PART 3 - I'm In Love

572 9 0
                                    

Your smile make my heart pounding in my chest

Your voice makes me forget myself

Your presence is what makes my days better

.

.

.

Westminster, London, UK.

September 2013.


Rheya pantas mencapai kot tebalnya lalu disarungkan ke tubuh. "Are you going home now, Rhee?" sapa kawan sekerjanya, Nox. Tergeliat lidah mereka hendak menyebut namanya, akhirnya masing-masing memanggil Rheya dengan Rhee sahaja.

Rheya menyelubungkan kepalanya dengan hoodie. Cuaca agak sejuk malam itu. Dan dia mesti pulang sepantas mungkin ke asrama. Jalan ke sana agak kelam dan sunyi. Jam juga sudah berganjak ke jam 10 malam.

"Yes. I am. I have tons of work to do. Do you see my eyes? Looks like a panda already." Ujar Rheya bergurau. Dia hanya tidur empat jam sahaja pada kebanyakkan hari. Rheya mahukan yang terbaik dalam pelajarannya.

Nox ketawa. "It's fine dear. Okay I see you tomorrow, alright?"

"Okay, Nox. Bye." Pamit Rheya melambai-lambai sebelum keluar meninggalkan café. Sudah lima bulan dia bandar Westminster dan sebulan lebih bekerja di café sebagai pekerja sambilan.

Dia berjalan pantas. Menunggu bas yang entah bila akan lalu. Hidupnya terasa agak sempit kebelakangan ini. Dengan dua pekerjaan yang harus dilakukan demi mengisi perutnya. Papa tidak dapat memberinya wang poket selalu kerana papa baru sahaja diisytiharkan muflis oleh mahkamah gara-gara menjadi penjamin kawannya yang membuat pinjaman untuk membuka sebuah kedai menjual motorsikal berkuasa besar. Dan gara-gara boros, pinjaman tidak dapat dijelaskan pada setiap bulan.

Sekarang Rheya turut terkena tempiasnya. Rheya melepaskan keluhannya. Dia berjalan pantas membelok ke sebelah bangunan. Agak gelap pula laluan itu. Rheya pantas melangkah. Dalam hatinya membaca ayat kursi. Ingatannya kembali meneliti liku hidupnya kebelakangan ini. Berat sungguh dugaan. Mujur semua berlaku ketika dia sudah berada di sini, kalaulah dia masih dalam perancangan untuk meneruskan pengajian, sudah pasti Rheya akan tangguh atau batalkan sahaja niatnya untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Lebih baik dia mencari kerja membantu mama dan papa.

"Dah tu nak buat apa? Kahwin? Rheya ada masa depan cerah, sia-sia sijil cemerlang tu." Sergah papa semalam apabila Rheya memberitahu niatnya hendak berhenti dan pulang ke Malaysia. "Papa masih ada kudrat, Rheya habiskan study. Jangan bimbang tentang wang. Papa akan uruskan." Azman tidak mahu gara-gara dia tersilap langkah Rheya yang akan menanggung akibatnya. Tidak selama dia masih hidup!

"Hey...pretty? Wanna join us?" tegur seorang lelaki. Ada dua lagi bersamanya. Sengihan di bibir masing-masing mengundang takut di hati Rheya. habis bersepai perbualannya dengan papa.

Rheya langsung berjalan pantas namun langkahnya terhenti apabila bahunya dipaut. "What the f...?!!" dia baru hendak melayangkan tangannya sebelum terhenti. "You?"

"Gentleman, if you'll excuse us." Ray pantas memaut bahu Rheya rapat kepadanya sambil merenung tiga orang lelaki itu dengan tajam. Dia menyelak sedikit jaketnya menunjukkan benjolan di sisi pinggangnya.

Pantas mereka berundur. "Wow..relax we are just messing with her."

"Get outta here!" gertak Ray. Lintang pukang mereka berlari dari situ. Tak berbaloi untuk tembus kepala hanya kerana seorang perempuan.

Rheya pantas menjarakkan tubuhnya daripada Ray. "You bawak pistol eh?" tanya Rheya pantas. Buat apa lelaki itu dengan pistol?

"Taklah. Ini aje." Ray menyelak t-shirtnya sambil mengeluarkan sebiji pisang. Ketawa Rheya memecah kesunyian tempat itu. "Pisang? Gosh!" ketawanya masih bersisa.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now