"Nasib baik ada orang.  Kalau tak-"

Adwa memandang sekeliling.  Melihat Ummi dan Mama Aakiff yang tersenyum lebar ke arah mereka berdua.

"Kalau tak? " Aakiff mengangkat kening kananya.  Satu senyuman singgah dibibirnya.  Adwa memandang Aakiff dengan riak tak percaya.

"Kau demam ke Kiff? " soalnya.  Kali ini Akiff mengerutkan dahi. 

"Asal? " Akiff kembali menyoal. Adwa sekadar menggeleng.

Selepas sesi bergambar,  Adwa mula rasa penat.  Badannya sudah mula lenguh dan lemah.

"Lama lagi ke? " Adwa merungut perlahan.  Namun Aakiff yang berada di sebelahnya dapat mendengar dengan jelas.

"Sabarlah sikit," kata Aakiff.  Adwa mencebik. 

Setelah selesai majlis,  Adwa akhirnya dibenarkan ke bilik. Badannya yang lenguh diurut perlahan.  Tanpa menukar baju, Adwa merebahkan badan ke atas tilamnya yang empuk.  Pintu bilik dikuak menggamit perhatiannya.  Adwa pantas bangun dari perbaringan apabila melihat Aakiff.

"Apa kau buat kat sini? " Adwa menyoal cemas.  Aakiff mengangkat kening. 

"Nak tidurlah, " Aakiff membalas tenang.

"Kat sini? " soal Adwa lagi.  Aakiff sekadar mengangguk. Butang baju dibuka satu-satu.  Tanpa amaran dia terus menanggalkan baju membuatkan Adwa ternganga. 

Adwa pantas mencapai bantal dan dibalingkan ke arah Aakiff. Geram.

"Apa masalah kau? " Aakiff menyoal bengang.  Memanglah bantal tu lembut.  Tapi tetap rasa sakit kalau baling dengan perasaan penuh geram.
Adwa memberi isyarat melalui anak mata tunjuk ke arah badan Aakiff yang tidak ditutup sebarang benang. 

"Apa? " soal Aakiff tidak paham.

"Tak ada tempat lain ke nak bukak baju? "Adwa menyoal geram.

"Kau nak aku bukak kat luar pun boleh.  Kalau ummi tanya,  aku cakap kau yang suruh, " balas Aakiff berkira-kira untuk melangkah keluar.  Adwa pantas bangun dan berlari mendapatkan Aakiff. Lengan Aakiff ditarik.

"Kau gila? "

Aakiff tidak membalas, sebaliknya memandang wajah Adwa. Lama.  Adwa mula resah.

"Aakiff? " suara Adwa bergetar.  Dia menelan air liur. 

Adwa terasa jantungnya akan pecah apabila Aakiff dengan selamba menyelak rambut yang jatuh di dahinya.  Dia menyelit rambut Adwa yang berjuraian ke telinga Adwa.  Barulah Adwa perasan ini kali pertama Aakiff melihat rambutnya.

"Err-Aku nak mandi, " cepat-cepat Adwa melarikan diri ke bilik air.  Namun dia berpatah balik apabila terlupa untuk mengambil tuala.

Aakiff masih diam di situ walaupun Adwa sudah lama sudah lama masuk ke dalam bilik air.  Satu senyuman kecil hinggap di bibirnya.

**

Selesai mandi,  Adwa biliknya kosong.  Maksudnya Akiff tiada.  Dia segera bersiap. Usai bersiap,  Adwa melangkah keluar dari bilik.  Dari jauh,  dia melihat Aakiff sedang asyik bersembang bersama abah dan adik adiknya.  Mujurlah Aakiff jenis orang yang cepat membiasakan diri dengan sesiapa.

"Tengok apa? " Adwa berpusing memandang Umminya.  Puan shilla mengukir senyum.

"Ummi suka Aakiff, " ujar Puan Shilla berterus terang.

