul ke Haikal nak pergi ni? Bahayalah Haikal."

"Betullah. Akak tak payah risau, Haikal dah selalu pergi kedai tu. Ayah dengan mak tak kisah pun. Kedai tu dekat jeeeee," ujarnya. Dalam duka terhadap Ernie, tiba Haikal untuk menyelamatkan keadaan. Sungguh aku bertuah kerana mempunyai anak majikan yang baik hati dan comel seperti Haikal.

"Oh, ya ke? Kalau macam tu, Haikal tolong belikan sup bunjut. Boleh?"

"Sup... buntut? Apa tu, kak?" soal Haikal sambil menggaru kepalanya.

"Wahahahahahahaha... bukan sup buntut, Haikal. Sup bunjutlah. Sekejap ya kakak tunjukkan," ujarku lalu mencapai telefon pintarku di dalam poket. Sejurus kemudian, aku menunjukkan gambar sup bunjut hasil carian Google kepada Haikal.

"Oh... ini je ke kak?"

"Haah. Itu je. Nah ini duitnya. Lebihnya Haikal ambil, ya?" Duit bernilai sepuluh ringgit kuhulurkan kepada Haikal.

Sengaja aku memberikan 10 ringgit sedangkan aku masih mempunyai 5 ringgit dan 1 ringgit. Melihatkan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Haikal, terdetik di hatiku untuk memberikannya habuan yang tidak seberapa.

"Yeayyyy!" Haikal melompat girang sambil berjalan ke arah pintu keluar.

Aku hanya tersengih melihat telatah Haikal. Sesaat kemudian, aku berpaling ke arah Ernie. Televisyen terbuka namun mata asyik melihat telefon pintarnya sahaja. Remote control kurampas sebelum televisyen kututup. Maka berteriaklah si gadis singa itu.

"Heii! Siapa yang suruh tutup tv tu? Buka balik!" teriaknya sambil melontarkan bantal di sebelahnya ke arahku.

Remote control tersebut aku masukkan ke dalam poket di apronku lalu berjalan pantas tanpa menghiraukan teriakannya. Jelingan maut sempat kuhadiahkan sebagai tanda balas dendam.

"Where are you going! Bagi remote tu balik! Bagitahu ayah nanti!" Satu demi satu cacian hinggap di pendengaranku namun semuanya kuabaikan. Kerja memasak yang tergendala kusambung.

Kau nak bermain dengan aku, biarkan aku main dengan kau. Biar aku tunjukkan siapa diri aku yang sebenar. Heh.

My Maid, My Wife ✔Where stories live. Discover now