Bab 13

4.1K 149 4
                                    

SELESAI sesi menjamu selera, Marie dan rakan-rakannya duduk di ruang tamu menonton televisyen sambil berbual-bual... atau lebih tepatnya, membawang. Banyak gosip-gosip yang tidak sengaja kudengar semasa mengemas pinggan mangkuk di meja makan.

Rancak kedengaran suara Marie dan rakan-rakannya hingga ke dapur. Banyak betul gosip mereka, ya.

Sedang khusyuk aku membasuh pinggan dan cawan, sesusuk tubuh datang mendekatiku.

"Hai, Zara. Busy?" Suara garau lelaki itu kedengaran jelas di telingaku. Ini bermakna tanpa kusedar, lelaki itu sudah berada di sebelahku.

Aku menoleh, pantas dadaku berombak kencang saat melihat wajah Zayn yang hanya berjarak beberapa centimeter saja dari wajahku.

Aku menjauh beberapa langkah. "Hai. Er, takdelah. Encik nak saya ambilkan apa-apa, ke?" soalku dalam tidak selesa.

"Tak. Saya cuma nak kenal dengan awak je. Boleh?" Saat ini, sungguh, hatiku sudah tidak tenteram lagi. Pelbagai tanggapan datang hinggap di fikiranku melihatkan gayanya yang terlalu selamba dan sentiasa cuba mendekatiku itu.

Sekali lagi aku berudur selangkah. "Maaf ya, encik, saya tak selesa."

Lelaki itu hanya tersenyum sinis seraya menapak mendekatiku lalu dengan sekali rentapan, tanganku sudah berada di dalam genggamannya. Aku cuba melepaskan tangan kecilku itu namun apalah dayaku sebagai seorang perempuan yang lemah lagi tidak berdaya ini untuk melawan kudrat lelaki yang sasa itu.

Tidak berdaya, lantas aku cuba untuk menjerit meminta tolong. Namun seperti dapat membaca fikiranku, Zayn terus menekup mulutku dan menyandarkanku ke dinding sebelum sempat aku menjerit. Terkejut aku dibuatnya dengan tindakan refleks oleh Zayn itu. Ini sudah melampau!

Dengan kudrat yang tersisa, aku mengangkat tangan kiriku yang masih bebas lalu mencakar muka Zayn. Kesakitan, dia melepaskanku dari genggamannya. Aku mengambil peluang berharga itu untuk berlari meluru ke ruang tamu di mana yang lain berada. Zayn masih tidak mengalah dan terus-menerus mengejar.

Larianku yang tidak seberapa itu telah dapat dikejar oleh Zayn dengan mudah. Lantas badanku direntap lalu ditolaknya rebah ke lantai. Spontan mulutku menjerit meminta tolong.

"TOLONGGGGG!" Nyaring suaraku bergema. Dapat kurasakan suaraku cukup kuat untuk didengari oleh semua penghuni di dalam rumah tersebut.

Aku terbaring di atas lantai sementara Zayn berada di atasku. Terus aku menolak badannya untuk menjauhiku. Kini badannya juga terbaring menelentang di sebelahku. Tanpa membuang masa, terus aku cuba untuk bangun namun tangan Zayn pantas menggenggam erat lenganku.

Tangan kugenggam lalu terus kulepaskan tumbukan ke arah kepalanya. Kulihat tubuhnya mulai lemah dan rebah pengsan. Terus niatku untuk lari tergendala, digantikan pula dengan perasaan bimbang bahawa akan berlaku perkara tidak diingini ke atas Zayn. Jika ada apa-apa berlaku padanya, susahlah aku!

Secara spontan, aku naik ke atas badan Zayn yang sudah terkujur layu di lantai dan menggoyang-goyangkan badannya, cuba menyedarkannya daripada pengsan. Kepalanya yang sudah menampakkan kesan lebam kuusap-usap perlahan. Namun, tanpa aku sedar, bahagian kepala Zayn sudah berada di dadaku. Sungguh aku tidak perasan!

Dan saat itulah, Marie, Jeff dan yang lain-lain tiba setelah terdengar jeritanku sebentar tadi.

"Zara, apa kau buat ni?" Jeritan Jeff bergema ke telingaku. Nyaring sekali nadanya.

Pantas aku melepaskan tubuh Zayn lalu bangun semula.

"Tuan, saya tak buat apa-apa. Saya boleh explain. Semua ni bukan macam apa yang tuan fikir..." Aku datang mendekati Jeff.

My Maid, My Wife ✔Where stories live. Discover now