"I need to release stress, " Syifa menguap kecil. 

"Tidur, " Adwa dan Mawar bersuara serentak.  Syifa mencebik.

"Girlsss, " Zaid dengan ceria menyapa. Tanpa dipelawa dia mengambil tempat di sebelah Mawar.

"Dah datang dahh, " Mawar menggumam perlahan. 

"Alaa Mawar,  kalau kau rindu aku cakap sajalah,  sebab aku pun rindukan kau, " selamba Zaid bersenda.  Mawar melemparkan jelingan maut.

"Tak ada masa aku nak rindu kau. Ni kau nak apa? " Mawar bertanya.

Adwa yang duduk berhadapan dengan Mawar sekadar menggeleng kepala. Tersenyum. Bukannya dia tak tahu sudah lama si Zaid menyimpan perasaan pada Mawar.

Ada quotes mengatakan,  "a boy and girl could never just be friends,  because one of them might end up fall head over heels for the other one.

Sahih ke tidak, Adwa sendiri tidak pasti.  Mungkin lain orang,  lain situasinya.

"Aku semua nak ajak korang pergi campinggggg, " ujar Zaid dengan teruja.  Matanya bersinar-sinar.

"Kenapa camping?  Why not jalan-jalan? " Syifa menyoal.

"Sebab sem lepas kita dah pergi jalan-jalan, "  balas Zaid.  Sem lepas. Satu kelas mereka seramai 20 orang join event yang dicadangkan oleh Zaid
You see,  ZAID kalau plan apa-apa, dia mesti akan bersungguh-sungguh.

"Bila?  Siapa?  Mana? " Adwa mengangguk setuju dengan soalan Mawar.  Nak jugak tahu bila?  Jangan time tengah busy dengan macam-macam.  Jawapannya a big NO la nampak gaya.  Dengan siapa pun main peranan.  Kalau pergi camping mestilah nak orang yang selesa ada sekali kan?  Tak nak spoil mood.

"Bila?  Cuti midsem-"  Zaid pantas mengangkat tangannya apabila melihat Adwa,  Mawar dan Syifa ingin menyampuk.

"Ya,  aku tahu time tu ramai yang nak balik rumah.  It's okay.  Korang boleh balik but after kita camping.  Kita pergi hari Sabtu pagi,  then Isnin pagi korang boleh terus balik rumah, "

Adwa berfikir sejenak. Jadi maksudnya dia ada lebih kurang 6 hari untuk balik rumah.  Wait a minute,  cuti midsem ni balik rumah siapa?  Dia or Aakiff? 

"Make sense, " Mawar bersuara setelah berfikir panjang.

"Aku tahu kau akan setuju dengan aku, " Zaid tersengih memandang Mawar.

"Jangan nak perasan.  Next, "

"Okay, so. Kita akan gerak pakai dua kereta.  First,  kereta aku which is korang gerak dengan aku plus Zul sorang lagi. Second,  kereta Aakiff,  yang ni aku tak pasti semua yang jadik ikut, yang aku pasti Imani je, " terang Zaid.  Mendengar nama Imani mengundang satu perasaan kurang enak dalam hatinya.  Cepat-cepat Adwa buang perasaan itu.

"Habis tu,  kalau orang lain tak ikut.  Imani dengan Aakiff je ke dalam kereta itu, " Mawar tiba-tiba bersuara. Adwa mengerutkan dahi.  Takpernah-pernah kawannya itu peduli tentang tu.

"Maybe, "

Mendengar jawapan Zaid membuatkan darah Adwa mendidih. 

'Okay,  whats wrong with me? ' hati kecilnya bersuara.

"Aku tak setuju, " Mawar menentang.  Adwa semakin hairan dengan kawannya itu.

"Tak setuju apa? " satu suara dari arah belakang menarik perhatian mereka yang berada di meja itu.

"Kau dengan Imani berdua je dalam kereta, " tanpa tapis-tapis, Mawar berkata.  Adwa terlopong. Apa kena dengan Mawar hari ni? Aakiff tidak memberikan sebarang komen sebaliknya mengalihkan padangan pada Adwa.

"Kau pun tak setuju kan Adwa? " Mawar beralih pula kepada Adwa membuatkan Adwa kehilangan kata-kata.  Aakiff mengangkat kening,  seolah-olah menunggu jawapan Adwa.

Fikiran dan hati Adwa mula berperang. Kalau cakap,  setuju.  Nanti kang dia pulak yang tak senang hati.  Tapi kalau cakap tak setuju,  kang orang fikir lain pulak.  Ah!  Peduli apa,  dia laki aku kan.  Lantaklah orang nak kata apa.

"Tak, " Adwa menjawab sepatah. Adwa melihat satu kepuasan timbul di riak wajah Aakiff or maybe imaginationnya sahaja.  Sebab cepat saja lelaki itu pakai topeng balik.
Aakiff mengambil tempat di hujung meja sebelum bersuara.

"Aku naik dengan korang.  Zul naik dengan diorang, " Aakiff menjawab tenang.

"Good, " Mawar tersenyum puas.  Sempat dia menepuk bahu Adwa. Pelik betul perangai kawannya hari ini.

"Kereta kau siapa bawak? " Zaid yang sedari tadi diam bersuara.

" Ikram, "

"Okay,  settle. Tempat macam mana? "


Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now