PART 46 - The Glooms

225 5 0
                                    


She is gone 

through the betrayal you made

You betrayed her..

You destroyed her..


Hanna tersengih sinis. 

"Kau nak apa lagi Alin, aku dah takde kerja nak kasi kau. Duit? Lagilah takde." sindir Hanna.

Alin memandang Hanna, miring. 

"Aku nak baki RM6,000.00 aku. Sekarang jugak." Minta Alin untuk kesekian kalinya. 

Pekerjaannya sekarang dalam bahaya. Julia benar-benar memberitahu Puan Sarah yang dia telah mengambil wang restoran. Alin tak tahu pula jika mereka sudah melaporkannya kepada pihak polis. 

Dia sudah takut untuk keluar sekarang. Emaknya juga sering mengasaknya dengan pertanyaan. Hairan Makcik Intan kenapa Alin tiba-tiba berhenti kerja sehingga dia keluar dari rumah dan tinggal bersama rakannya..

"Nope! Kau boleh keluar sekarang. Aku ada banyak kerja."

"Hey! Aku dah hilang sabar kau tau! Kau jangan sampai aku bunuh kau!" Alin mengugut berani. Dia sudah hilang sabar. Badrul pula telah meninggalkannya selepas sahaja lelaki bedebah itu mengambil kesemua wang di dalam peti yang berjaya dibuka.

"Aku tak peduli apa kau nak buat sekalipun." Hanna mengangkat gagang telefon dan meminta setiausahanya memanggilkan sekuriti untuk menghalau Alin dari pejabatnya.

Tak sampai dua minit dua orang sekuriti masuk dan mengheret Alin. "Kau jaga dengan aku! Kau takkan senang, Hanna!"

"Awak jangan bagi perempuan ni masuk lagi dalam bangunan, dia ni gila." Pesan Hanna kepada pengawal keselamatan. 

Alin terjerit-jerit memaki hamunnya. Hanna puas hati dapat mempergunakan Alin.

*******************************

Hanna menolak pintu yang sedia renggang itu. Ray kelihatan sedang duduk di atas katilnya.

"Hai Ray." Sapa Hanna. Dia puas hati dapat melihat semuanya musnah. Baik untuk Ray yang sakit menunggu maut datang menjemput, Radit yang ditinggalkan pada hari pernikahan mahupun Rheya yang menjadi mangsa keadaan, ditipu Radit, juga tidak akan dapat hidup bahagia bersama Ray. Hanna ketawa di dalam hatinya. Tiada siapa akan bahagia!

"You nak apa lagi ni Hanna??" tiada kata sapaan yang baik untuk perempuan tidak sedar diri ini.

Hanna meletakkan bakul buahnya ke atas meja di tepi katil Ray. Lelaki itu kelihatan semakin uzur. Semakin pucat.

"I datang nak tengok youlah...." Hanna meleretkan bicaranya. Kelakuannya membuatkan Ray ingin muntah.

"Atau you nak tengok sejauh mana kerosakan yang you puncanya. Berdosa buat orang macam tu Hanna. Apa dosa dorang pada you hinggakan you sanggup musnah kebahagiaan orang lain?"

"Bahagia atas derita I? I tak semurah hati macam you bagi girlfriend pada kawan you. Hah!" sorak Hanna. Seronok sungguh hatinya.

"Sekurang-kurangnya I nak tengok orang yang I sayang, bahagia. You? Hanya nak musnahkan orang yang you sayang demi sakit hati. Masing-masing ada jodohnya, Hanna. You tak percaya qada' dan qadar Tuhan ke?" Ray termengah-mengah. Dia geram apabila Hanna masih berani dan tidak malu menunjukkan muka di depannya.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now