Bab 63

1.9K 68 6
                                    

"YA kak. Jeff kena langgar," ujar Isya sambil memelukku yang sudah terduduk di tanah.

Saat mendengar kata-kata Isya itu, jantungku terasa seperti berhenti berdegup. Air mata laju mengalir. Aku tidak percaya.

Suara orang ramai yang membingitkan telinga tidak lagi kedengaran. Begitu juga siren daripada Ambulans.

Apa yang kedengaran hanyalah tangisan hatiku yang hanya dapat aku sendiri dengari...

"Kak, janganlah menangis. Jom kita tengok keadaan Jeff. Kesian dia." Isya cuba menenangkanku. Belakang badanku diusap-usapnya lembut dengan harapan dapat memujuk hatiku yang sudah hancur saat ini.

Aku menyapu air mata. Kemudian, mata kuarahkan pada kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai di hadapanku. Aku bingkas bangun dan berlari ke arah kawasan itu.

Tiba saja di sana, kulihat Jeff sedang diusung ke dalam ambulans yang dari tadi tidak henti-henti memekakkan telinga dengan bunyi sirennya yang kuat.

Aku tidak menunggu lama. Terus aku berlari menghimpit orang ramai menuju ke arah doktor yang bertugas mengusung Jeff ke dalam ambulans itu.

"Boleh saya ikut? Saya kawan dia." Tanpa rasa malu, aku meminta untuk dibawa ke hospital bersama Jeff. Aku ingin menemani Jeff sepanjang perjalanan ke hospital dan di dalam hospital itu nanti.

Sempat juga aku menoleh ke arah Jeff yang terbaring kaku. Dadanya berombak kencang, namun matanya sedikit pun tidak terbuka. Melihat situasi Jeff sebegitu, hatiku mula dirundum pilu.

"Maaf, cik. Cik tak dibenarkan ikut sama," ujar lelaki itu sambil meneruskan tugasnya tanpa menghiraukan rayuanku.

"T... tapi saya kawan dia." Sedikitpun rayuanku tidak dihiraukan. Sudahnya, aku hanya mampu berdiri kaku di hadapan ambulans itu melihat pintu belakangnya ditutup sebelum ianya dipandu laju menuju ke hospital.

Orang ramai yang tadinya mengerumuni kawasan stesen minyak itu kini mula bersurai. Aku masih lagi kaku di tempat yang sama.

"Kak, janganlah sedih-sedih. Jeff mesti tak apa-apa punya. Dahlah, jom kita pergi hospital." Isya membelai belakang badanku. Aku membalasnya dengan senyuman tawar saja. Sejujurnya aku sudah trauma dengan hospital dan kemalangan.

Tidak mahu melayan perasaan dengan lebih lama, aku mengajak Isya ke kereta Jeff yang masih berada di tempat yang sama sebelumnya. Dengan penuh cermat, aku memandunya ke hospital berdekatan untuk menemani Jeff di sana dan melihat-lihat keadaannya.

*****

AKU kini berada betul-betul di hadapan hospital yang menyimpan luka buatku. Di sini, aku kehilangan orang yang rapat denganku dahulu. Di sini jugalah aku difitnah tanpa belas kasihan sehingga membawa kepada peperangan kecil antaraku dengan Jeff dahulu.

"Kak, termenung apa lagi? Jom masuk." Teguran Isya menghentikan lamunanku.

Aku cuba mengukirkan senyuman. Perkara yang bermain di fikiran aku buang jauh-jauh. Biarlah apa yang berlaku di masa lepas menjadi kenangan dan pengajaran untuk menuju ke arah yang lebih baik.

Kaki kuhayunkan menuju ke pintu masuk hospital. Tiba di kaunter pertanyaan, aku meminta maklumat tentang wad di mana Jeff ditempatkan dan kemudiannya aku terus menuju ke wad yang dinyatakan. Wad kecemasan.

Aku dan Isya dengan penuh debar di dada menunggu di luar wad memandangkan kami tidak dibenarkan masuk ke dalam. Kami duduk di bangku yang disediakan di luar wad dengan rasa tidak sedap hati. Sesekali, aku bangun dan berjalan ke hulu dan ke hilir untuk menghilangkan rasa debar di dada. Waktu yang berlalu kurasakan teramat lambat. Seminit kurasakan seolah-olah sejam.

My Maid, My Wife ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora