PART 4 - The Only One That I Needed

518 8 0
                                    

Hari Ini.


"Babe!!!" sergah Shita memeluk kejap bahu Rheya dari belakang.

"Bertuah betul! Terkejutlah!" jerit Rheya mengacah mahu memukul

Shita dengan beg tangannya. Tudungnya yang sedikit senget dibetulkan.

Shita ketawa besar. "Alololo...kesian Rheya. Kau dah lama sampai?" tanya Shita duduk di belakang mejanya. Pejabatnya tidaklah besar. Pandangannya dikerling sekejap di luar cermin biliknya melihat keadaan kedai bukunya yang masih ada kotak-kotak buku berselerak. Dan para pekerjanya yang seramai empat orang bertungkus lumus menyusun buku-buku mengikut rak.

"Tak la lama sangat. Baru lima minit." Balas Rheya. Hari ini baru dia berkesempatan untuk mengunjungi kedai buku Shita yang akan dibuka beberappa hari lagi. Akhirnya impian Shita untuk memiliki kedai buku tercapai. Sudah berbelas tahun mereka menjadi rakan rapat, segala rahsia dan masalah dikongsi bersama.

"Jom lunch kejap lagi?"ajak Rheya.

"Alah, Ammar ajak aku semalam lagi. Kita lunch sama dengan dialah, nak?" ajak Shita. Sudah seminggu sebenarnya dia tidak bertemu Rheya walaupun mereka tinggal di kejiranan yang sama.

"Eh, takpelah kalau macam tu. Aku tak nak kacau daun." Rheya mengenyitkan matanya. Shita mencebik. "Takde maknanya nak kacau. By the way, bila nak pindah rumah ni? Dah dapat kunci kan?"

"Ha'ah hujung minggu ni. Jangan tak jadi nak tolong aku." Rheya menlayamkan telunjukkan mengancam ke arah Shita.

"Ya. Jadilah. Takkan nak biar kau dengan boyfriend kau aje kat dalam rumah tu. Hah! Macam mana deco kedai aku okay tak?" tanya Shita. Rheya seorang pereka dalaman pasti lebih tahu.

Rheya berfikir sebentar. "Hmm..semua dah okay. Tapi aku rasa kalau kau buat stage rendah kat depan pintu masuk okay jugak. Kau letaklah books of the month, best selling books ke. You know, untuk maklumkan orang ramai pasal buku-buku yang top kat market. Kau letak jugak bangku kat depan rak, bukanlah semua rak tapi rak tertentu je. Aku suka betul masuk kedai buku yang sediakan bangku kat depan rak. Tu mudahkan pembeli santai lama kat kedai kau tanpa rasa lenguh kaki. Hehe..you know sambil berniaga tapi ada ihsan di situ. Nak-nak pulak kalau ada air kosong ke, kopi ke, free in cup. Pergghh..duit dapat, pahala pun dapat. Satu tarikan pelanggan jugak tu." Ulas Rheya panjang lebar. Shita terangguk-angguk tertarik dengan cadangan Rheya.

"Menarik cadangan kau tu. Okay aku akan buat pelan-pelan. You know, aku pun nak bayar balik pinjaman dari papa aku ansur-ansur ikut perjanjian."Ujar Shita. Papanya memberi pinjaman untuk membeli kedai dua tingkat ini dan Shita walaupun sebagai anak, membuat perjanjian bertulis untuk membayar secara ansuran. Tingkat atas digunakan sebagai stor simpanan stok buku.

Ketukan di pintu menghentikan perbualan mereka. "Masuk!"arah Shita. Beberapa saat kemudian terjengul kepala seorang lelaki. "Hai, sayang."Sapa lelaki itu.

"Ammar!" seru Shita. "Tak sangka you nak datang secepat ni."

"I nak kena balik office cepat. Itu yang nak lunch awal dengan you. Takpe kan?"Ammar berkata. 

"Hai, Rheya." Sapa Ammar. Rheya tersenyum mengangguk.

"Okay aje. Rheya nak join kita."Beritahu Shita.

"Eh! Taklah Ammar. I nak balik dah. Takpe..takpe." Rheya menolak. Segan pula dengan Ammar dan tambahan pula Ammar adalah sahabat lelaki yang tidak ingin lagi dia temui. Shita sememangnya tahu kenapa Rheya berat hendak menyertai mereka.

"Alah, jomlah Rheya. I belanja. Serius nih."Ammar mengajak bersungguh-sungguh.

"Takde taknak..taknak." belum sempat Rheya membantah, terus sahaja Shita mencapai beg tangannya sebelum menarik Rheya bangun menuju ke pintu. Terdengar rungutan-rungutan Rheya dan ketawa Ammar keluar dari situ.

*********************************

Masing-masing mulanya senyap mengisi perut yang kebulur selepas itu mulalah pula sesi mengarut.

"I nak buku Top Gear setiap bulan boleh tak?" tanya Ammar bergurau. "For free?"

"Boleh sayang...memanglah I bayar setiap bulan guna angin kan. Hembus aje papa, selesai bayaran."Balas Shita. Rheya sudah ketawa mendengar pasangan itu mula bergaduh. Rheya dan Radit sudah berpisah namun kedua kawan baik mereka pula menemui cinta. Ironi. Rheya okay selagi Radit tidak muncul di hadapannya. Kenangan enam tahun lalu amat menyakitkan.

"Oh, I ingatkan angin kentut." Selamba sahaja Ammar membalas. Kali ini Shita pula ketawa besar bersama Rheya. "So macam mana penangan Madam Moon?"tanya Ammar kepada Rheya sambil menyuap makanan ke mulutnya.

Rheya membeliakkan matanya. "Ya Allah! You tak tau, I dah naik gila dengan dia. Nasib baik Janice tolong I settlekan yang bahagian finishing dia. Sampai demam-demam tau tak? Dah la hampir semua yang dia nak tu dari India, hinggakan ambal depan pintu bilik air nak yang ada benang bulu kambing, that woman was a neatfreak if you ask me."rungut Rheya mengenai pelanggan yang menggunakan khidmatnya sebagai pereka dalaman. Dalam banyak-banyak projek yang syarikat Rheya dapat, inilah yang paling mencabar. Selepas tamat sahaja projek itu pada dua minggu yang lalu, terus Rheya dan Janice mengambil cuti panjang ke Pulau Sipadan selama seminggu.

"Itu tak tengok lagi masa nak buat plan. Ubah sana sini. Muntah hijau kitorang. She said 'Eii! What is that? Macam taik!! Buat semula.' Gila betul!" Tambah Ammar dengan lenggok perempuan gedik. Ketawa mereka berkumandang di dalam restoran. Berair mata Shita dan Rheya ketawa.

Ammar merupakan salah seorang arkitek yang membina rumah wanita itu beberapa tahun yang lalu. Tidak sangka pula Rheya yang dipilih sebagai pereka dalaman untuk rumah wanita itu.

"Radit yang takde kena mengena dengan projek ni pun teruk kena bash Madam Moon." Ujar Ammar tanpa sengaja. Radit mengikutnya ke mesyuarat ringkas dengan wanita itu turut terkena tempiasnya kerana menyangkakan Radit adalah pekerja Ammar. Shita membesarkan matanya bulat. Sudah acap kali dia berpesan kepada Ammar supaya tidak menyebut tentang Radit di hadapan Rheya.

"Oppss..sorry Rheya. I tak sengaja." Lekas-lekas Ammar meminta maaf. Radit pernah bekerja sebentar dengan Ammar sebelum mula bekerja dengan papanya, Datuk Zulkarnain.

Rheya tersenyum kecil. "Takde apalah. Benda lama Mar. I dah lupakan pun." Namun itu hanya di mulut. Parut yang lelaki itu tinggalkan enam tahun lalu masih di terukir di hatinya. Kenangan itu takkan luput dari ingatannya. Ammar mula membuka cerita lain. Keadaan kembali seperti biasa.

*************************

to be continued...

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now