Bab 1

11.7K 523 17
                                    

Law 1

-eyes is the reflection of heart-

Sudah hampir sejam Adwa menunggu adiknya datang menjemputnya di stesen bas.  Namun bukan setakat batang hidung, panggilannya juga tidak berjawab.  Perasaan geram terhadap adik  bongsunya menggunung tinggi.

"Manalah kau ni Faris,  kalau aku dapat kau.  Siap kau, "

Tidak lama, hon kereta dibunyikan.  Dari jauh Adwa melihat adiknya itu tersengih.  Bertuah punya adik. Dengan perasaan geram yang menebal, Adwa menarik bagasi menuju ke kereta adiknya.

"Explain sebelum aku meletop, " kata Adwa setelah masuk ke dalam kereta. Dia berpeluk tubuh.

"Aku tertidur, " selamba Faris membalas.  Adwa mendengus geram. 

"Salah kau lah, " tambah Faris seraya memberi signal sebelum membelok ke kanan.

"Kenapa pulak salah aku? " Adwa menyoal keliru.  Apa yang aku buat?

"Sebab ummi suruh aku carikan barang-barang untuk kau.  Kau pulak,  tak ada masa yang elok sikit ke nak kawin? Dahlah last minute plan, " Faris mula membebel.

Adwa mengerut dahi.  Dia salah dengar kah?  Kahwin?  Siapa yang nak kahwin? 

"Siapa yang nak kahwin? " Adwa menyoal keliru. 

Faris menayangkan riak menyampah.  Apa yang bengap sangat kakaknya yang seorang ini. 

"Kaulah.  Siapa lagi? "

"Hah?! "

Faris menutup telinga.  Suara kkakaknya, takpakai micorphone pun boleh dengar satu kampung. 

"Kau pandu laju sikit, " Adwa sudah menggelabah.  Bila masa pulak aku nak kahwin ni.  Ummi, Abah. Apa semua ni.  Nak cari calon pun takkan tak tanya pada tuan punya badan dulu. 

"Faris!  Bawak laju sikit boleh tak? " Adwa menggesa adiknya.

"Kau nak kita accident ke apa? " tingkah Faris. Entah apa pulak masalah kakaknya. Dia sendiri tidak pasti.

"Jangan banyak cakap,  kalau kau taknak tengok kakak kesayangan kau ni menderita.  Kau bawak laju sikit, " Adwa mula kalut.

"Drama lah kau ni, " Faris menggeleng lemah.  Penat melayan kerenah kakaknya.

Tiba di rumah,  Adwa terus melompat keluar dari kereta sebelum sempat Faris mematikan enjin kereta.  Dia terus melaung memanggil Umminya.

"Woi kak,  beg kau ni.  Amiklah dulu, " laung Faris.  Nasib dia lah dapat kakak macam ni.

"Ummi, " Adwa terus menerpa umminya yang sedang bersembang dengan abahnya.

"Budak bertuah ni,  balik bukan reti nak bagi salam. " Puan Shilla membebel.  Adwa pantas bersalam dengan ummi dan abahnya sebelum mengambil tempat duduk bersebelahan umminya. Encik Sulaiman hanya sekadar menggeleng dengan telatah Adwa.

"Ummi betul ke Ummi jodohkan Adwa? " tanpa bengkang bengkok, Adwa menyoal.  Puan Shilla dan Encik Sulaiman berpandangan.  Masing-masing keliru.

"Umi tak jodohkan kamu.  Kamu sendiri yang cari, " balas Puan Shilla memandang satu-satu anak perempuannya.

"Apa maksud ummi? " Adwa menyoal keliru.  Bila masa pulak dia jodohkan diri sendiri. 

"Pihak lelaki kata,  kamu berdua setuju nak kahwin.  Lagipun abah rasa tak benda tu salah.  Lelaki tu pun cukup syarat untuk kahwin, " terang Encik Sulaiman menambahkan lagi kerutan di dahi Adwa. 

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now