Bab 33

2.8K 99 1
                                    

"AIR pasang pagi, surut pukul lima. Nyonya bangun pagi..." Nada dering telefon mengejutkanku daripada tidur.

Aku bangun dalam keadaan mamai, lalu telefon bimbit yang terletak pegun di atas meja berdekatan kucapai dan skrinnya kutatap untuk melihat siapa yang menghubungiku. Terpapar sebuah nombor yang tidak kukenali.

'Siapa pula yang telefon aku pagi-pagi buta ni? Baru pukul 11. Kacau betullah!' getus hatiku.

Tanpa membuang masa, aku menjawab panggilan tersebut. Mungkin ada hal penting?

"Hello, siapa di sana?"

"Zara!"

Aku terdiam saat namaku dipanggil. Siapa pula mamat ni? Jangan kata apek Coway datang nak kutip duit pulak. Poket tengah kering ni.

"Zara, aku ada dekat luar rumah kau ni. Please turun! I want to talk with you."

Hatiku berteka-teki. Siapa pula yang sanggup datang rumah aku pagi-pagi macam ni? Urusan apa pula yang hendak dibincangkannya? Dengan hati yang penasaran, aku menyelak langsir dan mengintai sedikit ke bawah. Ada seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pintu rumah sambil telefonnya diletakkan di telinga tanda sedang dalam talian. Wajahnya tak dapat aku lihat dengan jelas kerana terselindung di sebalik bumbung. Di sisinya pula terdapat sebuah kereta Mercedes model terkini. Pergh, kaya siot!

Dengan langkah terhuyung-hayang macam ketam putus kaki, aku berlari ke pintu masuk di tingkat bawah. Dengan lafaz bismillah, aku membuka pintu perlahan-lahan untuk melihat siapakah lelaki yang berada di hadapan pintu rumahku ini. Tetamu haruslah kita layan baik-baik, kan?

KRIUK!

Sebaik saja pintu terbuka, aku ditegur satu suara garau.

"Assalamualaikum, Zara."

Mataku terbuntang luas. Whattt? Kenapa dalam banyak-banyak orang dalam dunia ni, kau juga yang mesti muncul di depan aku sekarang ni?

Salamnya kujawab di dalam hati. Seketika kemudian, aku menarik kembali tombol pintu, cuba kembali ke dalam rumah. Tak ada mood aku nak bercakap dengan dia. Dialah, siapa lagi kalau bukan Jeff.

Belum sempat pintu tertutup rapat, pantas tangan lelaki itu menahan pintu.

"Zara, please. Aku tak minta lebih. I just want to talk to you. Let's clear everything up."

"Sudahlah, Jeff! Lebih baik awak balik. Saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan awak, walaupun hanya sebagai seorang pembantu rumah dengan majikan." Hatiku tiba-tiba dirundum resah. Mengapa pula Jeff ni datang mengejut?

"Zara, kau tak kesiankan aku, ke? Berhari-hari aku cari kau. Merata tempat aku pergi semata-mata nak jumpa kau, tahu? Tapi bila dah jumpa, macam ni kau layan aku?" ujar Jeff sedikit hampa.

"Habis, awak dah lupa apa yang awak dah buat pada saya dulu? Awak tuduh saya, awak halau saya macam anjing kurap yang tak ada maruah. Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya waktu tu? Dilayan dengan teruk oleh majikan sendiri yang saya dah anggap macam abang kandung. Awak lebih percayakan perempuan yang datang entah dari mana tu daripada saya yang dah bekerja hampir tiga bulan dekat rumah awak?" bebelku panjang. Puas sedikit hatiku dapat meluahkan segala yang terbuku di hati. Biar dia faham perasaanku saat difitnah dan dilayan seperti tidak bemaruah suatu ketika dahulu.

"Ye, aku sedar. And that's why I'm here. I want to clear up everything today."

"Saya tak nak..."

"Kakak!"

Kata-kataku terhenti dek kerana dipotong oleh Haikal yang tiba-tiba keluar daripada perut kereta meluru ke arahku. Wajahnya kelihatan sangat muram.

My Maid, My Wife ✔Where stories live. Discover now