PART 28 - Hidayah Tak Kenal Dosa

245 4 0
                                    

Sometimes, it just take one simple thing for aman to change...

Radit terbangun. Keadaan gelap kamarnya membuatkan dia terpinga tiba-tiba. Dia bermimpi yang tidak diingati apa mimpinya.

Dia kembali merebahkan badannya ke tilam. Namun, sayup-sayup kedengaran azan. Radit mengambil telefon di bawah bantalnya. Sudah 5.50 pagi. Dia menelentang cuba untuk tidur kembali. Tetapi suara azan itu terasa dapat didengari setiap patah. Panggilan merdu itu seolah-olah menggamitnya untuk bangun dan bersama-sama mengerjakan solat, untuk tunduk patuh kepada Sang Pencipta. Radit bangun dan duduk di birai katil.

Radit seakan-akan tersedar akan sesuatu. Kenapa tak mulakan hari ini?

Dia bangun ke bilik air. Rasanya Ammar sudah bangun memandangkan lampu bilik lelaki itu terbuka.

Paip air dibuka. Nak buat apa dulu? Radit berfikir. Basuh muka ke? Radit buntu apa yang perlu dilakukan untuk berwudhu. 'Ah! Bantai aje.' Dia mula membasuh mukanya dan anggota-anggota tubuh yang dia ingat samar-samar. Hatinya runtun seketika. Jahil benar dirinya.

Radit kembali ke biliknya. Sejadah sememangnya ada tersangkut di penyidai yang tidak pernah dipedulikan. Sejadah dibentang. Kiblat di mana? Ah...sudah!

Radit tergaru-garu. Dia terdengar bunyi pintu bilik Ammar dibuka dan ditutup. Tanpa berfikir lagi, Radit terus membuka sedikit pintu biliknya.

"Mar!"

"Oo mak kau!!" latah lelaki itu. "Kus semangatlah. Apa kau buat pepagi nih?" tanya Ammar mengurut dadanya.

Macam mana nak cakap eh? "Err..boleh tak kau..err...kau tunjukkan aku arah kiblat?"

Ammar terdiam. Matanya bulat merenung Radit. Hilang kantuknya. Alhamdulillah.

"Kiblat arah lurus aje ke bilik aku." Beritahu Ammar. "Karang dah sudah solat, kau datang dapur. Aku buatkan breakfast special untuk kau!" seru Ammar semangat.

"Okay. Thanks." Radit tergaru-garu kepalanya. Malu. Lega Ammar tidak mentertawakannya.

Tetapi apa yang harus diniatnya. Nak tanya Ammar, segan pula. Ah! Solat ajelah. Radit mengangkat takbir. Sebaik sahaja menyebut Allahuakbar, hati Radit terasa sangat sedih. Radit sendiri tidak tahu mengapa air matanya mengalir tanpa dapat ditahan. Dia mula teringat-ingat segala dosanya.

Segala maksiat yang pernah dilakukannya. Perempuan yang diulit, ganja serta ekstasi yang kadang kala diambil, arak yang diteguk tanpa rasa dosa. Segalanya terbentang. Sebaik sahaja dahinya mengena sejadah, Radit teresak-esak kuat. Dapatkah Allah Swt menerima ibadahnya yang entah apa yang disebutnya. Mujurlah dia masih ingat pergerakan solat walaupun bacaannya sudah tidak dapat diingati dengan jelas. Mungkin lidahnya sudah mengeras akibat meneguk benda-benda haram. Astaghfirullah hallazimm...betapa kerdilnya dia di mata Tuhan.

Radit berteleku agak lama di atas sejadah. Berdoa memohon keampunan untuk semua dosanya. Tiba-tiba dia teringat sikapnya terhadap mak dan papa. Dia mesti pulang ke rumah hari ini juga.

Dia meraup wajahnya dan bangun melipat sejadah ke tepi. Selesai bersiap, dia keluar ke dapur. Ammar sudah membancuh dua mug kopi, roti dan telur hancur juga sudah tersedia.

"Wah, sedapnya, Mar. Rajin kau." Puji Radit. Ammar sudah duduk di bangkunya.

"Ringkas je." Ammar melihat sekilas wajah Radit. Dia senang hati melihat sahabatnya itu semakin baik dari hari ke hari. Amat berbeza dengan Radit yang dikenalinya beberapa bulan yang lalu.

"Kau okay, Dit?" tanya Ammar menyuap gulungan roti bertelur hancurnya ke mulut.

Radit meneguk kopinya. "Okay. Alhamdulillah." Jawabnya ringkas.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now