Aakiff berpeluk tubuh memandang Adwa.

"Asal? " Adwa menjongketkan kening ke arah Aakiff.  Bila lah agaknya dia boleh keluar dari sini?

"3000 is not enough, " usul Aakiff tiba-tiba.  Tak habis lagi. Telefon Aakiff berdering sebelum sempat Adwa bersuara. Aakiff segera menjawab panggilan itu. Tidak sampai seminit panggilan tamat.

"Mawar and the geng dah sampai, " ujar Aakiff meletakkan telefonnya ke dalam kocek.  Adwa anggukkan kepala. 

" You know what? " Aakiff bangun dari duduk. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. 

"Apa? "

"I would even give you the soul stone if you want it, " ujar Aakiff . Gayanya yang bersahaja membuatkan Aakiff kelihatan matang dan cool ketika itu.  Adwa cuba memprosess kata-kata Aakiff.

"Apa mak-"

Pintu dibuka daripada luar.  Mawar, Syifa,  Zaid dan Zul melangkah masuk.  Terus riuh bilik yang didiami oleh Adwa ketika itu.  Adwa dilontarkan berbagai-bagai soalan dari Mawar dan Syifa.

Tak menang mulut Adwa hendak menjawab kesemua soalan.

"Eh,  mana Aakiff? " Syifa tiba-tiba menyoal.  Adwa turut memandang sekeliling.  Tiada.  Cepatnya lesap.

**

Aakiff meletakkan kereta dihadapan sebuah hotel.  Keluar sahaja dari kereta Aakiff terus melangkah masuk ke hotel tersebut. Menyedari kehadirannya,  semua pekerja yang berada di lobi terus berkumpul dan menyapanya. Aakiff sekadar mengangguk. Riak wajahnya kosong tanpa sebarang reaksi.

Masing-masing sudah mula cemas dan gugup. 

Aakiff melangkah masuk ke ruangan yang berlabel Chief Executive. Duduk sahaja di kerusi,  interkom berbunyi.

"Encik,  wakil dari Brilliant Holding is here, " 

Aakiff menarik nafas lemah sebelum membalas.

"Let.them in, "

Tidak sampai seminit,  seorang wanita berumur linkungan 25-30 melangkah masuk.

"Have a seat, " Aakiff mempelawa tetamunya.  Hari ini mereka sepatutnya berbincang tentang proposal kolaborasi hotel untuk event yang akan dilasungkan for the next two months.

"You are young, " Aakiff sedaya upaya menahan diri daripada melahirkan riak menyampah. Sudah banyak kali ayat sama didengarinya sejak dia melangkah masuk ke dalam bidang ini.

"And that will be problem? " Aakiff menyoal.  Mengangkat kening.. Wajahnya serius.

"No.  It's quite amazing actually. I have heard about you from Dato.  He told me how you started to build your empire at age of 19. It was impressive," Wanita dihadapannya itu menlemparkan senyuman manis ke arah Aakiff. Namun riak wajah Aakiff tetap sama.  Tiada riak.

"I'm Rose, it supposed to be my senior but she sent me instead, "Rose menghulurkan tangan kepada Aakiff.  Aakiff tidak menyambut sebaliknya hanya membalas dengan anggukan. Rose kembali menarik tangannya.

"Can we proceed?  "Aakiff menyoal.  Intonasi dan gayanya sangat professional dan tegas.  Rose terus mengeluarkan fail dan apa yang patut dibincangkan.

Setelah berbincang,  Aakiff mencapai persetujuan.

"If you are free,  can we have lunch sometimes, " Rose mencuba nasib.  Walaupun dia tahu Aakiff muda beberapa tahun daripadanya,  lelaki kelihatan matang dan kacak dengan gayanya sendiri.

"Im sorry to dissapoint you, but my wife is quite possesive over me.  But if you dont mind, I can ask her to join us, " Aakiff berkata selamba. Dia tahu Adwa sebenarnya tidak kisah namun dia sendiri yang tidak mahu.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now