Bab 8

4.5K 166 7
                                    

HARI ini, bermulalah tugas baharuku sebagai pembantu rumah di rumah banglo milik Jeff ini. Seawal pukul empat pagi, aku sudah bangun daripada tidur untuk menyediakan sarapan pagi. Sarapan pada hari ini tidaklah semewah mana pun, hanya bihun goreng saja. Malas aku mahu memasak hidangan-hidangan berat seawal pukul empat pagi.

Itu pun resepinya kucari di laman carian Google. Haih, bihun goreng pun aku tak reti masak. Nampak sangat tak pernah masuk ke dapur. Nasib baiklah ada bantuan Google...

Selesai menghidangkan sarapan pagi, aku mengambil wudhuk sebelum menunaikan solat Subuh di surau mini yang terletak di tingkat dua. Kebetulan pula, Jeff dan Marie sedang berada di sana dan hendak memulakan solat Subuh berjemaah. Jadi, dapatlah aku menyertai mereka.

Setakat ini, aku seperti sudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di dalam rumah ini dan dengan penghuni-penghuninya. Semuanya kelihatan normal setakat ini. Tak ada yang pelik pun.

Paling pelik pun perangai Jeff yang sekejap elok, sekejap baran. Entah apa yang merasuki dia tu pun aku tak tahulah. Emosi tak menentu!

Tepat pukul 7.30 pagi, aku mula mencapai penyapu lalu menyapu halaman ruang tamu, kemudian beralih pula ke dapur, dan ruang-ruang seterusnya. Baru beberapa minit menyapu, pinggangku sudah terasa seperti hendak patah. Punyalah luas lantai rumah ini. Sudahlah ini merupakan kali pertama aku memegang penyapu dalam tahun ini. Apa mereka tidak mempunyai vakum? Eh, tapi apa bezanya vakum dengan penyapu?

Ini baru tingkat bawah, belum masuk tingkat atas lagi. Haiya, mahu patah seribu pinggangku ini agaknya. Itu belum masuk mengemop lagi... Oh, I'm dead.

Sambil menyapu, aku memasang lagu di telefon bimbitku dan menyumbat earphone supaya rasa lebih senang hati dan tidaklah terbeban. Lagu berganti lagu, aku pula semakin rancak menyapu lantai.

Sesekali bibirku mengikut bait-bait lirik lagu yang dimainkan. Jika lagu rancak, aku turut menari mengikut melodinya. Jika lagu sedih, aku berpura-pura menangis. Cis, dasar drama queen!

Sedang aku asyik menari, tiba-tiba bahuku ditepuk kuat oleh seseorang dari arah belakang. Pantas aku mencabut earphone dan terus menoleh ke belakang.

"Amboi, amboi! Dengar muzik tak ingat dunia! Orang panggil pun tak dengar dah!"

Heh, budak Ernie ni rupanya. Budak paling acah dalam rumah ni.

Kalau nak tahu, aku ada sedikit isu dengan Ernie, anak sulung Marie dan Jeff ini disebabkan perangainya yang sombong dan sentiasa mengarah. Dia juga memandang rendah terhadap aku disebabkan tugas yang aku galas ini, iaitu pembantu rumah.

Aku pun geram dengan budak ini lama-lama. Sekurang-kurangnya, ajarlah diri tentang rasa hormat terhadap orang tua. Apa dia fikir, hanya disebabkan dia merupakan anak kepada Jeff dan Marie, aku akan tunduk mengikut segala perintah dia? Hmm... maaflah, dik. Silap orang.

Errrr, tapi terpaksalah aku ikutkan juga segala kehendaknya memandangkan dia sudah dikira sebagai majikanku. Mati juga kalau dia report pada mak ayahnya yang aku tak patuhi segala arahannya. Jadi nak tak nak, aku terpaksa mengikut arahannya.

"Maaf Ernie. Saya tak perasan tadi. Apa yang boleh saya bantu?" ujarku sopan, namun sebenarnya itu semua hanyalah palsu semata-mata. Palsu! Kalau boleh, mahu saja aku menetak kepala budak tu menjadi dua, namun aku memujuk hati supaya bersabar.

"Nanti kutip baju-baju kotor dalam bilik, jangan lupa kemas sekali bilik tu. And yeah, tolong masakkan steak untuk makan tengah hari nanti."

Amboi senangnya kau perintah! Ingat aku ni apa, kuli batak kau?

Tapi aku memang pekerja dia. Terpaksalah aku turutkan segala perintahnya.

My Maid, My Wife ✔Where stories live. Discover now