"Hai ummi,  dah gantikan menantu dengan anak sendiri ke? " senda Adwa.  Namun umminya sekadar senyum senget sebelum berlalu ke arah keluarganya berkumpul. Adwa memandang umminya dengan perasaan tidak percaya.  Wow!

Adwa juga turut sama melangkah.  Aakiff yang sedang bersembang, mengangkat wajah ke arahnya.  Satu senyuman dihadiahkan.  Adwa mengambil tempat di sebelah Aakiff.

"Tak nak mandi ke? " Adwa membisik.
"Sudah. Kau mandi lama sangat, " balas Aakiff perlahan.  Adwa menjeling geram. Sempat nak perli orang.

"Tak perli tak boleh eh? " Adwa menyoal geram.

"Tak boleh, " selamba Aakiff menjawab.

"Why kita kahwin again? " soal Adwa.  Suaranya dikawal supaya tidak terkuat.

"Sebab kau yang ajak, " Aakiff senyum senget.  Sekali lagi menyindir.

"Takpayah nak kerek sangat.  Now I regret, " balas Adwa tanpa sedar.  Aakiff diam. Tidak membalas.  Riak wajahnya berubah.

"Ummi,  Abah.  Aakiff minta diri dulu, " ujar Aakiff. Encik. Sulaiman dan Puan shilla menghantar senyuman kepada menantunya.  Aakiff terus berlalu kebilik.  Adwa menghantar pandangan hairan.  Dah kenapa?

Faris mendekati kakaknya.  Bahu kakaknya dicuit.

"Kau cakap apa kat abang? " tanya Faris.  Adwa mengerut dahi. Tidak paham.

"Aku cakap apa? " Adwa kembali melontar soalan.

"Yalah tadi abang ceria saja,  tetapi lepas cakap dengan kau,  dia terus berubah. "

Adwa diulit perasaan bersalah mendengar pernyataan Faris. Dia salah cakapkah? 

"I regret it, " Adwa menepuk dahi.  Alamak sensitif jugak laki aku ni.

"Ummi, Abah, kakak masuk dulu ek? " senyuman dan anggukkan sebagai jawapan.  Faris mengukir senyuman sinis.

"Kau diam, " Adwa memberi amaran kepada adiknya.

"Aku tak cakap apa-apa, " Faris tersengih.

Apabila melangkah masuk ke bilik,  Adwa melihat Aakiff sedang asyik dengan telefon sambil berbaring di atas katil.  Perlahan-lahan Adwa mendekati Aakiff.

"Aakiff, " Adwa panggil lembut.  Namun fokus akiff masih tertumpu kepada telefonnya. Adwa menggigit bibir.

"Aakiff, " sekali lagi Adwa mencuba meleretkan nadanya. Apabila tidak menerima sebarang reaksi daripada Aakiff, Adwa mendapat satu idea.

Dengan geram,  Adwa merampas telefon dari tangan Aakiff.  Sempat dia mengerling ke arah skrin telefon.  Instagram.

Aakiff memandang Adwa tanpa perasaan.  Ini yang Adwa lemah ni.  Aakiff kalau marah, dia tidak akan bersuara sebaliknya bertukar dingin.

Aakiff menghulurkan tangan meminta phone tanpa sebarang kata.  Instead of letak phone,  Adwa menyambut tangan Aakiff dengan genggaman tangannya.

Adwa membawa tangan Aakiff ke bibirnya.

"Sorry, " ujar Adwa lembut.

Riak wajah Aakiff menjadi lembut. Still emotionless yet soft.

" I cant even stay mad at you that long, " bisik Aakiff terlampau perlahan. 

"Why? " soal Adwa bingung. Namun Aakiff tidak menjawab, sebaliknya kembali merebahkan badan dan memejamkan mata. 

Adwa memandang Aakiff lama.  Cuba memahami lelaki yang kini bergelar suaminya.  Adwa meletakkan phone Aakiff ke atas meja sebelum turut berbaring.  Akibat kepenatan,  masing-masing terlena dengan mudah.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now