Bab 29

4.2K 170 34
                                    

"ZARA!" Langkah kakiku terhenti apabila namaku dilaung dari jauh. Fail di tangan kuletakkan di atas meja lalu aku berpaling ke belakang, mencari pemilik suara tersebut. Setelah wajah Azlan terpacul dari jauh, aku tersenyum manis. Lelaki itu melambaikan tangan sambil berjalan ke arahku.

"Kenapa ni, Azlan?" tanyaku ingin mengetahui tujuan dia memanggilku tadi.

"Hari tu saya dengar awak bertengkar, ya? Awak okey tak? Ada sakit-sakit?" Soalan Azlan betul-betul membuatku terperanjat.

Macam mana pula Azlan boleh tahu tentang kejadian yang berlaku antara aku, Jeff dan Anna pada hujung minggu yang lalu? Dia ada di situ juga ke waktu tu? Tak pun, mungkin Isya yang beritahu... Adui aduiiiii!

Aku menguntumkan senyuman tawar.

"Err... haha. Betullah tu. Tapi bertengkar sikit je. Tak cedera pun. Awak tak payah risaulah." Dalam kebimbangan aku, tidak dapat kusangkal lagi bahawa Azlan memang seorang yang prihatin. Setiap kali mengetahui akan hal yang terjadi akan diriku, pasti ada dia membantu.

Aku berfikir sejenak akan luahan hatinya terhadapku dulu. Patutkah aku menerima cintanya itu? Aku pun tak pasti sama ada aku mampu ataupun tak untuk melangkah lebih mendalam ke dunia cinta antara kami ini...

"Zara," tegur Azlan menghentikan lamunanku. Aku tersengih dan melihat ke arahnya.

"Kenapa awak termenung? Ada masalah?"

"Eh... takdelah. Saya cuma..." balasku ringkas, sengaja membiarkan ayat tergantung. Nafas dalam-dalam kutarik, kemudian kuhembus berat.

"Azlan, petang ni awak free tak?" soalku. Azlan menganggukkkan kepala dengan sebelah kening dijongketkan ke atas.

"Kalau boleh, saya nak ajak awak keluar. Malam nantilah. Saya ada something nak beritahu awak."

"Boleh. Nanti saya datang ambil awak pukul 8.00 malam," ujar Azlan. Aku tersenyum sebelum fail yang terletak di atas meja kubelek kembali lalu menyambung kerja-kerja yang tergendala.

*****

TUDUNG berwarna putih diserikan lagi oleh pakaian kasual pada malam itu kugayakan di hadapan cermin. Solekan di wajah kurapikan semula agar tiada cacat cela. Sempurna!

Aku duduk di birai katil lalu fikiranku melayang akan satu hal. Patutkah aku menerima cinta Azlan? Hatiku menerima, namun aku masih ragu-ragu.

Menurut Isya pula, dia bersetuju jika aku menerima Azlan dalam hidupku kerana perangainya yang baik. Namun itu baru beberapa peratus dari bahagian hidupnya sahaja yang dipaparkan. Takut juga aku jikalau dia mempunyai sisi gelap yang tidak kuketahui.

"Azlan, saya pun cintakan awak," monologku di atas katil sambil membuat pelbagai jenis gaya.

Ermm... tak sesuai.

"Azlan, sebenarnya... sebenarnya, saya ermm... saya..."

FAILLLLLLL!

"Azlan, saya terima cinta awak."

Terlalu simplelah pula. Tak romantik.

"Ehek ehemm!" Deheman seseorang mengejutkanku. Aku mengurut dada apabila Isya sudah berdiri tegak seperti tiang elektrik di muka pintu. Bertuah punya budak!

"Nak apa?" soalku garang.

"Alah, Isya dah dengar semuanyalah. Mari sini Isya ajar macam mana nak bagitahu Azlan yang kakak nak terima cinta dia," kata Isya sambil melangkah selamba ke arahku. Sejurus tiba di hadapanku, dia menarik tanganku berdiri berhadapan dengan cermin besar.

"Cuba tengok kat cermin tu. Cantik, kan? Sini Isya ajar macam mana nak beritahu Azlan yang kakak terima cinta dia," kata Isya mengulangi ayatnya tadi. Aku pula hanya mengikuti arahannya. Tangan diletakkan ke sisi tubuh.

"Azlan, selama ini, saya tidak menyedari bahawa awak sangat baik seperti beruang merah di Gurun Sahara, bagai jerung putih di Laut China Selatan dan lebah di pantai dalam. Dengan ini, saya, Zara Norissa, ingin menerima cinta awak. Hah, macam tu!" ujar Isya penuh drama sambil reaksi wajahnya menunjukkan gaya seperti pelakon antarabangsa. Amboiii!

"Ishh, tak naklah bermadah pujangga bagai. Merepek je. Malu akak!"

Isya mula menayangkan muka malasnya. Aku tersengih. Tidak pernah seumur hidup aku bermadah pujangga bagai. Malulah!

"Macam inilah, kak. Akak kan perempuan, jadi tak perlulah fikir sangat. Bagitahu je macam mana cara sekalipun, mesti Azlan gembira. Good luck, and tak sabar nak jumpa bakal abang ipar. Pergi dulu!" ujar Isya sambil berlalu ke sekolahnya.

Aku terduduk di birai katil. Jam di dinding kupandang sepintas lalu. Lagi sepuluh minit dah nak pukul 8.00 malam.

Pada masa yang sama, aku masih ragu-ragu dengan keputusan. Jantungku berdegup kencang. Patutkah aku... terima...

*****

AKU melangkah keluar daripada kereta Azlan pada malam itu. Restoran di hadapan kupandang penuh perasaan. Debaran di hati semakin terasa. Patutkah aku beritahu semua yang terbuku di dada kepada Azlan? Aku masih ragu-ragu akan soal itu.

"Zara, kenapa termenung? Jom masuk." Teguran Azlan menghentikan lamunanku. Aku tersengih lalu berjalan di belakangnya dan mengambil tempat di restoran terkenal itu.

*****

"JADI, apa yang awak nak beritahu saya?" soal Azlan selepas selesai meninggalkan pesanan kepada pelayan restoran.

Aku menarik nafas dalam-dalam lalu kuhembuskan perlahan. Otakku ligat menggali ayat untuk memberitahu Azlan tentang niat yang terbuku di hati.

"Azlan, selama ni, saya dah perhatikan perangai awak. Saya tahu, awak baik orangnya. Prihatin, ambil berat, memahami, dan banyak lagi. Jadi... macam mana saya nak cakap eh? Errr..."

"It's okay, Zara. Take your time."

"Saya terima cinta awak," ujarku dengan pantas seolah-olah 0.001 saat pantasnya. Mata kututup rapat-rapat, kemudian perlahan-lahan kubuka senula untuk melihat reaksi Azlan.

Riak wajah Azlan berubah 360 darjah. Senyuman di wajahnya mula kelihatan. Senyuman bahagia.

"Betul ke, Zara? Tak main-main?"

"Betul. Tapi ada syarat. Walaupun kita sibuk bercinta, hukum syarak perlu dipatuhi. Jangan pegang tangan, jangan bersentuhan, jangan cakap benda-benda tak berfaedah, jangan mengumpat orang lain, jangan jatuhkan maruah saya. Jangan naikkan tangan kalau awak marah. Tolong faham kalau saya sibuk. Jangan keluar dengan perempuan lain. Itu je. Sikit kan?"

"Kalau macam tu, bolehlah saya panggil awak...."

"Dan jangan panggil saya dengan panggilan pelik-pelik. Panggil saya, awak dah cukup. Saya malulah," ujarku memintas percakapan Azlan. Azlan tersengih sambil menggaru kepalanya.

Suatu perasaan tiba-tiba datang menyerang hatiku. Perasaan inikah yang datang menyerang setiap orang yang bercinta? Aku tidak tahu sama ada ini petanda baik mahupun sebaliknya. Aku harap perasaan ini baik-baik sahaja...

My Maid, My Wife ✔Where stories live. Discover now