PART 37 - Musuh Dalam Selimut

218 5 0
                                    


Rheya menanda-nanda kertas di tangannya. Kerja remeh untuk kenduri nanti semua telah selesai. Dia hanya akan memberi Radit lima dulang sahaja, begitu juga lelaki itu, hanya lima dulang. Rheya tidak mahu membazir. Lagipun, kelima-lima dulang itu terdiri daripada makanan.

Rheya terasa bahunya dicubit. Pantas dia berpaling.

"Shita!!" Rheya terjerit kecil melihat teman baiknya sudah tersengih nakal mengusap bahunya sendiri. Dia mengajak Shita untuk menemaninya membeli kasut untuk majlis resepsi nanti. Semalam semasa dia meneliti senarai perkara yang hendak dilakukan, terselit perkataan kasut yang belum ditanda!

"Jauhnya menung! Aku panggil dari tadi lagi. Ingatkan Radit ke?"

"Takdelah. Ingatkan apa lagi benda yang aku tak buat. Majlis lagi sebulan je."

"Iyalah orang dah nak kahwin. Ingatkan majlis ajelah ya?" Shita bergurau.

Rheya ketawa. "Jomlah. Aku tak tau nak pilih yang mana ni. Rambang gila biji mata!" seru Rheya sambil mengheret Shita yang hanya mengikut.

Mereka berjalan dari satu kedai ke satu kedai di dalam supermarket itu. Semuanya Rheya tidak berkenan. Ada yang tinggi sangatlah. Ada pula design dah cantik tapi warna pula Rheya tidak suka.

"Ginilah Rheya. Aku masuk kedai lain, kau masuk kedai lain. Cepat sikit jumpa kan. Aku rasa ada ni, Cuma tak jumpa aje. Kedai punya banyak kan." Cadang Shita.

"Aku setuju. Aku masuk kedai ni, okay." Shita hanya mengangguk dan berjalan ke kedai selang dari kedai yang Rheya masuk.

Rheya ralit melihat kasut-kasut yang tersusun di rak.

Ting!

Telefonnya berbunyi.

'Rheya tgh buat apa tu?' tanya Radit.

'tgh jamu mata' balas Rheya, bibirnya tersengih nakal.

'Hep! Jangan mcm2 k. tgk I sorang dahlah, dah cukup hensem tau' balas lelaki itu pula, berbaur cemburu yang mengundang tawa kecil di bibir Rheya.

'alah, sekali sekala tak salah kan' Rheya masih bermain-main.

'Rheya..u kat mana ni? I dtg skarng' balas Radit.

Rheya ketawa tanpa sedar. Tangannya ligat membalas. 'I kat mall jamu mata tgk kasut kawinlah. Gosh! Cemburunya dia...' Rheya meletakkan emoji ketawa di hujung teksnya.

'syg! U mmg nk kena dgn I. Watch out darling, I'll pay back later!' Radit menarik nafas lega walaupun tahu yang takkan Rheya hendak mengorat lelaki lain. Hell no, lelaki lain yang mengorat tunangnya itu. Fikir Radit lagi. Dia ketawa pula mengenangkan cemburunya dia walau Rheya hanya bermain-main. Ah! Angaunya dia!

'hahaha...see u' mesej Rheya dipandang. Radit tersenyum sebelum membalas emoji berbentuk hati.

Rheya menyimpan telefonnya ke dalam beg semula.

"Amboi..bahagia sungguh aku tengok kau sekarang." Tegur satu suara. Rheya lantas berpaling.

Hilang wajah cerianya bertukar masam. Hanna! Tetapi cepat-cepat Rheya senyum sinis.

"Of course bahagia. Kau ada masalah ke?" Ujar Rheya. Menyampah pula melihat wajah perempuan di depannya ini.

"Takdelah. Cuma nak cakap, hati-hati sikit dengan Radit tu." Hanna menyimpul-nyimpul hujung rambutnya berlagak tahu apa yang Rheya tidak tahu.

Rheya mengerutkan dahinya. "Kau cakap apa ni?"

Hanna tersengih. "You'll never know. 'Kaylah Rheya, I got to go. Aku ada appointment dengan hairstylist kejap lagi, bye!" Hanna terus meninggalkan Rheya tercengang-cengang.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now