Part 8 - Suara Hati Tak Pernah Silap!

326 6 1
                                    

- I wish I was never here -

Dalam perjalanan ke rumah mama dan papa, Rheya sempat singgah membeli kuih di tepi jalan. Mama sukakan serawa nangka. Papa pula pulut dakap. Selepas selesai membeli. Selepas menutup pintu keretanya dan menghidupkan enjin, Rheya mengeluarkan telefonnya. Nombor di dalam dail pantasnya ditekan. Sekejap sahaja panggilannya bersambut.

"Waalaikumsalam. Ray kat mana?"tanya Rheya.

"I kat restoran. Ada kerja sikit." Suka hatinya mendengar suara lembut Rheya menerjah telinganya.

"Alah, betullah ni tak dapat ikut I balik rumah mama dengan papa I ni?"tujuan Rheya menelefon Ray adalah untuk melihat sama ada Ray boleh atau tidak pergi bersamanya ke rumah ibu bapanya. Rheya berasa tidak sedap hati kali ini. Seperti ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Sekurang-kurannya kalau ada Ray, kuatlah sikit hatinya.

"Tak boleh sayang. I nak hantar pesanan kat Shah Alam. Lain kali I ikut you okay?"pujuk Ray. Sebenarnya dia sedang menunggu keputusan imbasan otaknya di hospital. Ibu dan Ingrid berjaya memujuknya untuk memulakan rawatannya. Tetapi dengan syarat, Ray mesti melaksanakan rancangannya membabitkan Rheya dan Radit dahulu sebelum berkampung di hospital.

"Okay Ray. You jaga diri. I call you malam nanti. Besok free tak, jom tengok wayang nak?"ajak Rheya.

"So sorry Rheya. I nak pergi Penang pulak esok pagi." Ray memberi alasan. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk dia menjarakkan diri daripada Rheya. Lebih cepat lebih bagus. Walaupun dia hanya menyakiti dirinya sendiri, apatah lagi Rheya.

Rheya tersentap. "Oh. Tak cakap pun nak pergi Penang. Okeylah Ray, I nak pergi rumah mama ni. Assalamualaikum." Tanpa menunggu salamnya disambut, Rheya memutuskan panggilan. Sebal. Selalunya Ray akan memberitahunya jika lelaki itu ke luar bandar. Ray semakin aneh kebelakangan ini.

Rheya terus menekan pedal minyaknya. Setengah jam kemudian, Rheya sudah melangkah ke dalam rumah mama dan papa. Dua minggu sekali pasti dia pulang dan menghabiskan hujung minggunya di sini.

"Assalamualaikum, mama, papa."Sapa Rheya memeluk mama.

"Walaikumsalam. Sampai pun anak mama. Ini mesti serawa nangka kan?"mama bergurau mencapai beg plastik yang dihulurkan anaknya.

"Haha..pandai mama teka! Ya, untuk papa pun ada kuih favourite dia ni. Papa mana?"tanya Rheya.

"Ada kat dapur. Mama ada buat pengat pisang. Jom makan."Sambil mengheret Rheya bersamanya, mereka ke dapur tempat papa sedang asyik menjamu selera. Riuh sebentar ruang dapur itu.

*********************************

Ketukan di pintu kedengaran.

"Masuk." Laung Rheya sedang berbaring di atas katilnya. Wajah mama terjengul dari balik pintu.

"Laaa...Kenapa tak siap lagi ni, tetamu dah nak sampai kejap lagi?"Mama menegurnya.

"Alah kejap lagi Rheya siap. Baju apa kat tangan mama tu?"tanya Rheya hairan. Cantiknya corak di kain itu.

"Mama nak Rheya pakai baju ni, mama beli hari tu di butik kawan mama."Ujar mama.

Rheya mengerutkan dahi. "Kenapa pulak nak pakai kurung ni? Rheya ingat nak pakai baju tu dengan tracksuit aje."Ujar Rheya menunjukkan ke arah pakaian yang tersangkut di kerusi. 'Ini dah semakin pelik.' Hatinya mengomel.

"Pakai aje. Cantik sikit anak mama pakai kurung ni. Biru kan favourite colour Rheya?"pujuk mama lagi.

Rheya menarik nafasnya dalam-dalam. Dia rasa seperti tahu apa yang sedang berlaku. "Mama ada benda nak bagitau Rheya ke? Ada special occasion apa malam ni, sampai mama beli baju baru untuk Rheya? Ada apa-apa yang Rheya tak tau ke, ma?" tanya Rheya terus. Dia paling tidak sukakan kejutan. Kalau kejutan harijadi itu lain. Ini dah macam ada orang hendak merisiknya!

"Mama kenapa tak cakap lagi dengan Rheya?"entah bila papa di luar sebelum masuk ke dalam kamar Rheya. Rheya mengerutkan dahinya.

"Apa yang papa cakap ni? Rheya tak faham."

Mama memandang tempat lain. Raut wajah mama juga berubah. "Makan malam biasa aje dengan kawan lama papa. Nak kenal-kenal dengan Rheya."Ujar mama. 'Nak kenal-kenal?' Rheya terdiam.

Tiba-tiba papa bersuara tegas. "Papa tak suka lagi Rheya kawan dengan Ray. Putus aje lebih baik." Rheya sangat terkejut nama Ray dibangkitkan malam ini. Papa dan mama tahu siapa Ray. Ray bukan Radit. Rheya tidak akan pernah lagi berjumpa dengan lelaki sebaik Ray.

"Ray baik pa. Kenapa tiba-tiba aje ni?"air matanya mula bertakung. Tak mungkin papa dan mama mahu dia memutuskan hubungannya dengan Ray yang sudah lima tahun itu?

"Papa dengan mama tahu apa yang baik untuk Rheya. Malam ni jangan bantah cakap papa dan mama."Putus papa sebelum meninggalkan Rheya dan mama.

"Siaplah cepat, tamu datang tak lama lagi." Mama juga terus keluar dari situ, meninggalkan Rheya termangu-mangu.

to be continued ...

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now