Bab 40

3.1K 101 28
                                    

AKU melangkah ke dalam rumah Jeff kembali kemudian pintunya kututup semula. Jeff yang masih tercegat di tepi pintu kuabaikan. Dengan keadaannya yang hanya bertuala itu, memang taklah aku nak pandang dia. Rosak iman.

"Zara, awak nak pergi mana?" soal Jeff dari arah belakang.

Aku meneruskan langkahan kaki tanpa sedikit pun berpaling ke belakang.

"Dapur. Nak masak."

Malas mahu memanjangkan perbualan, aku melajukan langkah ke dapur. Sampai sahaja di dapur, aku duduk di kerusi sekejap. Hmm... nak masak apakah? Bahan-bahan apa yang ada dalam peti sejuk dia ni?

Aku berjalan ke arah peti sejuk satu di dapur Jeff. Tiba sahaja di hadapan peti sejuk yang agak besar itu, aku membukanya dengan penuh cermat. Apa yang ada dalam peti sejuk itu, semuanya bahan-bahan makanan dalam tin dan plastik, serta longgokan makanan ringan, dan sayur-sayuran yang masih tidak disentuh. 

Hmm, dia ni tak pernah makan kat rumah ke apa?

Tengok sikit peti sejuk kedua dia. Hmm, nama pun orang kaya, kan? Satu peti sejuk saja manalah cukup.

Tiba sahaja di hadapan peti sejuk kedua itu, apa lagi, terus aku buka pintu peti sejuk tersebut lalu angin sejuk mula menerpa muka. Ahh, segarnya...

Peti ais kedua itu lebih penuh dengan bahan-bahannya. Bahan-bahan mentah seperti ayam, udang, daging dan sebagainya semua lengkap. Terasa seperti di supermarketlah pula.

Di bahagian bawah peti ais tersebut terdapat sayur-sayuran segar, buah-buahan pelbagai jenis dan tak tertinggal bahan-bahan tambahan seperti susu dan sos.

Nak masak apa ek? Kalau aku masak dessert kang tak kena pulak. Nak masak western confirm fail!

Apa eh, apa eh?

*****

"Yeay, lunch is ready!" Aku bersorak sendiri sambil membawa pinggan-pinggan berisi makanan ke atas meja makan.

"Jeff... eh... panjang umur dua beranak ni." Aku yang baru hendak memanggil Jeff dan Haikal untuk turun makan terbantut sejurus melihat dua beranak itu sudah berada di tangga memerhatikanku. Huh, dah lama buat kerja macam ni?

"Cepatnya mandi. Mandi sama-sama ke? Haha... dahlah, cepat makan."

"Sedapnya bau. Apa awak masak ni?" soal Jeff secara tiba-tiba padahal sudah jelas lagi terang lauk-pauk yang terhidang di atas meja itu. Nak kena cucuk mata ni!

Meja makan mewah itu dipenuhi pinggan-pinggan berisi lauk-pauk kampung seperti ayam masak merah, sayur tumis, ikan goreng, dan beberapa masakan lain.

Saja aku masak masakan kampung. Dah lama tak memasak masakan kampung macam ni. Lagipun Jeff dengan anaknya si Haikal ni kan orang bandar. Why not kita tukar citarasa mereka kepada masakan kampung sekali-sekala?

Jeff diikuti Haikal melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Aku pula mula menyendukkan nasi ke atas pinggan yang sudah terhidang di hadapan mereka. Air cincau sejuk kutuang ke dalam gelas mereka kemudiannya.

"Makan Jeff, Haikal. Hari ni saya masak special sikit tau! Masakan kampung... dulu saya selalu masak semua ni kat kampung tau. Sedapp..."

Menipu! Rasanya tak pernah pun aku memasak di kampung tu. Selalu aku cuma jadi penolong tengok saja. Kalau rajin pun cuma potong bawang dan cili saja. Nampak sangat pemalas!

My Maid, My Wife ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن