Bab 16

3.8K 148 0
                                    

SATU taman sudah kami pusing, namun masih juga tidak bertemu dengan budak yang meragut beg tanganku itu. Aku mula kepenatan. Mana tidaknya, hampir dua jam kami habiskan hanya untuk mencari semula beg tanganku itu.

Kesian juga aku melihat Haikal yang penat berjalan. Sudahlah hari ini hari jadinya, terpaksa pula menolongku mencari beg tangan yang diragut. Hari ini yang sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan baginya, bertukar pula dengan aktiviti yang memenatkan.

Setelah berputus asa, Jeff memutuskan untuk kami membuat aduan di balai polis terdekat sahaja. Ingin mengadu kepada pegawai dan pengurus taman ini, tidak pula menemui pejabatnya. Terpaksalah mengharapkan pihak polis sepenuhnya.

Selesai membuat aduan pihak polis, kami pulang ke rumah semula. Menurut polis, beg tanganku mungkin mampu dijumpai dalam masa terdekat. Aku menaruh harapan yang tinggi terhadap pihak polis memandangkan di dalam beg tanganku itu terdapat beberapa barangan berharga milikku.

Di dalam kereta tadi, tidak henti-henti mulutku mengucapkan maaf kerana merosakkan plan mereka pada hari itu. Namun, mereka tidak langsung menyalahkanku atau sesiapa. Paling-paling pun, mereka cuma mengingatkanku agar tidak cuai lagi di masa akan datang. Lega sedikit aku dibuatnya.

Sampai di rumah, aku membuat coklat panas lalu masuk ke dalam bilik tidur sebentar untuk menenangkan diri. Nasib baiklah telefon bimbitku tidak aku masukkan ke dalam beg tanganku tadi. Dapatlah aku membuka aplikasi Youtube dan Instagram sebentar untuk menghilangkan rasa amarah yang terpendam di hati.

*****

"MANA buah epal ni? Semalam baru beli. Aku letak kat mana semalam?"

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal apabila tidak menemui bungkusan epal yang kubeli tidak lama dahulu di dalam peti sejuk.

Kemudian, aku berjalan pula menuju ke peti sejuk kedua. Tanganku membuka pintu peti sejuk itu, dan barulah aku menjumpai epal yang kucari-cari tadi.

Macam mana pula buah epal ni boleh ada kat sini? Rasanya aku letak kat peti sejuk satu semalam. Ada orang ambil ke?

Tanganku mencapai plastik berisi buah epal di dalam peti sejuk itu.

Benarlah tekaanku itu. Ada tangan yang mengambil kerana kelihatan lubang kecil di sisi plastik tersebut dan apabila kukira, bilangannya juga kurang satu.

"Takpelah, satu je. Aku halalkan." Setelah berjaya mendapatkan dua biji buah epal, aku berjalan ke mesin pengisar atau blender sambil bernyanyi kecil. Senang hatiku hari ini. Iyalah, beg tanganku sudah ditemui semalam. Pencurinya juga sudah tertangkap setelah tiga hari kes terjadi. Ada jugalah sejumlah kecil duitku diambilnya. Kira-kira RM150. Katanya digunakan untuk membeli papan luncur baharu.

Semasa di balai polis, aku melihat ibu bapa budak tersebut wajahnya kelihatan sugul. Pada pengamatanku, aku dapat rasakan mereka datang daripada keluarga yang kurang berada kerana pakaian mereka agak tidak terurus dan tidak langsung kelihatan sebarang aksesori di badan mereka sama ada gelang, rantai, cincin mahupun beg tangan.

Disebabkan simpati, aku menghalalkan duitku yang digunakan oleh budak lelaki tersebut. Aku juga ada memberikan sedikit wang dalam RM100 kepada ibu bapanya untuk membantu mereka serba sedikit.

Aku masih ingat lagi wajah si ibu yang kelihatan malu itu. Sudahlah anaknya meragut beg tanganku, aku pula yang memberinya duit. Berulang-ulang kali wanita itu menolak, namun aku memaksanya menerima juga.

Wanita tua itu juga ada berpesan pada anak sulungnya itu untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Sedih aku melihat wajahnya ketika itu. Malu dengan tingkah laku anaknya yang menyusahkan orang.

Namun aku tidak kisah pasal semua itu. Selagi barang berharga milikku tidak disentuh, aku tidak akan bertindak melulu. Dan mulai saat ini, aku akan cuba untuk lebih berhati-hati apabila di luar. Perkara yang lalu itu akan aku jadikan pengajaran untuk memperbaiki hidupku.

*****

Zeeerrr!

Bunyi mesin pengisar kedengaran. Aku berdiri di hadapan mesin pengisar itu sambil mataku memerhatikan sahaja buah epal dan beberapa buah lain berserta sayur-sayuran dikisar sehingga lumat menjadi cecair. Atau lebih tepat lagi jus buah-buahan dan sayur-sayuran buatan sendiri. Jus untuk menguruskan badan. Kata orang, kalau hari-hari minum jus ini, boleh kurus cepat. Aku yang mudah terpedaya ini pun pastilah nak mencubanya sendiri.

Selesai dikisar, aku menuangkan kesemua jus tersebut ke dalam gelas tanpa meninggalkan setitik pun bakinya di dalam mesin pengisar tersebut. Membazir itu amalan syaitan, kan?

"Bismillahirahmanirrahim."

Aku meneguk jus buatan sendiriku itu. Ermm... sedap. Dan baik untuk kesihatan. Tak adalah pahit sangat. Ingatkan bila campur dengan sayur-sayuran rasanya jadi pahit.

"Sedapnya... siapalah yang buat jus ni? Well, this is Zara. The future chef. The most beautiful, elegent and talented chef to be. Hua hua."

Aku menari kecil bersama gelas di tangan.

BUK!

Sedang seronok menari, tiba-tiba aku terpijak kaki sendiri pula. Habis jatuh tubuhku ke lantai seperti nangka busuk yang jatuh ke tanah lalu tanah pun merekah terbelah dua. Tak, gurau je.


Aduh. Aku menggosok pinggulku kerana kesakitan tahap dewa. Nasib baiklah gelas berisi jus tadi sempat menegak tanpa menumpahkan setitikpun isinya. Pecah pun tidak... Magiknya!

"Ahahaha." Tiba-tiba suatu suara menggelakkanku kedengaran. Suara garau. Lelaki? Aku menoleh ke sekeliling mencari pemilik suara tersebut.

"Tuan?" Lantas aku berdiri menghadap Jeff yang sedang tercegat di pintu dapur.

"Erkk... dah lama ke Tuan skodeng saya ni?"

"Kau rasa? The most beautiful, elegent and talented chef... to be?" Kelihatan senyuman mengejek di bibirnya. Ish... setiap masa ada je budak ni!

Pipiku merona merah. Tapi macam mana aku boleh tak perasan keberadaan Jeff? Padahal tak adalah jauh mana jarak antara kami berdua.

"Emm, sorry, Tuan. Tapi, kan Tuan dah pergi kerja tadi? Kenapa balik? Nak saya siapkan apa-apa?"

"Tak payah. Aku balik sekejap je. Nak ambil phone tertinggal."

Aku mengangguk faham. Jarang dia pulang semula ke rumah setelah bertolak ke pejabatnya.

"Kau ni, kemain happy lagi? Takde kerja?"

"Banyak lagi, Tuan. Tapi saya rehat kejap. Dah lenguh sendi-sendi saya ni, buat kerja sorang-sorang dari pagi tadi. Dah lah rumah ni besar. Tuan tak kesiankan saya ke?" Aku membuat muka sedih. Atau lebih tepat, muka minta kaki.

"Penat? Tak nampak macam penat pun. Menari tadi ada je tenaga?"

Tidak berani bertentang mata, aku hanya menundukkan pandangan. Tak tahu apa yang patut aku cakap. Malu.

"Dah, sambung balik kerja. And next time, jangan guna duit yang aku bagi untuk beli epal, ya?"

Sejurus kata-kata itu dilontarkan, Jeff berlalu ke keretanya sebelum meluncur laju menjauhi perkarangan rumah, meninggalkanku terpinga-pinga dalam rasa malu. Dan sentap sikit. Kantoi pulak aku beli epal guna duit yang Jeff bagi untuk beli barang dapur semalam.

Erghhhh!

My Maid, My Wife ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora