Bab 14

4.1K 148 2
                                    

*ANNA'S POV*

DUMM!

Satu bunyi hentaman mengejutkanku, serta-merta mengganggu pemanduanku. Terus pedal break kereta kutekan, dan setelah kereta betul-betul berhenti beberapa saat kemudian, barulah aku keluar dan terus menerpa ke bahagian belakang kereta.

Hati, dari tadi lagi tidak henti-henti berdegup kencang. Risau pula jika ada aap-apa yang berlaku.

Tiba saja di bahagian belakang kereta, aku terus memeriksa jika ada apa-apa kesan retakan, mahupun calar pada bahagian keretaku itu. Namun, semuanya kelihatan baik saja.

Aku menghembus nafas lega. Takut juga jika ada apa-apa kerosakan pada keretaku ini. Mana tidaknya, keretaku ini bukannya murah harganya. Mahal!

Aku kemudiannya, kembali menghayun langkah, menuju ke dalam kereta kembali, namun langkahku terhenti sebaik saja mataku menangkap satu susuk tubuh yang terbaring kaku, tidak sedarkan diri di atas jalan raya, betul-betul di hadapan keretaku.

Mataku serta-merta terbeliak luas. Jantung yang tadinya sudah mula kembali normal, kini kembali berdegup kencang.

Ya Allah, siapa pula yang kulanggar malam-malam begini?

Tanpa berfikir panjang, terus aku berlari ke bahagian hadapan kereta untuk melihat sendiri jasad yang kulanggar tadi.

Perkara pertama yang tersaji di hadapan mataku, adalah sekujur tubuh wanita muda yang terbaring kaku, dengan darah yang kelihatan menitis di atas kepalanya.

Aku menepuk dahi.

Tidak pernah sebelum ini aku melanggar sesiapa di jalan raya. Apa perlu aku lakukan? Sudahlah aku ada kerja yang perlu kuselesaikan segera. Haihh... Menyusahkan saja.

Tidak mahu membuang masa, aku terus menyeret tubuh gadis itu, masuk ke bahagian tempat duduk penumpang di keretaku. Nak tak nak, terpaksalah juga aku bawa dia ke hospital.

Jika diikutkan, mahu saja aku tinggalkan gadis itu di tengah jalan begitu saja sehingga ada orang lain datang menolong, namun aku tak sampai hati pula.

Takut-takut jika ada kenderaan lain yang leka, dan terus melanggar gadis itu begitu saja. Jika tidakpun, mungkin akan ada haiwan liar yang hendak menjadikannya 'lauk'.

Sebaik sahaja aku menyentuh baju gadis itu, terus aku menarik semula tanganku. Geli sungguh aku memegang darahnya yang berbau itu! Aku tak sanggup!

Namun, hati kukuatkan jua akhirnya. Terpaksalah juga aku memegang darahnya untuk dibawa ke dalam keretaku.

Setelah perempuan itu berjaya kubaringkan di bahagian tempat duduk penumpang di belakang, terus aku meluncur laju menuju ke hospital.

Sepanjang perjalanan ke hospital, mulutku tidak henti-henti membebel. Menyusahkan orang saja perempuan ni. Lain kali nak melintas, tengoklah kiri kanan dulu! Dahlah tak ada orang di sekeliling untuk aku minta tolong. Kalau aku tinggal di situ pula, takut juga jika perempuan itu mati kesejukan.

Tiba sahaja di hospital, aku memakirkan kereta kemudian beberapa orang doktor di wad kecemasan kupanggil untuk membantuku mengangkat tubuh wanita itu ke dalam hospital.

Sebelum itu, sempat aku menyeluk poket baju wanita itu lalu telefon bimbitnya kuambil. Nasib sahaja dia tidak memasang sistem skrin kunci. Berguna juga untuk situasi kecemasan sebegini.

Telefon bimbit gadis itu kubuka, lalu terus aku menekan aplikasi 'telefon'. Aku sebenarnya tidak tahu siapa yang patut aku hubungi. Namun, jariku pantas menekan nombor teratas dalam senarai 'panggilan terbaru' nya itu, iaitu Jeff dan Isya. Mungkin boleh membantu...

My Maid, My Wife ✔Where stories live. Discover now