Iqbal terus dalam posisi bersedia. Mindanya difokuskan pada Hana untuk bercakap dengan gadis itu melalui telepati.

"Hana. Bawa mereka berdua turun. Tapi jangan keluar dari kaca yang aku dah buat. Sampai dekat bawah. Terus cari tempat yang kau boleh berlindung."

Hana mengetap bibir tidak berpuas hati dengan arahan itu. Namun dia hanya mengangguk. Pedang hitam milik Iqbal diseru dari dimensi lain. Memunculkan bilah tajam itu pada tangan kanannya sebelum dia menggengam kemas senjata itu.

"Hana! Lari!! Pergi dari sini."

Jerkah Iqbal lalu terus membuat loncatan ke arah Vermoth yang tersengih melebar. Satu hayunan diberi namun makhluk itu ternyata lebih cekap untuk mengelak. Hana terus berlari kearah tangga tadi sebaik sahaja Iqbal berjaya mengalihkan perhatian Vermoth itu. Hana memberi laluan supaya Shah dan Kamal menuruni tangga itu terlebih dahulu.

"Jangan keluar dari bangunan ni. Tunggu aku dekat bawah dan cari tempat berlindung." Arah Hana yang hanya dibalas dengan anggukan kepala. Masing-masing ketakutan, otak sudah tidak lagi boleh berfikir dengan betul. Jadi mereka hanya mampu mengikut arahan Hana.

Perlawanan antara Iqbal dan Vermoth agak sengit. Namun dari gaya Vermoth, dia hanya mempermainkan Iqbal. Sehinggalah satu serangan yang berjaya ditepis oleh Vermoth menyebabkan pedang hitam Iqbal tercampak jauh. Pertahanan Iqbal kini terbuka tidak bersenjata. Lantas perisai kaca putih miliknya dibuka bagi melindungi diri dari diserang bertubi-tubi oleh Vermoth.

"Iqbal!"

Panggil Hana berlari membawa pedang hitamnya lalu dihayun ke Vermoth yang melompat tinggi bagi mengelak serangan membuta tuli Hana. Mata pedang itu mengenai konkrit lantai lalu meretakkan batu tersebut. Hana dapat merasai kuasa pedang itu cuba untuk bersatu dengan dirinya namun tidak berjaya. Gadis itu agak mengah selepas dia melepaskan pedang hitam milik Iqbal. Terasa hampir kesemua tenaganya hilang. Dia melutut keletihan. Pantas jejaka itu menarik Hana supaya bangun dengan segera serta mengambil semula senjata kepunyaannya. Iqbal menggelengkan kepala.

"This weapon can only be used by its owner. Kau akan cepat penat kalau kau guna senjata aku. Kau okay tak ni?"

Tanya Iqbal melihat Hana yang masih keletihan. Tidak pula dia menyangka gadis itu akan datang semula malah berani untuk cuba berdepan dengan Vermoth yang masih menggila. Hana tergelak kecil sambil mengangguk perlahan. Iqbal kembali pada mod berlawan sebaik sahaja Vermoth tadi melangkah laju ke arah mereka berdua.

KACHING!

Bunyi besi berlaga kuat. Iqbal tertolak sedikit ke belakang akibat dari pedang besar yang ada pada tangan Vermoth ini tadi. Keadaan tersebut tidak boleh berterusan, Vermoth akan mencederakan Hana sekiranya Iqbal gagal menghalang serangan tersebut. Pantas pedang hitam Iqbal diserong lalu ditarik ke tepi. Mata pedang Iqbal berjaya menoreh rusuk kiri Vermoth menyebabkan darah merah mengalir jatuh pekat mewarnai lantai kelabu. Marah dicederakan sedemikian rupa, sekuat tenaganya ditumpukan pada tangan kirinya lalu ditumbuk Iqbal sehingga melayang jauh mengenai dinding tebing bangunan. Iqbal memuntahkan darah. Senak perutnya akibat ditumbuk padu.

Vermoth kembali memandang ke arah Hana yang masih berada dihadapannya. Penuh dengan perasaan amarah yang semakin membina.

BANG! BANG! BANG!

Tiga peluru dilepaskan. Dua daripadanya tepat mengenai Vermoth yang berdiri dihadapan Hana. Mereka berdua menoleh ke arah Johan yang mengacukan pistol tersebut ke arah makhluk yang telah jatuh terbaring kesan dari tembakan tadi. Johan yang pada awalnya pucat ketakutan mula berubah apabila dia ketawa terbahak-bahak melihat Vermoth jatuh dengan hanya 3 tembakan darinya. Dia bangun perlahan berdiri. Masih mengacukan senjata itu pada Vermoth.

NOXIOUSDär berättelser lever. Upptäck nu