Bab 27

3.6K 159 9
                                    

AKU menghidupkan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan ke Aeon City Mall bersama Isya untuk membeli-belah. Lama rasanya tidak membeli-belah barangan peribadi. Yalah, tiga bulan yang lepas, aku hanya berpeluang membeli bahan-bahan makanan, alat-alat mengemas, dan barang-barang keperluan untuk rumah Jeff saja. Nak keluar rumah pun susah.

Selesai memakirkan kereta, aku keluar. Namun terkejut beruk aku apabila sesusuk tubuh seorang lelaki yang amat kukenali melintas di hadapanku. Jeff bersama dengan Anna kulihat sedang bermesra-mesraan. Amboi, kebetulan sangat! Dah macam drama melayu pula...

Mataku tidak lepas dari melihat kedua-dua sosok itu di sebalik cermin tingkap kereta. Gaya seperti seorang penghendap upahan pun ada aku ni.

Bukan main mesra lagi kedua-dua pasangan tidak sah taraf itu. Siap berpegang-pegang tangan lagi.

Senyum saja Jeff yang sedang mengiringi Anna di sebelahnya itu. Bukan main bahagia lagi. Baru berapa hari isterinya meninggal, dah jumpa pengganti?

Eh, bukan pengganti. Rasanya perempuan seperti itu tak layak menggantikan Marie. Mungkin perkataan yang lebih sesuai ialah perampas?

Lantas aku masuk ke dalam kereta semula dan menutup pintunya untuk menyembunyikan diri daripada dilihat Jeff. Aku tak mahu bersua muka dengan lelaki itu lagi. Kalau boleh, sampai bila-bila. Tidak selagi dia tidak mengakui kesilapannya yang terlalu cepat mengiakan apa yang didengarinya tanpa mendengar penjelasan dua pihak.

Isya yang sedang sibuk mengenakan alat solek di dalam kereta terkejut. Habis terjatuh ke bawah semua alat-alat soleknya.

"Akak dah kenapa? Nampak hantu? Habis jatuh semua make up orang," rungutnya.

"Kita shopping kat tempat lain jelah. Tempat ni sesaklah."

Isya mengeluh perlahan namun dia bersetuju juga dengan permintaanku itu. Aku tersengih menampakkan semua gigi sambil memeluk tubuh kecilnya itu.

"Terima kasih. Sayang dia..."

Aku mengundurkan kereta ke belakang, kemudian menekan minyak sekuat hati menggunakan kaki meninggalkan perkarangan pusat beli-belah terkemuka itu. Habis segala perancanganku pada hari itu tergendala hanya disebabkan oleh seorang lelaki. Lelaki yang pernah kukenali suatu ketika dahulu, namun kuanggap sebagai orang asing sekarang.

Oleh kerana otakku tidak dapat lari daripada memikirkan hal Jeff dan Anna tadi, aku akhirnya memutuskan untuk pulang ke rumah sahaja dan berehat. Tapi sempat jugalah aku singgah ke pasaraya lain untuk menemani Isya membeli barang-barang keperluannya. Tidak mahulah aku menghampakannya yang sudah bersedia mengenakan pakaian yang mengalahkan artis antarabangsa itu.

Macam-macam persoalan bermain di fikiranku ketika ini. Jeff sedang bercinta dengan Anna ke? Dengan perempuan tak berperikemanusiaan itu?

Fikiranku tak lain hanya memikirkan pasal Haikal dan Ernie saja. Jika mereka dapat ibu seperti Anna itu, habislah hidup mereka...

*****

Azlan's POV

AKU melabuhkan punggung di atas sofa lembut. Gambar Zara yang terletak di atas meja kuambil lalu kutatap penuh minat. Senyuman lebar terukir di bibir.

"Dah lama aku sukakan kau, Zara, sejak pertama kali lagi. Aku dah luahkan. Sekarang, aku cuma perlu cari cara nak pikat hati kau pula," monologku sendirian. Komputer riba di atas meja kucapai lalu aku menghidupkannya sebelum membuka aplikasi Facebook. Profil Zara kubuka lalu segala maklumat yang tertera pada profilnya kubaca dan kucatatkan di dalam buku nota. Banyak juga perkara yang diminatinya.

My Maid, My Wife ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora