Bab 52

2.1K 80 7
                                    

JAM telahpun menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Makan tengah hari sudah aku siapkan tadi. Balik saja dari pasar raya tadi, terus aku mula memasak. Sengaja aku masak awal kerana mahu melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Aku mula menyapu bahagian ruang tamu itu. Habuknya, MashaAllah. Tebal sekali! Sudah berapa lama agaknya rumah ini tidak disapu? Mujurlah aku yang baik hati dan cantik lagikan ayu ini sanggup menawarkan diri menjadi pembantu rumah terhormat Encik Jeffry Henderson merangkap majikanku itu. Jika tidak, pasti tunggang-langgang jadinya rumah ini. Eh, tapi betulkah nama dia Jeffry Henderson? Main bedal aje!

Sambil menyapu, aku mendengar lagu-lagu hits daripada telefon bimbitku. Sesekali, aku menyanyi perlahan, mengikuti rentak lagu yang sedang dimainkan.

"You are my sunshine, my only sunshine. You make me happy, when skies are grey." Aku mengikuti bait-bait lirik lagu itu. Eh, sekejap. Macam mana pula lagu itu boleh berada di dalam playlistku?

Aku duduk sekejap untuk melepaskan lelah. Rumah ni masih sama seperti dulu. Besar. Baru menyapu di ruang tamu saja sudah termengah-mengah aku dibuatnya. Ini belum masuk bahagian dapur, bilik-bilik tidur, surau mini, halaman rumah dan bahagian-bahagian lainnya. Mahu pengsan aku dibuatnya. Tak mengapa, aku akan siapkan tugasan menyapuku ini sedikit demi sedikit.

Anak-anak patung beruang yang bersepah di atas lantai kukutip lalu kumasukkan ke dalam kotak kecil yang dikhaskan untuk meletakkan barang-barang mainan milik Haikal.

Bersepah betul ruang tamu mereka ni. Sudahlah luas benar kawasan itu. Penat betul aku dibuatnya.

"Go Zara. You can do this." Aku membisikkan kata-kata semangat pada diri sendiri. Mujurlah tiada sesiapa di sekeliling. Jika tidak, pasti aku sudah dicop gila kerana bercakap sendiri.

Aku bangun kembali. Penyapu di tangan kugenggam erat. Ini masanya... untuk aku bersinar!

BUK!

Aku terduduk semula. "Aduh, penatnya!"

*****

SELEPAS berhempas-pulas bagai mahu mati menyapu bahagian ruang tamu, akhirnya siap juga tugasan pertamaku itu. Walaupun hanya ruang tamu, namun disebabkan ruangnya yang besar itu, memang tidak patut dibersihkan oleh seorang saja.

Aku ke dapur sebentar untuk membasahkan tekak. Segelas air sejuk Coway kuteguk penuh nikmat. Ahh... lega.

Aku belum mengemop lagi bahagian ruang tamu itu. Penat pula rasa. Baru saja aku habis menyapu, kini kena mengemop pula.

Kalau boleh, aku mahu beralih ke bahagian lain dahulu, namun Jeff mengutamakan ruang tamu kerana dia bimbang jika ada tetamu datang secara mengejut. Sebab itulah aku terpaksa mengemas ruang tamu terlebih dahulu berbanding bahagian-bahagian lain.

Dengan penuh malas, aku melangkah ke tandas yang terletak di sebelah dapur. Sebuah baldi berwarna biru tua kuambil lalu aku mengisinya penuh dengan air. Kemudian, air itu kucampurkan dengan detergent untuk mewangi dan membersihkan lagi lantainya.

Sebatang mop yang terdapat di bilik stor pertama di sebelah tandas kuambil. Haih, susah juga jadi orang kaya. Barang diletakkan berlainan tempat. Semuanya harus teratur.

Kemudian, aku melangkah kembali ke ruang tamu yang sudah kusapu tadi. Mop yang kuambil tadi kumasukkan ke dalam baldi sebelum aku menggoncangnya supaya mop itu basah dengan air campuran detergent itu.

Kerja-kerja mengemop dimulakan. Aku bermula dari bahagian atas tangga dahulu kemudian, barulah beralih ke ruang tamu yang letaknya berdekatan dengan tangga utama ke tingkat dua.

My Maid, My Wife ✔Where stories live. Discover now