"Aku syak mamat ni bipolar, " gumam Adwa geram.  Apa masalah si Aakiff dia sendiri tidak pasti.  Selepas berkahwin makin sensitif. 

"Sepatutnya aku yang merajuk, " bebel Adwa lagi mencapai beg tangannya sebelum melangkah keluar.  Dia mengikut langkah Aakiff yang menuju ke salah satu kedai makan di situ.

Usai makan,  Aakiff terus bangun dan berlalu.

"Wow!  Dia blah macam tu saja, " Adwa terus mencapai begnya.  Adwa tak habis pikir apa yang membuatkan Aakiff tiba-tiba berubah menjadi dingin.  Adwa terus melangkah ke surau berdekatan. 

Usai solat,  Adwa mencari kelibat Aakiff.  Namun tidak kelihatan.  Adwa melangkah ke kereta tetapi Aakiff masih belum ada di kereta. 

"Mana si Akiff ni, biasa dia yang siap dulu..lepas tu bebel sebab make up lama sangat, " gumam Adwa bersandar pada kereta.  10 minit berlalu.  Akiff tetap tidak muncul.  Adwa perasan ada mata yang memandangnya. 

"Aakiff where are you, " Dia cuba mendail nombor Aakif sekali lagi namun tetap tidak dijawab.  Adwa semakin menggelabah apabila lelaki yang memandanya mula mendekatinya. Cepat cepat Adwa berlalu dari situ dan berlari ke tempat yang lebih ramai orang. Namun akibat terlampau gelabah,  Adwa terlanggar seseorang.  Dia mendongak,.

Aakiff memandangnya hairan.  Adwa segera menarik nafas panjang.  Hampir luruh jantungnya. 

"Kenapa ni? " soal Adwa.  Oh sekarang dia kisah.

Adwa tidak menjawab sebaliknya hanya diam.  Dalam situasinya sekarang dia betul betul marahkan Aakiff. 

Adwa terus berjalan tanpa mempedulikan Aakiff.

"Adwa, "

Adwa terus berjalan.  Panggilan aakiff dibiarkan sahaja.  Separuh perjalanan menuju ke kereta tangannya disambar oleh Aakiff. Akiff tersentak apabila Adwa merentap kasar tangannya.

"unlock the door pls, " pinta Adwa mendatar. Aakiff kaku. Dia tidak membuka kunci kereta sebaliknya mendekati Adwa yang membelakanginya.

"Adwa, whats wrong? " soal Aakiff keliru.

Adwa ketawa mengejek. Dia berpusing mengadap Aakiff.  Pandangan tajam Adwa cukup membuatkan Aakiff kelu.

"You.  Kalau kau marah aku sangat.  Tell me what I did.  Kau tahu aku paling takut duduk sorang-sorang kat tempat  aku tak kenal.  Kalau ya pun,  jawab call aku.  Or message me.  Aku boleh tunggu kat dalam surau tu. You are jerk Aakiff.  Aku tak tahu salah aku apa.  But kau tak patut dingin dengan aku tanpa sebab. , " Adwa melepaskan amarahnya.  Aakiff terkedu apabila melihat air mata Adwa yang gugur.

"I really hate you right now, " bisik Adwa membuatkan Aakiff terpempan. 

"Marah aku kalau aku salah.  Jangan buat aku takut macam ni,  " bisik Adwa lagi.  Aakiff menghembuskan nafas kesal.

Tanpa sebarang kata,  dia terus menarik Adwa ke dalam pelukannya.  Sejuta perasaan bersalah menyelebunginya ketika itu. Dia kesal kerana terlampau ikutkan perasaannya.  Dia sendiri tidak tahu kenapa.  Jadi usai solat tadi, dia kembali berfikir.  Phone yang berdering dibiarkan sehingga sepi.  Dan kini dia kesal dengan perbuatannya.

"Im sorry, " bisik Aakiff berkali-kali.  Dia tidak peduli matanya yang memandangnya ketika itu. Apa yang pasti,  dia perlu menenangkan gadis yang berada dalam dakapannya ketika itu.  Ini kali pertama Adwa betul-betul menangis di hadapannya.

"You  are jerk Aakiff, " Adwa bersuara lagi membuatkan Aakiff bertambah kesal.

"I know and im sorry, " bisik Aakiff dengan sepenuh hati.

**

Seperti tadi, Adwa kembali sepi.  Hanya merenung ke luar tingkap.  Aakiff tidak tahu bagaimana untuk menjernihkan suasana yang tegang antara mereka. Sejam kemudian,  mereka tiba di banglo milik keluarga Aakiff.  Adwa tetap tidak bersuara.

Puan Suraya menyambut mesra kedatangan anak menantunya.  Itulah kali pertama selepas kejadian itu,  senyuman hinggap di bibir Adwa.

Encik Abdullah turut sama untuk menyambuat ahli baru dalam keluarganya.  Aakiff merupakan anak bongsu keluarga mereka. Dan kini Aakiff satu-satunya anak mereka.

Puan Suraya memberi ruang kepada Adwa untuk berehat dan mengemas barang.  Adwa terus melangkah ke bilik milik Aakiff ditemani Aakiff.

Keadaan mereka masih tegang. 

Adwa mencapai tuala dari beg untuk mandi.  Namun belum sempat dia melangkah ke bilik air.  Aakiff menarik lengannya.

"Kau marah aku lagi? " soal Aakiff.  Adwa menghela nafas lemah.

"Kau ni memang tak sweet lansungkan?" Adwa tiba-tiba membidas membuatkan Aakiff terkejut.

"Itu je cara kau pujuk? " Adwa menyoal berpeluk tubuh.  Riak wajah Aakiff bertukar hairan.  Lama dia memandang Adwa . Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

"So kau dah tak marahkan aku lagi la ni? " soal Aakiff.

"Pernah ke aku marah kau teruk" Adwa kembali menyoal.  "Jangan buat lagi, " Adwa memberi amaran.

Aakiff tersengih.  Sedikit sebanyak hatinya lega walaupun perasaan bersalahnya masih ada.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now