Bab 1

3K 133 337
                                    

Lagu Bunga.

Gedebum!! ...

"Ya Allah, mampus aku. Kenapa aku boleh langgar kereta di depan aku ni?"

Amel menggigil . Terasa lemah kakinya bila kereta Kancil yang dipandunya melanggar belakang bonet kereta BMW6 .

Tuk... tuk...tuk...

"Alamak dia ketuk pula pintu kereta aku ni. Macammana nak buka ni?"
Amel kalut. Tidak tahu nak buat apa sekarang ini.

Pemuda itu membukakan pintu kereta Amel dari luar.

"Hai Cik adik... kereta sendiri pun tak tau nak buka macammana,"

Perlahan-lahan Amel keluar dari keretanya. Terlihat wajah seorang pemuda tampan di hadapannya. Pemuda itu memandang Amel selamba. Hati Amel berdebar tak tentu hala.

"Ya Allah! Handsome nya mamat ni," ujar Amel perlahan. Ternganga mulutnya melihat gerangan di hadapannya itu.

"Ehemmm... dah puas pandang saya adik? Tutup mulut tu. Takut kentot lalat nanti,"

Amel termalu sendiri. Diamati wajah kacak di hadapannya itu. Persis wajah zayn malek. Hidung yang mancung, Bibir yang berwarna pink, menandakan pemuda itu tidak merokok. Paling menawan dagu pemuda itu yang berlekuk. Aduh Bergetar rasa hatinya.

"Macammana adik bawa kereta ni? Adik ni takde lesen ke? Atau guna lesen terbang ni?" soal pemuda itu lancang.

Termati lamunannya bila suara pemuda itu menyapa halwa telinganya. Merdunya suara setampan wajahnya.

"Adik? Adik pun adiklah... saya ada lesen lah encik. Saya pergi test JPJ tau," balas Amel sambil tersengih-sengih.

"Lain kali bawa kereta pandang depan . Bukan tengok handset. Bahaya!... tengok sekarang siapa nak ganti kereta saya ni?" kata pemuda itu lagi.

Amel telan airliur dan pandang wajah pemuda yang beriak selamba itu. Pemuda itu pula memerhatikan Amel yang asyik merenungnya. Bila masa pula dia main handset. Handset pun Nokia 8250. Kalau baling kepala kucing mahu amnesia kucing itu.

"Awak ada masalah ke?" Akhirnya pemuda itu menyoal. Janggal rasanya melihat si kecil molek di depannya itu asyik merenungnya.

Amel tersentak. Berdehem dan mengalih pandangannya ke kereta pemuda itu. Berfikir macam mana nak bayar pemuda itu. Keretanya pun teruk juga.

"Encik... boleh kita betulkan sendiri kereta masing-masing tak?. Lagipun saya mana ada duit . Kereta saya pun teruk juga ni,''

Pemuda itu tersenyum sinis.

"Adik tau tak kereta saya ni kereta apa? Kereta adik ni lain lah. Dah boleh hantar ke tempat besi buruk dah," ujar pemuda itu tanpa rasa bersalah.

Amel terkebil-kebil mendengar bicara pemuda itu. Kereta Kancil ini adalah kereta yang dibeli oleh ayahnya untuk kemudahan dia bekerja di Kuala Lumpur. Sedih pula bila pemuda handsome di hadapannya, menghina keretanya itu. Mentang-mentanglah orang kaya, boleh lah suruh keretanya dihantar ke tempat besi buruk. Poodah...

"Hish... melampau betullah encik ni!"

Pemuda itu ketawa kecil. Gelihati melihat kekalutan gadis itu.

Amel cepat-cepat melarikan pandangannya ke tempat lain. Jantungnya tak payah nak dikata. Laju seperti baru melihat perlawanan bola sepak di mana Malaysia cuba memasukkan gol ke gawang gol pasukan lawan.

"Aduhai... kenapalah kau senyum pula ni? Buat jantung aku berdebar ni. Indahnya tawa kau tu,"

"Adik!!...hai berangan pula dia. Hello adik!!!...'" jerit pemuda itu di telinga Amel.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now